ARTIKEL
Install Windows 2000 Professional
Published by: Jiwang , On: Apr-10-2003

1. Persediaan Software Installer : Anda memerlukan cd w2k pro. Lagi bagus kalau ada juga cd SP2. Driver : Sediakan driver untuk modem, sound card, printer, vga dan sebagainya. Secara amnya, w2k mempunyai driver untuk sebahagian besar hardware. Kebanyakkan driver untuk NT4 juga boleh digunakan. Software : Kebanyakkan software untuk win 9* boleh digunakan dalam w2k tetapi ada juga beberapa software yang dibuat khusus untuk win 9* atau w2k. Sila rujuk kepada pengeluar software terbabit.

Hardware

Secara amnya jika pc anda boleh menjalankan win 9* maka besar kemungkinan ia juga boleh menjalankan w2k. Sistem pc sekurang-kurangnya ialah cpu 300mhz, ram 96mb, monitor 15", hdd 2.1gb, cd-rom.

Anda juga boleh kunjungi laman microsoft di bahagian Hardware Compatibility Anda juga boleh buat trial & error seperti saya dalam menginstall w2k.

Anda memerlukan ruang hdd secukupnya sekurang-kurangnya hdd 2.1gb. Untuk membuat dual boot anda memerlukan partition berasingan antara win 9* dengan w2k. Anda boleh membuat partition menggunakan FDISK atau partition magic atau apa-apalah software kegemaran anda.

W2K memerlukan ruang partition paling kurang sebesar 800mb. Windows saja sudah menggunakan lebih 600mb campur dengan swamp file, hybernating file dan "ruang rihat" sekurang-kurangnya 100mb. Ini baru w2k kalauWin XP mau lebih 2gb untuk windows saja.

Backup Seperti biasa sebelum mengisntall sesuatu sistem operasi samada GNU/Linux/*BSD/Windows pastikan anda tidak lupa membuat backup segala data-data penting dalam hdd anda.

Masa Installlah di masa anda lapang atau semasa anda tak tahu nak buat apa di hujung minggu misalnya. Ia mengambil masa lebih kurang 2 jam bergantung kepada sistem pc anda dan masa berikutnya untuk membuat configuration, tune itu tune ini, install software dan membuat expriment.

2. Cara install w2k

Terdapat 2 cara iaitu boot dari cd-rom atau setup dari win9*/nt4. Jika pc anda tidak support boot dari cd-rom rasa-rasanya lebih baik anda beli sebuah pc yang baru.

Boot dari CD-ROM a. Setup BIOS dan ubah boot sequence supaya boot dari cd-rom b. Masukkan cd w2k c. Reboot d. W2K akan mula install. Anda akan mendapat skrin install seperti install windows for work groups 3.11. e. Rilek. Ikutlah arahan pada layar monitor.

Setup dari win 9*/NT4 a. CD w2k adalah auto run. Jika tidak buka file explorer dan cari file setup.exe. Anda akan ditanya "mau upgrade ka tidak kawan ?" Pilih tidak sebab kita mahu bikin dual boot.

Jika anda mahu triple boot dengan win9*, nt4 dan w2k, eloklah jika anda setup dari nt4 kerana jika tidak drive letter anda akan menjadi tak tentu hala.

b. Pilih install new copy of windows 2000 (clean install). c. Select special option

---> language option pilihan pertama : Malay ; Pilihan kedua : aku syorkan Arabic Advance option --> windows installing folder = (nama folder windows) pilihan tersedia ialah WINNT tapi aku gunakan w2k Tick (tandakan) "copy all setup file from setup cd to the hdd" dan "i want to choose the installation partition during setup". d. Pertanyaan Upgrade to the windows 2000 NTFS file system ? NO = NTFS 4 YES = NTFS 5

[Saya syorkan anda pilih NO sebab jika partition NT4 ada masalah NT4 punya chkdsk tidak dapat berfungsi pada NTFS 5. Anda terpaksa boot ke w2k untuk membuat chkdsk].

NTFS ini adalah NTFS 5. Jika anda menggunakan NT4 kena install NT4 SP6 jika tidak NT4 tak boleh nampak partition NTFS w2k ini. Win 9* tak boleh nampak partition NTFS (kecuali install ntfs for win98) jadi apa-apa hal ia selamat kalau apa-apa hal berlaku ke manakala w2k boleh nampak dan baca partition FAT32.

e. Reboot

GUI Setup (Windows 2000 Professional Setup) * Installing device = sangat lambat dan lembab * Setup bahasa, keyboard, network name, administrator password (jangan lupa password) * Networking setting * Performing final task * Reboot lagi

Network Identification Wizzard * Sebetulnya ini adalah user logon (ctrl + alt +del)

Anda akan mendapat interface seperti win98. Tool untuk administrator disorokkan tidak seperti pada NT4.0. Seperti biasa sebelum apa-apa hal pergi ke control panel adjust keyboard, mouse, display propertities dulu.

Reboot secukupnya bila disuruh.

Lepas itu install vga driver - reboot. Install service pack 3. Reboot.

Jangan lupa pergi ke control panel --> administrator --> servis dan disablekan mana-mana servis yang tidak mahu digunakan. Senang saja install w2k ini. Kalau anda tahu install win 9*, anda juga boleh install w2k. * Setelah semua berjalan lancar, adalah baik anda membuat back-up copy working w2k ini menggunakan Norton Ghost atau Drive Image. Setidak-tidaknya jika w2k meragam anda tinggal back-up saja tak perlu buang masa install semula.

Sesudah buat ghost backup, barulah tune-up w2k dengan disable segala servis yang tidak digunakan dan menjalankan berbagai tip lagi.

Masalah

"Stop 0x0000007B Inaccessible Boot Device"

Masalah ini berlaku kerana nt4, w2k malah xp (rc) tidak menyokong ATA 66 dan ATA 100. Penerangan dari m$ tidak membantu. Rujuk laman ATA/66 and Windows 2000 - a friendship atau Microsoft: Windows 2000 Professional Forum at Tek-Tips

Jangan tanya aku macamana selesaikan masalah ini kerana aku sendiri pening kepala nak install NT4 pada 20gb Maxtor DiamonMax ATA 100. Berbagai tip aku ikut hasilnya sama saja. Apa yg aku buat ialah install dalam hdd lama 2.1gb dengan partition c: FAT16 (500mb) win95, d: NTFS (nt4) 500mb, e: NTFS (w2k) 800mb, f: FAT32 selebihnya. Lepas setup semua sekali, klon partition dgn Ghost. Lepas tu buat partition pada hdd baru menggunakan partition magic DOS. Sesudah itu tinggal Ghostkan sajalah.

Kestabilan

Kestabilan w2k bergantung kepada hardware pc anda. Ada yang kata w2k memang bagus, stabil, tak pernah crash dan ada yang kata w2k sangat teruk. Pada sistem pc saya, w2k kadang-kadang hang, "stop error" dan pandai reboot sendiri membuat saya jarang-jarang menggunakan w2k.

Hosted by www.Geocities.ws

1