|
|
|
|
Sampah |
Bebas |
|
|
|
Dagang |
Makalah |
|
|
Pilihan |
|
Laman Utama http://alpha.skali.net/~hafnie/nota/carian.html
Laman Cermin http://harisfazillah.tripod.com/nota/carian.html
Kemahiran mencari adalah penting dalam melayari Internet. Laman ini cuba menjelaskan secara ringkas dan mudah bagaimana pengguna Internet Malaysia sepatutnya mencari di Internet.
Cara carian automatik pula mengguna applikasi yang dipanggil robot yang akan melawat seberapa banyak laman dan menilai laman yang dilawati berdasar peraturan yang telah ditetapkan. Setiap perkataan di dalam laman akan disenaraikan ke dalam pangkalan data dan apabila seorang pengguna Internet memasukkan perkataan yang ingin dicari, enjin pencari akan merujuk pangkalan data dan cuba memberikan jawapan laman yang terdekat dengan perkataan carian. Kebanyakan enjin pencari menggunakan kedua-dua cara untuk menilaikan laman.
Adalah sukar untuk menyenaraikan laman melalui cara "manual". Ada berjuta-juta laman yang perlu dilihat dan disenaraikan. Walaupun ada usaha menggunakan perkhidmatan sukarela untuk menilaikan laman seperti http://www.dmoz.org/ , namun pertambahan jumlah laman yang mendadak menyukarkan laman-laman internet disenaraikan dengan cepat. http://www.netsizer.com/
Kata kunci memainkan peranan disini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini apabila enjin pencari mencapai sesuatu laman ia akan membaca laman itu dan kemudian melalui kiraan matematik yang unik dan rumit, mengira jumlah perkataan yang digunakan dalam sesuatu laman. Melalui kiraan ini juga ia cuba menilai sama ada laman itu benar-benar ditulis dengan perkataan-perkataan yang dinilaikan atau laman-laman itu sengaja mengulang-ulang perkataan tertentu bertujuan untuk mendapat kedudukan tertinggi.
Perkiraan ini juga berdasarkan jumlah berapa banyak perkataan itu diminta di dalam laman pencari dan kemudian perbandingan dibuat dengan laman-laman lain dalam pangkalan data yang boleh mencapai dalam jumlah "Terabyte" ruang cakera keras. Satu jumlah yang begitu besar walaupun sebenarnya enjin pencari hanya baru mencapai sedikit daripada keseluruhan laman yang ada di dalam Internet. Dengan memahami konsep ini, barulah memudahkan kita untuk mencari bahan yang kita mahukan didalam Internet dengan menggunakan kata kunci.
Carian ini mahu mencari "kesan globalisasi kepada sektor bank di Malaysia". Dalam pencarian ini anda perlu bahagikan pencarian kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. "The effect of globalisation to banking sector in Malaysia". Ini bertujuan untuk meluaskan skop bahan yang kita akan dapati. Kebanyakan bahan yang disenaraikan adalah di dalam bahasa Inggeris, anda tentu tidak mahu terlepas apa-apa yang boleh dimanfaatkan.
Oleh kerana pencarian ini dijangkakan lebih menghasilkan dokumen dalam bahasa Inggeris. Maka kita bermula dengannya. Anda ringkaskan soalan itu kepada kata kunci yang sesuai. Contohnya "Malaysia Banking Globalisation".
Melalui carian di http://www.google.com/ anda akan diberikan beberapa laman yang anda perlu lihat sama ada sesuai ataupun tidak. Jangan lihat pencarian pada muka pertama sahaja. Cuba lihat hasil pencarian di muka dua atau muka tiga. Adakala laman yang sesuai dengan kehendak kita tidak berada di senarai teratas.
Anda juga tidak perlu bergantung kepada satu , dua pencarian sahaja. Cuba ubah kata kunci anda. Anda boleh mencuba perkataan globalisation sahaja. Kita akan mendapat berapa laman yang difikirkan sesuai. Antaranya http://www.wto.com/ WTO atau World Trade Organisation. Ia adalah organisasi yang menyelaraskan dan mejadi badan dipertanggungjawabkan untuk menjadikan dunia perdagangan bebas dan tanpa sekatan undang-undang sesebuah negara. Adakah ini globalisasi ?.
Dalam pencarian itu anda akan dirujuk kepada laman http://www.bnm.gov.my/ Laman Bank Negara Malaysia. Sebuah lagi laman yang dijangkakan dapat membantu.
Pelbagaikan kata-kata kunci yang anda boleh gunakan. Contohnya "Globalisasi di Malaysia", "Banking in Malaysia". Agar kita boleh mendapatkan lagi laman-laman yang boleh kita gunakan untuk meneruskan pencarian kita.
Bagi setiap laman yang kita jumpai mungkin disediakan kemudahan mencari (search) khusus bahan-bahan di dalam laman itu. Sesebuah laman sering berubah, bahan-bahan boleh dipindahkan ke bahagian lain. Untuk laman http://www.wto.com/ . Untuk carian katakunci "Malaysia Bank" ataupun "Malaysia" boleh digunakan.
Untuk laman http://www.bnm.gov.my/ pula, katakunci globalisasi digunakan. Laman Bank Negara Malaysia, pasti ada menyediakan dokumen mengenai globalisasi khusus untuk sektor kewangan Malaysia.
Kita tidak perlu terikat hanya dengan satu-satu kata kunci sahaja. Bagi Banking, mungkin kita boleh mencari dengan kata kekunci "financial sector". Pelbagaikan kata kunci untuk menjadikan pencarian kita lebih berkesan.
Laman http://www.google.com/ juga menyediakan kemudahan carian simpanan email daripada "News server". News merupakan kemudahan perbincangan email yang telah lama wujud dan masih aktif digunakan. Pilih sambungan Groups di laman Google atau sambungan terus http://groups.google.com/ .
Bahan-bahan yang didapati mungkin tidak sepenuhnya memberikan jawapan kepada apa yang anda cari. Pelbagaikan carian dengan menggunakan pelbagai laman enjin pencari. Setiap enjin pencari akan memberikan jawapan carian yang pelbagai. Antaranya
http://www.hotbot.com/
http://www.altavista.com/
http://www.metacrawler.com/
http://www.dmoz.org/
http://infoseek.go.com/
http://www.yahoo.com/
Sambungan laman pada bahan yang jumpai adakala boleh membawa kepada bahan-bahan yang dicari. Ambil masa untuk meneliti sambungan yang dicadangkan.
![]() |
Beberapa laman khas wujud untuk mengumpulkan bahan-bahan tertentu mengumpul bahan-bahan tertentu. Antaranya laman yang menyimpan FAQ usenet. http://www.faqs.org/
Laman yang menyumpulkan laman berdasarkan laman-laman berkaitan http://www.webring.com/
Projek Jaringan Malaysia pula khusus untuk mengumpulkan laman-laman individu Malaysia. sila lawat sambungan laman http://lovmalaysia.tripod.com/ .
Adakala laman yang anda cari tidak lagi berada disambungan laman yang anda cari. Anda boleh mencuba WayBack Machine di http://www.archive.org/ . Wayback Machine adalah usaha untuk menyimpan laman berdasarkan tarikh-tarikh tertentu supaya nilai-nilai sejarah laman dapat dirujuk. Ia juga membantu daripada segi menyimpan laman-laman yang mungkin hilang terus daripada Internet.
Bagi memudahkan lagi rujukan kepada WayBack Machine. Anda digalakkan memasang Alexa Toolbar yang boleh didapati di http://www.alexa.com/ . Dengan hanya memilih butang WayBack Machine di Toolbar Alexa anda akan dbawa ke zaman silam laman-laman yang anda kunjungi.
Anda juga boleh mencadangkan laman untuk disimpan di Wayback Machine dengan melawat sambungan http://www.alexa.com/help/webmasters/request_bot.html dan masukkan sambungan laman supaya ia sentiasa boleh dicapai.
Internet mempunyai bahan yang banyak dan pelbagai. ianya bergantung kepada anda untuk mencari bahan yang sesuai dan anda inginkan. Ianya umpama mencari harta karun. Kita perlu membaca banyak petunjuk sebelum kita boleh mendapatkan harta karun yang kita cari.
Jika pencarian anda masih tidak berhasil. Anda boleh ajukan soalan kepada kumpulan dan forum komputer dan Internet Malaysia. http://hafnie.tripod.com/kempen/kemsoit.html untuk senarai laman-laman IT Malaysia.
Ingin saya tekankan. Pastikan anda telah mencuba dengan pencarian di Internet sebelum mengajukan apa-apa soalan. Anda perlu bantu diri anda dahulu sebelum anda meminta bantuan orang lain.
Disclaimer - Pelepasan
Nota dan bahan-bahan dalam laman ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti. Gunakan ia atas tanggungjawab anda (Please used it at your own risk).
HakCipta Umum Dan Terpelihara
HakCipta Umum dan Terpelihara dengan Opencontent http://www.opencontent.org/ . Secara ringkas. Anda dibenarkan untuk membuat salinan kepada laman ini, membuat perubahan untuk tujuan pembetulan dan membaiki mutu artikel dan penulisan ini dengan syarat perubahan dan keseluruhan artikel disebarkan semula kepada umum dan penulis diberitahu melalui email untuk tujuan kemaskini. Sila lawat laman http://www.opencontent.org/ .
Sebarang keraguan dan peselisihan rujukan laman ini akan digunakan berdasarkan tarikh 16 Mar 2002.
Terima Kasih.
Harisfazillah Bin Jamel
http://hafnie.cjb.net/
http://harisfazillah.tripod.com/
Bukan Sekadar Internet Sahaja.
Versi 1 Untuk Web 16 Mar 2002.
Sertai senarai terhad Harisfazillah Bin Jamel untuk kemaskini terbaru laman ini dan nota-nota daripada Haris untuk perkembangan baru dunia komputer dan Internet Malaysia. Sila lawat sambungan
http://harisfazillah.tripod.com/senaraiharis.html
Buat carian dengan katakunci carian Internet , search engine , Internet directory . Panduan disini.
---