ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SELAMAT DATANG KE
LEMBARAN RESMI BRN



BARISAN REVOLUSI NASIONAL MELAYU PATANI (BRN)
PATANI MALAY NATIONAL REVOLUTIONARY FRONT
SEBUAH FRON PEMBEBASAN PATANI

Asshahid Ustaz Karim Hassan, pengasas BRN dan pemimpin besar
Revolusi Patani

IS MANAGED BY THE STRONG RULING HARDCORE MEMBERS OF BRN
(DITADBIR OLEH PEMUKA-PEMUKA BRN)
DIKENALI DENGAN
MAJLIS PEMERINTAH REVOLUSI (MPR)
KNOWN AS
REVOLUTION COMMAND COUNCIL (RCC) OF BRN.
The are known by their nicknames:-
(Dikenali dengan nama samaran:-)
 

President :                                Abu Musa Al Jalal @ A. Yani
Deputy President :                    Colonel Lutfi
Vice President :                        Ustaz Abdul Aziz
Vice President :                        Mohd. Fauzi
Vice President :                        Abu Saffah
Secretary General :                  Lukman Iskandar
Deputy Secretary General :     Abdulrahman Chaokunsaman
Deputy Secretary General :     A. R. Kabir
Committee Members :             Cikgu Bakar @ Hasbullah
                                               Ahmad Matnor @ Ahmad Jabat
                                                Abu Rijal
                                                Abu Ridwan
                                                A. Bukhari
                                                Sauri
                                                Darsono
                                                Abdussalam
                                                M. Dee
                                                Datuk Ahmad
                                                Abu Mirzan
                                                Abu Rizal

Only few of them have been made public. One  of them is Lukman Iskandar, originally known as Kaman Chaokunsaman, Ahmad  Matnor, Cikgu Bakar and Halim Hasamah. Most of them still underground.

Ditubuhkan pada 13 March 1960, bertempat di sebuah institusi pengajian islam yang terkenal, Sekolah Haji Harun atau Thamwitya Mulniti, Bandar Yala. Pengasas-pengasasnya terdiri dari Ustaz Karim Hassan, Dr. Haji Harun, Wan Muhammad Bung, Ustaz Razali, Harun Yaacob, Yusoff Chapakiya, Ahmad Shariff dan Abdul Qayoom. BRN ditadbir oleh sebuah komiti pusat diberi nama DPP (Dewan Pimpinan Pusat). Anggota DPP telah ditambah oleh tokoh-tokoh saperti Tengku Jalal, Amin Tohmina, Ustaz Zakaria dan Ahmad Yenkee. Pada tahun 1963, Amin Tohmina mengambil-alih jawatan sebagai Presiden. Amin mula memecat beberapa anggota yang tidak disukainya termasuklah Yusoff Chapakiya, Abdul Qayoom, Ahmad Shariff dan akhir sekali Dr. Harun Sulong. Tengku Jalal keluar dari BRN untuk memimpin fron pembebasannya sendiri diberi nama BNPP. haji Yusoff pula menubuhkan sebuah fron sebagai alternatif kepada BRN diberi nama PRN(S).
 Ustaz Karim, Pengasas BRN


Disinilah tapak dimana BRN ditubuhkan pada 13 Maret 1960, terkenal sebagai sebuah
institut pengajian Islam, Yayasan Pendidikan Islam atau Thamawithaya Mulniti atau Sekolah
Haji Harun. Pada tahun 1970an sekolah ini terkenal sebagai sarang komunis, kemudian digelar
sebagai sarang sosialis. Ia juga terkenal sebagai Pabrik BRN.

PEMBENTUKAN ANGKATAN BERSENJATA

BRN membentukan sayap militernya diberi nama ABREP ringkasan dari Angkatan Bersenjata Revolusi Patani, mengambil sempenan nama ABRI, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia. pada tanggal 10 Oktober 1968. Bapak Idris, terkenal dengan nama Pak Yeh dilantik menjadi panglimanya. Tok Ki dilantik menjadi naib panglimanya. ABREP melancarkan peperangan sengit dengan tentera-tentera kaum penjajah di seluruh tanahair. Beribu-ribu anggota militer dan polisi musuh telah dibunuh memalu serang-hendap, sabotasi dan lain-lain provokasi senjata.

BRN DILANDA KRISIS

Pada tahun 1972, BRN mula dilanda krisis dalaman apabila Tengku Jalal mengistiharkan dirinya keluar dari BRN dan membentuk sebuah fron sendiri diberi nama BNPP. Pak Yeh juga ikut serta dalam pembelotan tersebut, mengambil langkah bersekongkol dengan Tengku Jalal. Krisis ini berpunca atas alasan BRN masih kuat memperjuangkan ideologi sosialisma, yang condong ke arah komunisma.

ROMBAKAN & PENYUSUNAN SEMULA

BRN mula membuat reformasinya menjelang tahun 1973 dengan mengambil pemuka-pemuka baru bagi mengisis kekosongan DPP. Mereka termasuklah Abdulrahman Ahmad, Abdul Latif Matnor, Ahmad Majid, Shafie Basa, Abdullah Putra, Ahmad Subarjo, Kadir Mayo, Mokhtar Waba dan Wan Ahmad Lembut. Mereka merupakan ulamak-ulamak berkelulusan negara Arab, Malaysia dan Indonesia. Manakala di dalam angkatan bersenjata pula, Mat Piah diangkat menjadi panglima ABREP dengan Cikgu Ding sebagai pembantunya. Penentangan terhadap musuh diteruskan secara perang gerila di hutan-belantara. Ustaz Karim masuk hutan untuk memimpin ABREP selama 3 tahun (1972-1975)

PEMBENTUKAN BRIGED GERILA BANDAR

Bagi memperhebatkan peperangan secara gerila, BRN menubuhkan sebuah pasukan gerila bandar diberi nama GURBAN pada tahun 1974. Seorang tokoh baru dalam arena revolusi Patani diberi mandat untuk memimpin pasukan ini. Beliau ialah Lukman Iskandar, seorang graduan dari universiti teknology di Malaysia dengan dibantu oleh Masari Savari, graduan dari Algeria. Peperangan secara gerila ini semakin hebat. Banyak sasaran mush telah dibinasakan oleh ABREP dan GURBAN.

STRATEGI SECARA BAWAHTANAH

BRN meneruskan perjuangannya secara bawahtanah. Para pemimpinnya khususnya DPP, kebanyakannya berada di dalam tanahair air. Mereka terkenal sebagai public figure, tetapi tidak dikenali sebagai pemimpin BRN. Diantaranya termasuklah Amin, Presiden BRN yang menjadi Pengerusi, Majlis Agama Islam Propinsi Patani (MAIP). Pada detik itu MAIP dapat dilihat sebagai "pemerintah dalam pemerintah" karena dikuasai sepenuhnya oleh pemuka-pemuka BRN. Pemimpin GURBAN, Lukman, hidup sebagai seorang tenaga pengajar dibeberapa buah institusi pendidikan agama termasuk Thamwitya Mulniti dan Maahad darul Maarif, milik penuh MAIP.

BRN DILANDA KRISIS PIMPINAN

Pada tahun 1977 BRN dilanda krisis yang paling serius apabila berlaku sengketa diantara DPP dengan para pemimpin militernya. Sengketa ini bermula dari pembatasan kuasa ke atas Sekretaris Agungnya, Ustaz Karim Hassan oleh DPP. Krisis ini menular ke dalam ABREP dan GURBAN. Panglima-panglima ABREP dan GURBAN, yang dikatakan menyeleweng, telah dipecat oleh DPP. Ini menyebabkan ABREP dan GURBAN bangun menentang kewibawaan DPP. Sebuah sayap separa-militer, KOGAP, ditubuhkan oleh Ustaz Karim, juga menyertai ABREP dan GURBAN. Pada tahun 1979, ketiga-tiga cabang angkatan bersenjata BRN mengistiharkan pembubaran DPP dan meletakkan BRN di bawah sebuah majlis diberi nama MAGERAD (Majlis Gerakan Revolusi Dalam Negeri). MAGERAD dipimpin oleh tokoh-tokoh muda, kader BRN yang tidak mengiktiraf kewibawaan DPP. Beberapa orang anggota DPP telah dibunuh, dan sebagiannya melarikan diri ke luar negeri, termasuk Amin, Abdulrahman Ahmad, Ahmad Majid dan Latiff Matnor. Manakala Abdullah Putra dan Kadir Mayo dipenjarakan oleh pihak penjajah.  Abdullah mati dalam penjara karena disiksa. Latiff, menyerah diri kepada penjajah, dan kembali ke rumahnya. Anggota DPP yang disingkirkan dan masih bergerak secara bawahtanah, membentuk satu kumpulan agama bernama Wahdah. Wahdah akhirnya dapat duduk dalam satu kandang dengan Partai Harapan Baru pimpinan Jenral Chavalit.

MAGERAD (MAJLIS GERAKAN REVOLUSI DALAM NEGERI)

Karim diangkat menjadi Presiden BRN, dan jabatan Sekretaris Agungnya berpindah kepada Ahmad Subarjo, sarjana lulusan dari universitas Indonesia. Lukman diangkat memegang potfolio Luar Negeri.

ANGGOTA MAGERAD

1. Abdul Karim Hassan    President
2. Ahmad Shariff    Deputy President
3. Ahmad Subarjo    Secretary General
4. Cikmuda Temiung    Deputy Secretary General
5. Lukman Iskandar    Secretary of Foreign Affairs
6. Abdullah Ismail    Secretary of Finance
7. Harun Kotabaru    Deputy Secretary of Finance
8. Zubir Hassan     Secretary of Interior
9. Fazil Kongpinang    Deputy Secretary of Interior
10. Zainunman     Secretary of Defense
11. Cikgu Ping     Deputy Secretary of Defense
12. Abdullah Berhak    Deputy Secretary of Foreign Affairs
13. Ishak Hasamoh    Secretary of Education and Social Affairs
14. Aziz Nat Tebing    Deputy Secretary of Education
15. Yahaya (Pakistan)    Secretary of Information
16. Ahmad Matnor    Deputy Secretary of Information
17. Cikgu Bakar     Member of Magerad
18. Haji Ali Khokpho    Member of Magerad
19. Ismail Jabat     Member of Magerad
20. Ramli Salapao    Member of Magerad

BERAKHIRNYA ERA MAGERAD

Pada tahun 1984, sebagian besar dari pemuka-pemuka BRN yang meneerajui MAGERAD telah memberontak menentang kepimpinan Ustaz Karim dan Ahmad Subarjo. Mereka menamakan diri mereka Kongres berikutan krisis politik di India pada detik itu. Turut serta dalam penderhakaan ini ialah Mat Piah dan pembantunya, Cikgu Pin. Manakala Lukman, yang meninjau situasi politik BRN mula mengatur strategi berbaik-baik dengan semua fraksi BRN. Akhirnya pada tahun 1986, Lukman membentuk sebuah pasukan militer atas restu Ustaz Karim, dikenali dengan nama PKRRP atau Pasukan Komando Revolusi Rakyat Patani. Sama ada Kongres atau BRN pimpinan Ustaz Karim, bernaung dibawah kekuatan dan kehebatan PKRRP.

Kongres dapat dilihat sebagai hancur binasa apabila pemimpinnya, Zainunman mati dibunuh di Jabat, sebuah daerah yang menjadi kekuatan pengaruh Ustaz Karim pada tahun 1988.

ERA PKRRP



Aktivitas PKRRP tidak banyak diketahui umum. Pasukan ini terkenal karena dipimpin oleh Lukman Iskandar, seorang tokoh kontroversi BRN yang menentang DPP. Objektif pembentukan pasukan ini kurang jelas. Dari kalangan Kongres atau BRN sendiri tiada siapa yang menyedari bahawa PKRRP itu ditubuhkan bagi tujuan mengambil-alih pimpinan BRN atau satu kudeta sulit/senyap dalam BRN. PKRRP dianggotai oleh anggota-anggota BRN yang mendapat latihan militer di Indonesia, Malaysia, Lebanon dan Libya. Lukman tidak menjadi kepala PKRRP sebaliknya ia dipimpin oleh seorang yang bergelar Kolonel A. Yani. A. yani diawal pembentukannya dipegang oleh Awang Abdullah, graduan sarjana dari Indonesia. Awang digantikan oleh Halim Hasamah, juga graduan dari Indonesia.

DIALOG-DIALOG KE ARAH PERDAMAIAN

Pada tahun 1991, berlaku perubahan polisi kaum penjajah terhadap tanah jajahannya, Patani. Pihak pemerintah di Bangkok telah membuat keputusan untuk mengadakan dailog-dailog menyelesaikan problem di Patani. Beberapa siri konfrensi telah diadakan secara terbungkus diantara PKRRP dan Tentera Bagian Eampat. Tentera Bagian Empat meminta PKRRP mengemukakan proposal ke arah perdamaian. PKRRP mengemukan satu proposal yanag diberi nama TUNTUTAN 22 PERKARA.

TUNTUTAN 22 PERKARA

PKRRP mengemukakan draft proposal yang disediakan oleh sebuah Komiti dibei nama Komiti Usaha Damai atau Jawatankuasa Perundingan Damai mengandungi 8 orang anggota. Proposal ini dihantar kepada Tentera Bagian Empat pada 18 Nobember 1991.


Isi TUNTUTAN 22 PERKARA (Cabutan dari proposal asal)

1. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf pembentukan Majlis Tertinggi Pemimpin Islam Selatan Thailand sebagai badan legislatif dan eksekutif tertinggi di Selatan Thailand untuk mengambil-alih fungsi dari Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand.

2. Kerajaan Thailand hendaklah segera melantik seorang Gobenor General untuk menjadi ketua dan mengambil-alih fungsi Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand

3. Kerajaan Thailand hendaklah melantik semua governor di lima wilayah dari kalangan orang-orang Melayu.

4. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi Kedua di Selatan Thailand.

5. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Islam sebagai Agama Resmi di Selatan Thailand.

6. Kerajaan Thailand hendaklah mengambil sekurang-kurangnya 50 % orang Islam/Melayu menjadi kaki-tangann dan pegawainya.

7. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk Mahkamah Shariyah di peringkat Wilayah dan daerah.

8. Semua pembangunan economi hendaklah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Pemimpin Islam Selatan Thailand.

9. Semua cukai dan hasilan yang diperolehi di Selatan Thailand hendaklah dibelanjakan untuk pembangunan di Selatan Thailand.

10. Kerajaan Thailand hendaklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai matapelajaran wajib di sekolah-sekolah di selatan Thailand.

11. Pendidikan Agama Islam hendaklah diajar sebagai matapelajaran wajib di sekolah-sekolah kebangsaan Thai kepada pelajar-pelajar Islam.

12. Semua pembangunan sosial hendaklah mengikut prinsip agama Islam.

13. Pelacuran, salahguna dadah dan pusat perjudian hendaklah dihapuskan di Selatan Thailand.

14. Saluran televisyen dan radio dalam Bahasa Melayu hendaklah diadakan di Selatan Thailand.

15. Budaya, adat-resam dan adat-istiadat Melayu hendaklah dikekalkan di Selatan Thailand.

16. Semua pejuang pembebasan hendaklah dibenarkan pulang bersama keluarga mereka tanpa sebarang rekod jenayah.

17. Semua pejuang pembebasan yang berkelayakan hendaklah diterima sebagai kakitangan kerajaan.

18. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk pasukan pengaman mengandungi semua pejuang-pejuang pembebasan.

19. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk sebuah pasukan kepolisian mengandungi anggota-anggota pemisah bagi menjadi keamanan dan ketenteraman awam.

20. Mana-mana tuntutan jika ada, hendaklah dimajukan kepada Duli Maharaja untuk mendapat restu dan kelulusan baginda.

21. Semua perjanjian atau dokument bertulis mengenai hal ehwal Selatan Thailand hendaklah mendapat restu dan perkenan di raja.

22. Semua ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Damai hendaklah dilindungi dan dihormati berdasarkan kepada Perlembagaan Thailand.

PERJANJIAN DAMAI PERTAMA


Tentera Bagian Empat menghantar cadangan balas, dan bersetuju mengadakan rundingan resmi. Pada tanggal 28 April 1992, bertempat di Hotel Hilton International Kuala Lumpur, Ketua Komando PKRRP, Cikgu Bakar telah menandatangani perjanjian damai dengan Tentera Bagian Empat diwakili oleh ketua perisikannya, Brigadier Arkhanit Mensawat. Perjanjian ini dikenali dengan nama RESOLUSI LIMA PERKARA yang mencakupi semua TUNTUTAN 22 PERKARA.

PROSES DAMAI (1992-1995)

PKRRP cuba mengajak anggota-anggota pergerakan kemerdekaan Patani dari komponen lain supaya ikut serta dalam proses damai. Bagaimanapun tidak ada sambutan hangat dari mereka. PKRRP menunggu masa agar semua tuntutana tersebut dilaksanakan oleh pemerintah Thailand. Oleh karena kedudukan politik yang kurang stabil, proses tersebut tidak dapat dilaksanakan. PKRRP menuduh Thailand memungkiri janji dan membuat persiapan untuk kembali ke medan perang.

KEMBALI KE MEJA RUNDINGAN


Panglima & Timbalan Panglima Tentera Bagian Empat, Gen. Parnthep dan Gen, Chalemphol mengadakan
dailog dengan Ustaz Karim, diapit dan diiringi oleh Lukman Iskandar (kelihatan tangan sahaja, di kiri Ustaz
Karim Hassan.

Terdahulu dari itu, dengan ditemani oleh pengasas Pergerakan Dakwah Tabligh Thailand, Haji Idris Mansanit,
Lukman mengadakan pertemuan sulit dengan Penasihat Paduka Srimaharaja, Professor Preecha Bhuaorn.

Ustaz Karim Hassan, Jeneral Chalermphol dan Professor Preecha Bhuaorn Lukman berdiri diantara Ustaz Karim dan Jeneral. Chalermphol, diapit oleh Direk Mansanit dan Sofian Savari, tokoh-tokoh Pergerakan Dakwah Tabligh Thailand.

PKRRP telah dijemput kembali ke meja bundar pada akhir tahun 1994 dan beberapa pusingan konfrensi diadakan melibatkan pihak tertinggi dalam istana dan pemerintah. Kali ini, pengasas dan pimpinan tertinggi BRN, Ustaz Karim turun ke gelanggang permesyuaratan. Pihak istana telah menghantar delagasi meminta Tentera Bagian Empat dan PKRRP kembali ke meja rundingan dengan berpandukan kepada Dikri (Decree) 66/1980. Atas decree ini, maka BRN berseuju menandatangani dikumen damai dengan Tentera Bagian Empat bagi pihak pemerintah Thailand dan bagi pihak Raja Thailand. BRN telah membentuk sebuah komiti diberi nama Komiti Bagi Usha Damai atau Jawatankuasa Perundingan Damai. Lukman Iskandar dilantik sebagai ketua delegasi BRN.

Ustaz Karim & Lukman

PERJANJIAN DAMAI KEDUA

Pada tanggal 8 April 1995, bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan (Malaysia) BRN telah menandatangani perjanjian damai dengan Tentera Bagian Empat di bawah dasar negara atau decree 66/1980. Perjanjian ini juga dikenali dengan nama RESOLUSI LIMA PERKARA tetapi memberi arti yang lebih luas.


PLAN DAMAI BRN

Selepas menandatangani perjanjian damai pada tanggal 8 April 1995, BRN telah membentuk sebuah komiti untuk merangka PLAN DAMAI. PLAN DAMAI BRN dikemukakan kepada MAJLIS PRIVI pada 21 April 1995 dan dibahaskan selama beberapa hari dengan anggota MAJLIS PRIVI dan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA. PLAN DAMAI BRN diterima sebagai satu teori dan falsafah bagi menuju ke arah perdamaian mutlak di Patani.







CAMPUR TANGAN MAJLIS PRIVI DALAM URUSAN BRN

MAJLIS PRIVI mula cuba menjadi juara untuk menyelesaikan isu Patani dengan mengambil langkah campur tangan dalam ehwal rumahtangga BRN, termasuk dalam usahanya supaya Amin, yang disingkirkan dari BRN kira-kira 20 tahun yang lalu disarankan agar dibawa kembali ke Thailand. Majlis Privi juga cuba menjadi juara memaksa BRN menerima kumpulan penderhaka Ustaz Karim yang menggelarkan diri mereka Kongres ke meja rundingan; serta juga campurtangan supaya kumpulan serpihan lain dijemput ikut serta. PLAN DAMAI BRN jelas membuktikan bahawa semua pejuang kemerdekaan Patani diberi hak secara adil dan saksama dalam proses damai.  Campurtangan ini menyebabkan BRN enggan kembali ke sidang meja bundar.

CAMPUR TANGAN PEMERINTAH MALAYSIA

Malaysia mengambil langkah kurang bijak apabila pihak polisinya memanggil satu konfrensi memaksa para pemimpin Patani, yang menolak PLAN DAMAI BRN, hadir di satu sidang sulit pada 7 Juli 1995 bertempat di Kelab Golf Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Rahasia terbocor kepada pengetahuan pemerintah Thailand, termasuk Majlis Privi dan Tentera Bagian Empat. Protes telah dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia. Akhirnya Malaysia menangkap beberapa pemimpin yang dijemput hadir itu, kemudiannya menyerahkan mereka kepada polisi Thai. Malaysia menuduh bahawa para pemimpin pergerakan kemerdekaan Patani sebagai agen-agen sulit Thai.

KEMATIAN USTAZ KARIM

Ustaz Karim meninggal dunia pada 24 Disember 1996 belum sempat kembali ke Patani dan belum sempat menyaksikan perubahan arus politik di sana. Kematian beliau menyebabkan beberapa tokoh berebut-rebut untuk menjadi pemimpin BRN. Diantaranya termasuklah Amin, yang sedang udur di luar negeri.

STRATEGI & REFORMASI

BRN yang dipimpin oleh pemuka-pemuka BRN tetap berpendirian keras bahawa usaha-usaha ke arah perdamaian haruslah diteruskan walaupun beberapa pelopor kepada perdamaian ini sudah pension atau meninggal. Diantara mereka termasuklah anggota Majlis Privi, Ustaz Karim dan bekas-bekas panglima tentera. BRN berharap pemerintah demokrasi sedia melaksanakan program-program perdamaian secara bertahap-tahap mengikut kemampuan pemerintah Thai sendiri. Manakala BRN sendiri membuat beberapa reformasi, agenda dan strategi baru bagi menghadapi program damai. Ia akan bergantung kepada situasi politik serantau khususnya situasi di Aceh dan Mindanao.


PETIK ATAS IMEJ INI UNTUK MASUK

WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.



Hosted by www.Geocities.ws

1