Nota kali ini
dikongsikan bersama beberapa perkara yang anda perlu
lakukan sewaktu menggunakan kemudahan komputer di Cyber Cafe (CC)
terutama kepada pengguna komputer dan Internet Malaysia.
Ramai sewaktu menggunakan Cybercafe tidak cuba untuk melakukan beberapa
perkara yang boleh lindungi data peribadi diri anda. Data-data seperti
nama pengguna (username) dan kata lepas (password) bagi email, laman
dan forum yang anda lawati dan sertai. Perkara pertama yang perlu
dilakukan adalah menggunakan kemudahan Market Score. Selain untuk
melajukan capaian Interet, ia juga bertujuan untuk melindungi jejak
pelayaran di Internet.
Dengan kemudahan Market Score, sekurang-kurangnya capaian Internet akan
dilindungi dengan cara, hanya sambungan ke Market Score Sahaja yang
kelihatan tanpa mendedahkan destinasi sebenar. Sebelum mencuba anda
perlu menguji sendiri. Sila lawat sambungan laman ini untuk menguji
dahulu proxy Market Score sebelum anda membuat sebarang keputusan.
Dilaman ini nanti langkah-langkah ujian Market Score akan ditunjuk ajar
kepada anda.
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewtopic.php?t=547
http://mtusempoi.tripod.com/uji-marketscore.html
Anda boleh daftar terus di
http://www.marketscore.com/
Mozilla menyediakan kemudahan menghentikan "Pop-up" dan juga perisian
email yang mampu mengasingkan email sampah (SPAM).
http://www.mozilla.org/
Kebanyakan CC menggunakan Internet Explorer, maka anda perlu gunakan "
Alexa Toolbar" atau "
Google Toolbar" untuk menghalang
pop-up yang selalu
muncul daripada laman-laman yang dilawati. Toolbar ini akan dipasang
bersama Internet Explorer. Selepas pemasangan anda perlu mulakan semula
Internet Explorer untuk dapat melihat Toolbar atau anda perlu memilih
ia melalui
View -> Toolbars
Alexa Toolbar di
http://www.alexa.com/
Google Toolbar di
http://www.google.com/
Kebanyakan laman memerlukan kita mendaftarkan diri dan alamat email
adalah wajid. Maka anda perlu menyediakan beberapa alamat email tidak
utama untuk memastikan jika berlaku SPAM, alamat email utama anda tidak
terjejas. Ada pelbagai laman menyediakan kemudahan email percuma.
Antaranya
http://sempoi.mail.everyone.net/
.
Selepas penggunaan anda perlu kosongkan ruang cache, history dan
cookies perisian pelayar Internet anda.
Bagi
Mozilla
Untuk hilangkan jejak.
Edit ->
Preferences -> Navigator ->
History -> Clear History dan Clear Location Bar.
Untuk kosongkan Cache.
Edit ->
Preferences -> Advanced -> Cache
-> Clear Cache.
Mozilla juga menyediakan kemudahan
Link
Prefetching. Bermaksud muka
laman lain akan dicapai dahulu sewaktu anda sedang membaca. Ini
membantu capaian laman seterusnya lebih cepat.
Untuk hilangkan simpanan Password.
Edit
-> Preferences -> Privacy
And Security -> Passwords -> Manage Stored Passwords -> Remove
All.
Untuk buang Cookies,
Edit ->
Preferences -> Privacy And Security
-> Cookies -> Manage Stored Cookies -> Remove All Cookies.
Untuk
Internet Explorer.
Tools, bahagian
General, klik butang
delete cookies, delete file dan
clear history.
Ke bahagian
Content. Pilih
AutoComplete, pilih
clear form dan
clear
passwords.
Langkah-langkah diatas boleh melindungi anda dalam banyak perkara,
namun tidak semua dapat diatasi. Ada perisian yang merakam setiap huruf
yang ditekan di papan kunci yang dipanggil
key logger.
Atas sebab peribadi, saya tidak membuat urusan kewangan melalui
komputer di CC. Walaupun laman kewangan telah memastikan semua perkara
keselamatan dituruti, miskipun langkah-langkah diatas telah dibuat
namun perisian imbasan dan perisian yang mengintai ini adalah sukar
dikesan dalam komputer yang kita gunakan.
Pilihan ditangan anda. Beberapa kemudahan anti-virus ada menyediakan
kemudahan mengesan perisian key logger dan perisian mengintai ini,
namun ia boleh diatasi. Sehingga perisian pengesan menjadi matang maka
anda perlu menjaga keselamatan capaian anda terutama melibatkan urusan
kewangan. Sama ada anda mendapat jaminan daripada CC atau anda lakukan
di komputer anda sendiri.
Bincangkan nota ini di MTU Sempoi
http://www.mtusempoi.org/,
Berita Dan
Maklumat IT atau sambungan terus di
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewforum.php?f=22
Wassalam.
Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie
http://snurl.com/1t2w
9 Aug 2003
---
labeled with ICRA
http://www.icra.org/
---