KURSUS USAHAWAN & KHIDMAT NASIHAT PERUNCITAN anjuran F-MAS
F-MAS menjalinkan kerjasama dengan MARA dan PUNB/PROSPER www.punb.com.my dalam membantu usahawan baru untuk memulakan operasi pasar raya mereka. Kursus dikendalikan oleh Medan Teraju Sdn Bhd yang terdiri daripada 5 orang tenaga pengajar yang terlatih.
Berbeza dengan kursus yang telah sedia ada di pasaran, kursus anjuran F-MAS selama 8 hari ini lebih tertumpu kepada latihan praktikal bagaimana mengendalikan sesebuah Pasar Raya melalui penggunaan dokumen dan juga latihan praktikal sebagai juruwang. Kursus yang dianjurkan adalah termasuk penginapan dan makanan.
Khidmat Nasihat Peruncitan pula, F-MAS akan membantu usahawan bagaimana tatacara susunatur premis dan perkara-perkara yang perlu disediakan seperti papan iklan, lesen-lesen dan lain-lain lagi. Melalui Khidmat Nasihat ini juga F-MAS akan membantu dan monitor usahawan untuk tempoh 6 bulan. Ini bererti, F-MAS akan membantu usahawan sehingga perniagaan usahawan tersebut stabil, insyaAllah.
Untuk tahun 2007, dua sesi Kursus Usahawan Peruncitan telah diadakan iaitu Pasar Raya Taman Rakyat di Mergong, Alor Star dan juga Pasar Raya D'Bistari di Bandar Baru Tanah Merah,Pendang.
Sesiapa yang berminat sila hubungi :
En Mohd Zubir Othman 04-9177881
Bilik Seminar juga sedia untuk disewa. Hubungi Motel F-MAS 04-9177881.
e-mail : [email protected]