Pop-up Windows Dan Spyware. Bagaimana mengatasinya?

Laman ini di Internet : http://www.mtusempoi.com/phpbb2/cms_view_article.php?aid=36

Bagi pengguna Internet Explorer (IE)  pop-up yang tidak diingini yang muncul secara tiba-tiba adalah masaiah yang semakin mengganggu. Pop-up yang muncul adalah hasil perisian yang dipasang tanpa pengetahuan pengguna, yang dipanggil spyware. Perkara ini berlaku kerana kelemahan dan ralat  dalam IE yang membolehkan perisian spyware dipasang tanpa pengetahuan pengguna. Ia diburukan lagi apabila dengan penggunaan kod-kod tertentu terutama yang berasaskan ActiveX  dengan hanya melawat muka laman sesebuah perisian trojan dan spyaware dapat dipasang.

Malah dengan hanya membaca email HTML atau tersesat ke  laman tertentu hasil rujukan enjin pencari tanpa disedari pengguna IE diperdaya. Ia bukan satu perkara yang mudah kerana peratusan paling besar  penggunaan Internet pengguna Malaysia adalah untuk mencari rujukan dengan enjin pencari. Bukan mudah  untuk mengenali laman sebegini dan mengelaknya kerana tajuk dan penerangan laman tidak menggambarkan tapak laman sebenar dan kod boleh disembunyikan.

Membuang perisian spyware  yang terpasang  bukan satu perkara yang mudah kerana ada pelbagai cara digunakan untuk menyembunyikan perisian tersebut. Langkah-langkah  awal perlu dijalankan untuk memastikan perisian spyware dan trojan tidak menjangkiti komputer kerana apabila sudah berjangkit adalah sukar untuk membuangnya.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan serangan perisian spyware dan trojan  sebegini :-

(1) Masalah utama adalah kerana pengguna Windows tidak membuat patch atau kemas kini. Microsoft sering mengeluarkan kemas kini untuk setiap ralat perisian mereka maka Windows  perlulah sentiasa dikemas kini. Pengguna Windows perlu melawat http://windowsupdate.microsoft.com/ untuk memboleh kemas kini dimuat turun. Perkara ini juga boleh dilakukan secara automatik. Klik kanan "My Computer", pilih Properties, Pilih tab "Automatic Update".

Ada sesetengah Windows cetak rompak tidak boleh dikemas kini dengan cara begini. Maka langkah-langkah seterusnya perlu dilakukan.
 
(1) Berhenti menggunakan IE. Telah nyata penggunaan IE yang tidak dibetulkan ralatnya adalah punca utama masalah ini. Terdapat pelbagai perisian pelayan Internet selain IE. Antaranya adalah Firefox http://www.spreadfirefox.com/?q=user/register&r=25148 daripada Projek Mozilla http://www.mozilla.org/ . Firefox adalah dibina dengan konsep sumber terbuka dimana kod-kodnya juga dinilai oleh umum. Setiap ralat akan diumumkan dan dengan cara pembinaan yang modular dan bahagian tidak saling bergantung maka ralat dapat dibetulkan dengan dengan segera.

Firefox juga tidak menjalankan kod ActiveX, kemudahan menghalang pop-up telah tersedia pasang. Kesemua pop-up akan dihalang melainkan yang dibenarkan oleh pengguna.

Selain itu perisian Opera http://www.opera.com/ merupakan antara pilihan yang baik.

Jika IE masih perlu digunakan toolbar daripada Yahoo http://companion.yahoo.com/ boleh dipasang. Selain daripada menyekat pop-up, ia juga mempunyai kemudahan untuk mengesan spyware. Alexa Toolbar http://www.alexa.com/ mempunyai fungsi penghalang pop-up.
 
(2) Gunakan kemudahan "Firewall". "Firewall" mampu menghalang trojan tertentu daripada menceroboh komputer. Windows XP didatangkan dengan Firewall "ringkas". Sila rujukan sambungan http://www.microsoft.com/windowsxp/pro/using/howto/networking/icf.asp . Selain itu beberapa perisian "Firewall" boleh dimuat turun secara percuma. Sila rujuk http://www.free-firewall.org/

(3) Pasang perisian antivirus. Pastikan juga ia selalu dikemas kini dengan virus paten yang terbaru. Untuk senarai antivirus sila rujuk http://www.cert.org/other_sources/viruses.html . Juga terdapat antivirus daripada projek sumber terbuka http://www.clamwin.com/

(4) "Security Setting" dalam IE boleh ditinggikan. Pilih Tools -> Internet Options -> Security. Pada pilihan Internet, pilih "Custom Level" dan pilih "High". Ia akan memastikan tiada program asing akan dijalankan disamping mematikan ActiveX.

(5) Berhati-hati dengan email yang diterima yang memberikan pemberitahuan untuk kemas kini perisian. Email adalah mudah untuk dipalsukan dan ia mungkin membawa kepada tapak laman yang mengandungi perisian trojan dan spyware. Pastikan patch dan kemas kini diambil daripada laman sebenar pengeluar dan pastikan ia pada sambungan laman (link) yang betul.

(6) Perkara paling penting sentiasa ada salinan fail-fail penting. Lakukan "backup" sentiasa.

(7) Gunakan perisian pengesan spyware. Antaranya Lavasoft's Ad-Aware http://www.lavasoft.de/english/default.shtml dan Spybot Search http://spybot.safer-networking.de/en/index.html . Berhati-hati dalam pencarian perisian sebegini. Ada yang merupakan spyware dengan nama yang hampir sama.

Spyware dan pop-up yang muncul dengan tiba-tiba adalah disebabkan oleh kelemahan kepada perisian Internet Explorer. Sama ada kelemahan ini dibaiki atau pilihan lain seperti Firefox digunakan. Langkah-langkah berwaspada perlu ada pada setiap pengguna komputer Windows. Untuk langkah yang lebih drastik, tukarlah kepada sistem operasi Linux. Sistem operasi alternatif selain Windows. http://linuxmalaysia.iscool.net/ .

Laman rujukan

Online security
http://cybercoyote.org/security/intro.shtml

Get Firefox
http://www.spreadfirefox.com/

Diharapkan artikel ini dapat membantu dalam penggunaan komputer. Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di

http://groups.yahoo.com/group/haris atau email kepada
[email protected]

Penulis boleh dihubungi melalui Yahoo Messenger linuxmalaysia
http://edit.yahoo.com/config/send_webmesg?.target=linuxmalaysia&.src=pg

Atau melalui mesej peribadi hafnie di forum MTU Sempoi http://www.mtusempoi.com/


Harisfazillah Jamel

http://www.ryze.com/go/hafnie
http://www.geocities.com/lovhafnie
http://hafnie.blogspot.com/

v 1.0 21OKT04

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0

Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan
Linux Malaysia
http://www.geocities.com/linuxmalaysia

--- Iklan ---
Dapatkan SMS Yang Cool Dan Sempoi
http://smssempoi.iscool.net/

Kad Raya Internet
http://www.mtusempoi.com/gcards
--- Iklan ---
Hosted by www.Geocities.ws

1