Menghalang Pop-Up (Anti Pop-up) Di Internet Nota ini di Internet http://www.geocities.com/lovhafnie/henti-pop-up.html Assalamualaikum dan salam sejahtera, Anda tentu bosan dengan tetingkap Pop-up daripada laman yang lawati. Jika satu tetingkap mungkin anda boleh tahan lagi namun menjadi gangguan jika setiap kali lawatan anda ada sahaja "Pop-up" ini. Malah ada sesetengah laman meletak lebih daripada satu pop-up. Selain daripada gangguan, Pop-up mengambil masa untuk anda mencapai sesebuah laman dan boleh memperlahankan capaian anda. Disamping itu ada sesetengah pop-up tapi anda sedari telah memasang perisian tertentu. Mozilla adalah sebuah perisian pelayar daripada projek sumber terbuka. Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk menghentikan "pop-up". Mozilla boleh anda dapati di laman http://www.mozilla.org/ Jika anda pengguna Internet Explorer. Alexa dan Google menyediakan kemudahan "toolbar" yang dilengkapkan dengan kemudahan menghentikan pop-up. Sebagai contohnya, apabila anda telah memasang Alexa toolbar apabila dan melawat sesebuah laman, apabila sebuah pop-up akan keluar, anda akan ditanya sama ada anda mahu menerima atau tidak pop-up itu. Jika anda memilih tidak, lawatan seterusnya Alexa toolbar akan menghalang terus pop-up tanpa lagi bertanya kepada anda. Begitu juga dengan toolbar daripada Google. Untuk mendapatkan toolbar ini Google toolbar http://www.google.com/ Alexa toolbar http://www.alexa.com/ Diharapkan nota ringkas ini dapat membantu anda dalam pelayaran anda di Internet Malaysia dan seluruh dunia. Anda dijemput untuk berbincang tentang nota ini di MTU Sempoi, Forum berkonsepkan Universiti di http://www.mtusempoi.org/welcome.html atau sambungan terus di Berita Dan Maklumat IT http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewforum.php?f=22 Untuk mendapatkan CD-CD perisian sumber terbuka (open source). http://www.iusahawan.com/ Masalah komputer dan Internet Malaysia, luahkan di http://www.ittutor.net/ Bukan Sekadar Internet Sahaja Harisfazillah Jamel http://www.geocities.com/lovhafnie/