SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI

pengenalan Tentang Luxury Swiss

Jam tangan merupakan sejenis jam yang lazimnya dipakai di atas pergelangan tangan atau bertaut pada rantai dan dibawa dalam kocek baju. Jam tangan merupakan jenis jam yang paling am digunakan kini. Jam tangan berubah rupa pada abad ke-17 dari jam janaan spring yang muncul pada abad ke-15. Jam-jam tangan yang terawal hanya bersifat mekanik. Seiring dengan kemajuan teknologi, mekanisme-mekanisme yang digunakan untuk mengukur masa telah banyak digantikan oleh penggunaan getaran kuarza atau nadi elektronik. Jam tangan elektronik digital yang sulung dibangunkan pada tahun 1970.

Kebanyakan jam tangan yang berharga murah dan sederhana yang digunakan terutamanya untuk menjaga waktu merupakan jam elektronik dengan jalanan kuarza. Jam tangan mahal-mahal yang dihargai lebih atas kemahiran kerja dan tarikan estetika daripada sekadar menjaga waktu, selalunya berjalan secara mekanikal sahaja dan dijana oleh spring walaupun perjalanan mekanikal kurang jitu daripada perjalanan kuarza yang lebih murah. Selain waktu, jam tangan masa kini sering memaparkan hari, tarikh, Bulan dan tahun, apatah lagi jam elektronik yang lebih banyak fungsinya.

Luxury Swiss atau nama sebenarnya Swiss watch mula ditubuhkan sejak 2017. Ia merupakan jam tangan yang paling klasik disamping dapat menyesuaikan jam tangan ini pada pergelang tangan anda.