__________________________________________
Email sampah (spam) bagaimana
menanganinya
__________________________________________
Artikel ini di Internet
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_view_article.php?aid=10
Masalah email sampah kini semakin serius. Setiap kali anda membuka
akaun email, pasti anda akan mendapat email sampah atau lebih dikenali
dengan email SPAM.
Email SPAM bukan setakat memenuhkan ruang email dan mencuri jalur
lebar Internet, malah ia boleh menimbulkan masalah sosial kepada
masyarakat Malaysia.
Yang paling ketara ada email sampah yang diterima mengandungi sambungan
laman ke tapak laman lucah, bukan setakat mendedahkan anda, malah
mendatangkan gejala negatif kepada golongan remaja. Malah ada SPAM yang
turut menyebarkan fail imej yang berunsur lucah. Anda mungkin terdedah
dengan pelbagai tindakan undang-undang jika anda tidak membuangnya
atau gagal membuktikan diri anda telah dihantar email lucah tanpa anda
kehendakinya.
Ada email sampah membawa unsur-unsur penipuan. Skim-skim cepat kaya
disebarkan melalui email sampah, malah perkhidmatan permbesaran dan
pelbagai produk kesihatan yang belum diketahui kesan negatifnya turut
disebarkan. Perkara ini akan memdedahkan masyarakat kepada fakta
kesihatan
yang tidak benar dan boleh mendatangkan kesan serius kepada kesihatan
jika produk itu digunakan.
Sesuatu produk yang disebarkan dengan cara yang tidak sesuai dan tanpa
kehendak penerima, sudah tentu ada yang tidak kena dengan produk itu.
Definisi email SPAM adalah email yang dihantar kepada alamat email yang
diambil tanpa pengetahuan dan keizinan tuan punya email.
Menyebarkan email melalui alamat-alamat email yang diambil tanpa
keizinan adalah tidak beretika dan tidak profesional dalam mengendalikan
perniagaan dan pemasaran produk.
Bagaimana kita menghadapi email sampah ini?
- Jangan jawab sebarang email sampah. Selainn ia membantu mengesahkan
bahawa alamat email anda adalah sah, bukan sahaja ianya hanya membuang
masa,
kebanyakan email sampah dihantar melalui alamat email palsu. Adakah
anda mahu
percaya dengan mereka yang mempromosikan sesuatu sedangkan mereka tidak
jujur pada alamat email mereka?
- Matikan fungsi muat turun imej dalam perissian email anda dan juga
email yang anda gunakan di tapak laman email percuma. Sebagai contoh
bagi
pengguna Mozilla anda boleh matikan muat turun imej dalam email melalui
Preferences -> Privacy And Security -> Images - Tandakan do not
load
remote images in Mail & Newsgroup messages.
Kemudahan email percuma Yahoo
http://www.yahoo.com/
juga memilikinya.
Tujuan utama adalah untuk menyekat penghantar SPAM daripada mengetahui
anda sudah membuka email dihantar dan ini mengesahkan alamat email anda.
Imej yang digunakan boleh sebesar satu pixel yang kita tidak mudah untuk
melihatnya. Ia juga untuk mengelakkan gambar-gambar yang tidak diingini
daripada terus terpampang terutama daripada email SPAM laman lucah.
- Pelbagaikan alamat email. Jangan gunakan aalamat email utama anda untuk
pendaftaran di laman. Gunakan alamat email daripada laman alamat email
percuma. Antaranya adalah http://emailsempoi.iscool.net/
Alamat email utama anda hanya digunakan untuk perhubungan antara
penerima
yang sudah kenali dan anda telah pastikan mereka ketahui alamat email
utama anda tidak boleh disebarkan kepada orang lain. Anda mungkin
memerlukan
alamat email kedua dengan laman email percuma untuk hubungan anda dengan
orang lain.
- Elakkan daripada meninggalkan alamat emaill anda di muka laman. Salah
satu cara bagaimana pengamal spam mendapatkan alamat email adalah dengan
menggunakan perisian tertentu yang dinamakan "robot" yang melawat setiap
laman di Internet dan mendapatkan alamt-alamat email.
Jika alamat email perlu dimasukkan, letakkan ia dalam bentuk yang tidak
boleh dikenali oleh robot ini. Sebagai contoh
webmaster @ mtusempoi.org
atau
[email protected] (Buangkan XX untuk mendapatkan alamat
sebenar)
Untuk cara kedua pastikan ia disertakan dengan notis seperti contoh
diatas.
______________
Mesej Peribadi
______________
Selain Email ada pelbagai cara untuk anda untuk berhubung antara
satu sama lain di Internet. Diantaranya adalah penggunaan Yahoo
Messager,
MSN, AIM, ICQ, IRQ dan Chat. Satu lagi cara perhubungan yang anda
boleh gunakan adalah kemudahan "Private Message", Mesej Peribadi atau
PM.
PM adalah kemudahan yang disediakan dalam perisian Internet terutama
melibatkan yang forum. Ia bertujuan untuk memudahkan hubungan antara
ahli-ahli forum tanpa perlu menghantar email. Anda boleh manfaatkan
kemudahan ini kerana telah wujud pelbagai forum di Internet Malaysia.
Antaranya
http://www.mtusempoi.org/
Forum berkonsepkan sebuah universiti. Pelbagai perkara boleh
dibincangkan.
Luahan hati dan perasaan, isu semasa, masalah komputer dan Internet,
aktiviti lasak, sukan dan perkhemahan.
http://www.ittutor.net/
Bincangkan masalah komputer dan Internet anda.
Lain-lain forum
http://www.mesra.net/
http://www.telatah.org/
Selain anda menyertai perbincangan dalam forum anda boleh menggunakan
kemudahan PM dalam forum-forum yang anda sertai. Yang perlu anda lakukan
dapatkan rakan-rakan anda untuk turut mendaftar dengan forum yang anda
sertai dan anda bertukar-tukar nick atau nama panggilan anda dengan
rakan-rakan anda agar boleh saling berhubung.
Penggunaan PM memerlukan anda mendaftar dan "login" sebelum anda boleh
menghantar kepada rakan anda. Kawalan ini membolehkan PM tidak
menghadapi
masalah SPAM. Malah ada sesetengah forum seperti MTU Sempoi tidak
membenarkan penghantaran "attachment" dan ini boleh mengelakkan anda
daripada terkena trojan dan virus.
Laman
Rujukan
(1) Laman Mozilla http://www.mozilla.org/
(2) Alamat email yang sempoi dan percuma http://emailsempoi.iscool.net/
(3) Forum yang berkonsepkan sebuah universiti. http://www.mtusempoi.org/
Moga artikel ini dapat membantu anda dalam menghadapi SPAM.
Artikel-artikel lain berada di
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_articles.php
Wassalam.
: )
Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie