ARTIKEL
Membongkar Misteri Piramid

PIRAMID AGUNG memiliki namanya yang melambangkan suatu paradoks dan seperti semut dengan gula, kewujudannya menjadi tarikan kuat kepada para pengkaji. Sebelumnya, fakta yang dimiliki hanya secara umum tetapi kini fakta yang lebih tepat ditemui menjadikan objek misteri ini lebih menarik untuk dibongkar, terdapat banyak penjelasan yang dijadikan panduan dalam membongkar misteri kewujudan piramid, khususnya teori-teori saintifik yang banyak dikemukakan oleh para pengkaji. Teori yang dikemukakan ini bagi menyokong penemuan bukti setelah beberapa gali cari dilakukan.

Salah sebuah Piramid Agung iaitu Khufu yang dibina di Giza Mesir, menunjukkan suatu tanda peletakan di permukaan bumi. Tahukah anda, kedudukan piramid yang dibina ini adalah di tengah pusat graviti benua. Kawasan berkenaan juga merupakan pusat yang tepat daripada keseluruhan kawasan di dunia, membahagikan bumi kepada segi tiga bersudut tepat.

Paksi utara selatan (31° ke timur daripada Greenwich) merupakan bahagian tanah meridian terpanjang dan paksi timur barat (30° utara) merupakan tanah selari terpanjang di dunia. Kedudukan ini merupakan satu-satunya garisan tanah terpanjang di daratan yang boleh direntas. Pada kedudukan inilah terbina Piramid Agung. Amat menakjubkan! Kebetulan ini pastinya memerlukan penjelasan lanjut.

Secara keseluruhan lebih 2 300 000 blok batu kapur dan granit yang digunakan untuk pembinaan piramid. Berat setiap batu blok berkenaan 2.5 tan dan tidak ada satu pun blok batu yang mempunyai berat kurang daripada dua tan. Blok terbesar pernah digunakan untuk membuat siling Kebuk DiRaja yang mempunyai berat mencecah sembilan tan. Butiran pembinaan piramid Khufu seperti berikut:

1. Tarikh pembinaan : 2589 Sebelum Masehi 2. Tempoh pembinaan : 2° tahun 3. Berat keseluruhan : 6.5 juta tan 4. Keluasan tapak piramid : 52.8km2 dengan kepanjangan sebenar 23° m yang kini hanya 227 m 5. Ketinggian sebenar piramid Khufu ialah 147 m, tetapi kini hanya tinggal 137 m

Sebahagian besar bahan luaran kubah, yang dikilatkan dengan batu granit, telah dipindahkan sejak 600 tahun dahulu untuk membina bandar dan masjid. Menurut Socrates G. Taseos, jumlah sebenar batu yang digunakan untuk membina Piramid Agung hanya 59° 712. Dalam bukunya, Bagaimana Piramid Agung Dibina, beliau menunjukkan hasil pengiraan berkomputer.

Ukuran asas Piramid Agung ialah, utara 230 m, selatan 23°.5 m, timur 230.4 m, barat 230.3 m. Dimensi ini menunjukkan tidak ada kesamaan dalam setiap bahagian, namun jarak antara bahagian yang paling panjang dengan yang paling pendek hanyalah 20 cm sahaja.

Setiap bahagian kebanyakannya diorientasikan dengan empat mata angin. Empat penjuru piramid merupakan bentuk segi tiga bersudut tepat, bahagian timur laut bersudut 90°3’2’, penjuru yang menghadap arah barat laut pula bersudut 89°59’58’, tenggara 89°56’27’ dan barat laut ialah 90°’33’.

Piramid dibina daripada teras batu datar dan blok batu kapur sebagai tapak yang boleh dilihat pada bahagian timur dan utara piramid. Mereka yang terbabit dalam pembinaan piramid sememangnya amat bijak dan mungkin mempunyai alasan tersendiri memilih batu kapur untuk bahagian ini, dengan pengecualian bentuk bongkah batu, beberapa jenis batuan granit dan basalt boleh dipotong lurus secara terus di tapak kuari. Oleh itu, penggunaan batuan jenis ini amat praktikal di samping menjimatkan masa dan mengurangkan masalah keretakan ketika mengangkat batuan daripada kuari merentasi Sungai Nil.

Pembinaan piramid bermula dengan penyusunan blok batu kapur. Blok yang digunakan bersaiz 75 cm x 300 cm x 300 cm. Bongkah batu yang digunakan mempunyai ketinggian 75 cm pada semua bahagian tapak piramid. Tapak ini sangat rata, daripada tinjauan rasmi yang dilakukan oleh Kerajaan Mesir mendapati ketinggian tapak ini akan berkurangan 1.3 cm pada setiap tingkat.

Pada bahagian utara tapak batu disusun pada sudut yang tidak sekata, setiap rongga dipotong dengan teliti bagi membolehkan batu yang seterusnya diletakkan. Satu kaedah yang dikenal pasti digunakan oleh jurubina piramid adalah batu yang digunakan sebagai tapak di bahagian utara tidak mudah menggelongsor apabila berlaku penurunan atau tekanan horizontal daripada permukaan piramid. Dalam banyak tinjauan yang dilakukan terbukti kedudukan empat sudut piramid di Mesir menunjukkan arah mata angin secara tepat. Masyarakat zaman itu menggunakan sudut atau penjuru piramid ini untuk mengesan kedudukan bintang, matahari naik atau jatuh, mahupun kedudukan matahari yang tidak boleh dikesan. Dalam kes ini, apa sahaja kaedah yang mereka gunakan, penunjuknya amat ringkas yang mudah difahami oleh semua orang.

Pembinaan piramid bermula apabila pasir, kelikir dan batuan dipindahkan oleh aktiviti angin atau manusia, bahagian bawahnya yang terdiri daripada batuan mendatar akan terdedah dan kemudiannya akan dikuari membentuk blok digunakan untuk membina piramid, meninggalkan teras berbentuk empat segi bagi dijadikan pusat piramid. Blok batu yang diperoleh daripada kawasan ini kemudiannya dikumpulkan di bahagian luar bawah dinding, menjadikan seperti bahan lepa di keliling teras.

Teras ini membuatkan piramid stabil daripada fenomena penurunan dan tekanan horizontal akan terjadi akibat tindanan blok batu yang dijadikan cerucuk ketika proses pembinaan piramid, biasanya membabitkan ketinggian dua meter daripada tapak piramid ataupun bongkah batu yang disusun. Begitu juga dengan aktiviti angin utara barat yang mempunyai tenaga tinggi dan meliputi kawasan luas, turut memberi kesan peningkatan tekanan pada piramid.

Petikan daripada Majalah Dewan Kosmik November 2003.

Hosted by www.Geocities.ws

1