|
Poh Chien Yen |
|
Temubual bersama ketua pengawas sesi 2003/2004 iaitu saudari Poh Chien Yen ini telah dilakukan oleh salah seorang ahli Network Group S.M Lok Yuk.
Amanda : Selamat pagi.
Chien Yen : Selamat pagi.
Amanda : Saya, Amanda, dari Network Group sekolah ingin mengambil sedikit masa dari saudari untuk memenuhi ruangan di laman web kami. Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kerana telah terpilih sebagai Ketua Pengawas yang baru.
Chien Yen : Terima kasih.
Amanda : Baiklah. Boleh saya mulakan ?
Chien Yen : Silakan.
Amanda : Soalan pertama saya, adakah anda berasa gembira dengan jawatan anda sekarang ?
Chien Yen : Sebenarnya saya agak terkejut juga apabila saya mengetahui saya di pilih sebagai ketua pengawas yang baru, tetapi saya agak gembira juga dan bersedia menyahut cabaran ini dengan sepenuh hati. Saya berjanji akan berusaha dengan bersunguh-sungguh dalam melaksanakan tugas saya.
Amanda : Adakah anda terasa tertekan dengan jawatan anda sekarang ?
Chien Yen : Tugas ini adalah satu tugas yang berat kerana saya bertanggungjawab kepada semua pengawas dan juga perlu memastikan displin sekolah terkawal. Oleh itu, saya ada juga berasa tertekan serba sedikit. Saya juga perlu memastikan saya dapat melaksanakan tugas ini sebaik atau lebih baik berbanding dengan tugas ketua-ketua pengawas yang telah berkhidmat sebelum saya.
Amanda : Adakah tugasan sebagai seorang pengawas membebankan pelajaran anda ?
Chien Yen : Pada pendapat saya, jika seseorang itu boleh membahagikan masanya dengan betul, itu tidak akan mengganggu pelajarannya.
Amanda : Bagaimana pula anda membahagikan masa anda untuk belajar ?
Chien Yen : Bagi saya, biasanya pada waktu malam saya akan mengulangkaji manakala pada hari minggu, saya akan berehat dan melakukan aktiviti lain.
Amanda : Ini merupakan soalan akhir saya. Adakah anda mempunyai jadual pembelajaran anda sendiri ?
Chien Yen : Ya.
Amanda : Baiklah, terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda pada saya.
Chien Yen : Sama- sama.
Laporan oleh: Amanda
lokyuk network group 2003 |