Mengenali
Konsep Diagnos AK
(Applied
Kinesiology)
Applied Kinesiology (AK) adalah
kaedah mengesan kelemahan atau kesakitan pada diri sesaorang dengan menekan pada
bahagian yang lemah. Dengan kaedah AK, aliran tenaga yang ujud dalam tubuh
sesaorang dapat dikesan. Tenaga elektomagnetik ini dihantar ke otak untuk
rangsangan dan terus kebahagian organ yang lemah.
Secara semulajadi apabila tempat
yang mengalami kesakitan itu disentuh, lengan kanan pesakit akan menjadi lemah
dan tidak bermaya berbanding dengan sentuhan pada tempat yang tidak mengalami
kesakitan. Ini adalah keajaiban akal manusia.
Kaedah ini juga dapat mendedahkan
elemen-elemen dalaman utama iaitu spiritual, mental, emosi dan fizikal yang mana
elemen-elemen ini mempunyai hubungan yang rapat dalam penyatuan kekuatan manusia
dalam menanggung bebanan toksin dari serangan kuman.
Kinesiology menggunakan kaedah
ini untuk mengesan kelemahan dan punca penyakit dengan menekan pada 20 tempat
pada anggota pesakit. Terdapat 8 tempat di bahagian kepala atau fungsi otak dan
12 tempat pada bahagian fizikal atau fisiology.
Apakah jenis penyakit yang dapat
dikesan? Ini bergantung kepada kepakaran pengdiagnos. Pengetahuan mengenai
sistem fisiology, mental, psikologi dan lain-lain adalah saling berkait.
Pengetahuan ini jika digandingkan dengan kaedah Applied Kinesiology akan dapat
memberikan diagnos yang tepat. Bagaimanapun dengan mengandingkan AK dan
fisiology, sudah memadai untuk mengesan tempat kesakitan dan punca penyakit yang
dialami oleh sesaorang pesakit dapat dikesan dengan tepat. Penyakit yang
berpunca daripada gangguan luaran juga dapat dikenalpasti.
Punca sebenar yang menyebabkan
penyakit dapat dikesan dengan tepat dan cepat. Contohnya penyakit migraine
biasanya dikesan berpunca daripada masalah usus besar. Orang yang kerap sendawa
mungkin mengalami masalah pada hati atau pancreas. Demam yang berpanjangan
mungkin berpunca daripada masalah stress yang berlebihan.
Dengan cara yang sama preskripsi
NW Vibration untuk sesaorang pesakit akan dapat dikenalpasti secara tepat
mengikut keperluan. Ini dengan sendirinya dapat mengelakkan pembaziran tenaga
dan wang ringgit. |