|
Melayuboleh : Projek Khusus
Untuk Menyedarkan Orang Melayu Kepada IT
Laman Utama http://www.geocities.com/projekmelayuboleh/
Pengenalan
Projek Melayuboleh
atau Projek Mboleh ini adalah ditujukan khas kepada orang melayu. Ia bertujuan
untuk memberikan kesedaran kepada orang melayu bahawa orang melayu boleh
bersaing dan berjaya sebagaimana orang lain tanpa bantuan daripada mana-mana
pihak terutamanya kerajaan. Orang melayu perlu pro-aktif. Orang melayu
perlu usahakan sendiri pelbagai projek agar ilmu IT dapat dipelajari dan
dikuasai.
Orang melayu perlu berdiri atas kaki sendiri, berdikari
untuk memastikan orang melayu boleh dan mampu bersaing dan berjaya. Usaha
berdikari ini memerlukan satu garis panduan am, sebagai titik permulaan,
sebagai tapak mula dan langkah mula untuk mencapai cita-cita, orang melayu
perlu berjaya dalam IT.
Komputer, Internet dan industri informasi teknologi
(IT), telah berkembang dengan pesat sehingga ia wujud dalam semua
aspek kehidupan kita. IT memerlukan tenaga pakar yang ramai dan jika orang
melayu masih ambil sikap sambil lewa, lambat-laun kita juga akan ketinggalan
dalam IT.
Projek Melayuboleh dimulakan dengan usaha mewujudkan
satu cara berpusat untuk mendapatkan bantuan masalah komputer dan Internet.
Satu sistem secara maya perlu diwujudkan untuk memastikan orang melayu
tahu dimana boleh mendapatkan bantuan, jika masalah komputer dan Internet
timbul.
Projek peningkatan sokongan komputer dan Internet
adalah langkah awal kepada satu sistem yang lebih baik dan meluas. http://kempenit.cjb.net/
, laman ini adalah rangka awal wujudnya sistem sokongan dan bantuan melalui
maya. Orang melayu boleh bertanya soalan kepada mana-mana forum maya IT
yang dicadangkan didalam laman ini. Antara forum-forum yang dicadangkan
adalah
http://www.ittutor.net/
http://www.bincang.net/
http://www.sifoo.com/
http://www.webmastermalaysia.com/
http://hafnie.iscool.net/
Kepada pakar IT melayu, anda digalakkan untuk menyertai
mana-mana forum diatas untuk turut membantu memberikan jawapan kepada soalan
yang diajukan. Malah anda digalakkan untuk menyumbangkan bahan IT dalam
bahasa Melayu sama ada didalam forum diatas atau dengan mewujudkan laman
anda sendiri walaupun satu laman. http://www.geocities.com/satulaman
Perjuangan juga perlu diteruskan dalam mewujudkan
antara muka applikasi yang berbahasa melayu. Sebagai langkah awal, orang
melayu sepatutnya menyokong usaha kumpulan sukarela yang mempeterjemahkan
UI applikasi Mozilla, Sun StarOffice, Gnome, Mandrake dan pelbagai lagi
applikasi ke bahasa melayu. Anda bolen melawat laman http://l10n-my.tripod.com/
untuk senarai laman-laman projek ini atau sambungan terus dibawah ini.
Projek Gabai
http://gabai.sourceforge.net/
Projek Gabai adalah satu projek lokalisasi Bahasa
Melayu untuk untuk GNOME, dan perisian GNU lain, tapi buat masa ini, GNOME
adalah keutamaan.
Projek MekSom
http://ikhlas.com/meksom/
Projek Meksom adalah projek lokalisasi Bahasa Melayu
untuk Mozilla. Di mana, Pengguna boleh melihat antaramuka pengguna (UI)
Bahasa Melayu pada Pelayar Internet Mozilla.
Projek Singa Emas
http://oo-l10n-my.sourceforge.net/
Applikasi secara terbuka pula adalah projek untuk
menghasilkan applikasi secara gotong-royong melalui Internet. Sama ada
anda pakar atau tidak, anda boleh sertai projek ini. Sila sertai kumpulan
perbincangan dunia-digital untuk sebarang perkembangan AST.
http://duniadigital.cjb.net/
Jika anda mempunyai laman sendiri, Projek Melayuboleh
juga menyokong usaha menyatukan laman-laman Malaysia. Lawat laman http://lovmalaysia.tripod.com/
untuk keterangan lanjut.
Projek Melayuboleh BUKAN bertujuan untuk
memwujudkan perbezaan kaum. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang antara
bangsa. Jurang boleh terjadi jika orang melayu terus dimanja dan alpa.
Jurang boleh terjadi jika orang melayu ketinggalan dalam mana-mana bidang.
Orang melayu perlu belajar daripada bangsa lain,
bagaimana perjuangan bangsa lain untuk terus berjaya dan bijak menentukan
masa depan. Orang melayu perlu buka mata dan mencontohi kejayaan bangsa
lain.
Tanpa jurang perbezaan antara bangsa, lebih senang
mewujudkan perpaduan dan kefahaman antara bangsa TETAPI orang melayu perlu
usaha sendiri untuk merapatkan jurang itu. Bukan dengan cara menyalahkan
bangsa lain. Orang melayu perlu usaha sendiri.
Projek Melayuboleh bukan setakat untuk industri
IT sahaja, malah ia boleh dikembangkan kepada industri lain agak kita tidak
ketinggalan dalam apa jua bidang. Marilah kita mengajak orang melayu untuk
berusaha membaiki diri sendiri supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan orang lain.
Untuk sebarang kemas kini sila sertai senarai email
terhad di SINI.
Projek Melayuboleh kerana MELAYU BOLEH.
Wassalam.
Orang melayu.
Muka laman lain.
(1) Laman Utama
Disclaimer - Pelepasan
Nota dan bahan-bahan dalam laman ini hanyalah pengkongsian
peribadi tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak
rasmi. Tiada juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.
Gunakan ia atas tanggungjawab anda (Please used it at your own risk).
HakCipta Umum Dan Terpelihara
HakCipta Umum dan Terpelihara dengan Opencontent
http://www.opencontent.org/
. Secara ringkas. Anda dibenarkan untuk membuat salinan kepada laman ini,
membuat perubahan untuk tujuan pembetulan dan membaiki mutu artikel dan
penulisan ini dengan syarat perubahan dan keseluruhan artikel disebarkan
semula kepada umum dan penulis diberitahu melalui email untuk tujuan kemaskini.
Sila lawat laman http://www.opencontent.org/
.
Sebarang keraguan dan peselisihan rujukan laman
ini akan digunakan berdasarkan tarikh 16 Julai 2002.
Terima Kasih.
Bukan
Sekadar
Internet
Sahaja.
Versi 2.0 Untuk Web 16 Julai 2002.
.i
|