Melayuboleh : Projek Khusus Untuk Menyedarkan Orang Melayu Kepada IT


Utama
Nota
Satulaman
E-
Sampah
Pakar
Bebas
Penampan
AST
OSM
E-
Dagang
E-
Makalah
Bantuan
Diri
Sambungan
Pilihan
Bincang.net

Laman Utama http://www.geocities.com/projekmelayuboleh/

Pengenalan

Projek Melayuboleh atau Projek Mboleh ini adalah ditujukan khas kepada orang melayu. Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang melayu bahawa orang melayu boleh bersaing dan berjaya sebagaimana orang lain tanpa bantuan daripada mana-mana pihak terutamanya kerajaan. Orang melayu perlu pro-aktif. Orang melayu perlu usahakan sendiri pelbagai projek agar ilmu IT dapat dipelajari dan dikuasai.

Orang melayu perlu berdiri atas kaki sendiri, berdikari untuk memastikan orang melayu boleh dan mampu bersaing dan berjaya. Usaha berdikari ini memerlukan satu garis panduan am, sebagai titik permulaan, sebagai tapak mula dan langkah mula untuk mencapai cita-cita, orang melayu perlu berjaya dalam IT.

Komputer, Internet dan industri informasi teknologi (IT),  telah berkembang dengan pesat sehingga ia wujud dalam semua aspek kehidupan kita. IT memerlukan tenaga pakar yang ramai dan jika orang melayu masih ambil sikap sambil lewa, lambat-laun kita juga akan ketinggalan dalam IT.

Projek Melayuboleh dimulakan dengan usaha mewujudkan satu cara berpusat untuk mendapatkan bantuan masalah komputer dan Internet. Satu sistem secara maya perlu diwujudkan untuk memastikan orang melayu tahu dimana boleh mendapatkan bantuan, jika masalah komputer dan Internet timbul.

Projek peningkatan sokongan komputer dan Internet adalah langkah awal kepada satu sistem yang lebih baik dan meluas. http://kempenit.cjb.net/ , laman ini adalah rangka awal wujudnya sistem sokongan dan bantuan melalui maya. Orang melayu boleh bertanya soalan kepada mana-mana forum maya IT yang dicadangkan didalam  laman ini. Antara forum-forum yang dicadangkan adalah

http://www.ittutor.net/
http://www.bincang.net/
http://www.sifoo.com/
http://www.webmastermalaysia.com/
http://hafnie.iscool.net/

Kepada pakar IT melayu, anda digalakkan untuk menyertai mana-mana forum diatas untuk turut membantu memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan. Malah anda digalakkan untuk menyumbangkan bahan IT dalam bahasa Melayu sama ada didalam forum diatas atau dengan mewujudkan laman anda sendiri walaupun satu laman. http://www.geocities.com/satulaman

Perjuangan juga perlu diteruskan dalam mewujudkan antara muka applikasi yang berbahasa melayu. Sebagai langkah awal, orang melayu sepatutnya menyokong usaha kumpulan sukarela yang mempeterjemahkan UI applikasi Mozilla, Sun StarOffice, Gnome, Mandrake dan pelbagai lagi applikasi ke bahasa melayu. Anda bolen melawat laman http://l10n-my.tripod.com/ untuk senarai laman-laman projek ini atau sambungan terus dibawah ini.

Projek Gabai

http://gabai.sourceforge.net/

Projek Gabai adalah satu projek lokalisasi Bahasa Melayu untuk untuk GNOME, dan perisian GNU lain, tapi buat masa ini, GNOME adalah keutamaan.

Projek MekSom

http://ikhlas.com/meksom/

Projek Meksom adalah projek lokalisasi Bahasa Melayu untuk Mozilla. Di mana, Pengguna boleh melihat antaramuka pengguna (UI) Bahasa Melayu pada Pelayar Internet Mozilla.

Projek Singa Emas

http://oo-l10n-my.sourceforge.net/
 

Applikasi secara terbuka pula adalah projek untuk menghasilkan applikasi secara gotong-royong melalui Internet. Sama ada anda pakar atau tidak, anda boleh sertai projek ini. Sila sertai kumpulan perbincangan dunia-digital untuk sebarang perkembangan AST.

http://duniadigital.cjb.net/

Jika anda mempunyai laman sendiri, Projek Melayuboleh juga menyokong usaha menyatukan laman-laman Malaysia. Lawat laman http://lovmalaysia.tripod.com/ untuk keterangan lanjut.

Projek Melayuboleh BUKAN bertujuan untuk memwujudkan perbezaan kaum. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang antara bangsa. Jurang boleh terjadi jika orang melayu terus dimanja dan alpa. Jurang boleh terjadi jika orang melayu ketinggalan dalam mana-mana bidang.

Orang melayu perlu belajar daripada bangsa lain, bagaimana perjuangan bangsa lain untuk terus berjaya dan bijak menentukan masa depan. Orang melayu perlu buka mata dan mencontohi kejayaan bangsa lain.

Tanpa jurang perbezaan antara bangsa, lebih senang mewujudkan perpaduan dan kefahaman antara bangsa TETAPI orang melayu perlu usaha sendiri untuk merapatkan jurang itu. Bukan dengan cara menyalahkan bangsa lain. Orang melayu perlu usaha sendiri.

Projek Melayuboleh bukan setakat untuk industri IT sahaja, malah ia boleh dikembangkan kepada industri lain agak kita tidak ketinggalan dalam apa jua bidang. Marilah kita mengajak orang melayu untuk berusaha membaiki diri sendiri supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain.

Untuk sebarang kemas kini sila sertai senarai email terhad di SINI.

Projek Melayuboleh kerana MELAYU BOLEH.

Wassalam.

Orang melayu.
 
 

Muka laman lain.

(1) Laman Utama


Disclaimer - Pelepasan

Nota dan bahan-bahan dalam laman ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti. Gunakan ia atas tanggungjawab anda (Please used it at your own risk).

HakCipta Umum Dan Terpelihara

HakCipta Umum dan Terpelihara dengan Opencontent http://www.opencontent.org/ . Secara ringkas. Anda dibenarkan untuk membuat salinan kepada laman ini, membuat perubahan untuk tujuan pembetulan dan membaiki mutu artikel dan penulisan ini dengan syarat perubahan dan keseluruhan artikel disebarkan semula kepada umum dan penulis diberitahu melalui email untuk tujuan kemaskini. Sila lawat laman http://www.opencontent.org/ .

Sebarang keraguan dan peselisihan rujukan laman ini akan digunakan berdasarkan tarikh 26 Mar 2002.

Terima Kasih.

Bukan Sekadar Internet Sahaja.

Versi 1 Untuk Web 26 Mar 2002.
 

.i

Hosted by www.Geocities.ws

1