Noraliza

 

     Noraliza, penyanyi terkenal SM Lok Yuk. Dia telah berkecimpung dalam bidang nyanyian tanpa berasa takut dan malu untuk mencungkilkan bakat yang terpendam dalam dirinya. Untuk mengetahui lebih lanjut. Dibawah adalah teks temubual kami.
 

Goh :Assalamualaikum, saya bernama Goh Kok Tung saya datang dari Network Group. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kesudian saudari Noraliza untuk ditemuramah berhubung dengan kejayaan yang kecapi.


Nor :Walaikumusalam dan selamat pagi. Saya tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman dalam bidang nyanyian.
 

Goh :Soalan yang pertama ialah apakah yang mendorong kamu kepada kejayaan kamu?


Nor: Kejayaan saya didorong hasil daripada bakat semulajadi yang ada pada  diri sendiri saya.

 

Goh : Adakah kamu mempunyai jadual dalam latihan kamu atau kamu berlatih hanya secara rawak sahaja?


Nor : Saya tidak mempunyai jadual dalam latihan sebaliknya saya berlatih   jika ada masa yang terluang.

 

Goh : Siapa yang paling menyokong kamu dalam kejayaan kamu?


Nor : Keluarga, guru-guru dan rakan-rakan.

 

Goh : Setiap orang mempunyai tokoh sendiri dalam hidup. Siapa tokoh dalam hidup kamu?


Nor : Penyanyi yang tidak asing lagi yakni Siti Nurhaliza.

 

Goh : Adakah kamu dipengaruhi oleh tokoh tersebut?


Nor : Ya, kerana beliau mempunyai bakat semulajadi yang luar biasa.

 

Goh : Siapakah guru pelatih kamu?


Nor : Saya tidak mempunyai guru pelatih tetapi sebaliknya sayalah yang melatih diri sendiri.

 

Goh : Jikalau diberi peluang, apakah kata-kata anda kepada pelajar-palajar yang inginkan kejayaan dalam bidang ini?


Nor : Kepada pelajar-pelajar yang mempunyai bakat terpendam, anda juga boleh memperolehi kejayaan dalam bidang ini jika anda menonjolkan bakat anda, sebaliknya kepada sesiapa yang tidak mempunyai bakat tetapi inginkan kejayaan dalam bidang ini, anda seharusnya belajar daripada orang yang berpengalaman dan jika rasa perlu, anda juga boleh mengambil guru pelatih supaya dapat melatih vokal anda menjadi mantap sekaligus mengetahui cara-cara dan displin dalam bidang ini.

 

Goh :Semoga berjaya dalam bidang dan pelajaran. Terima kasih.


Nor :Sama-sama.

 

Laporan oleh:

Goh Kok Tung

 

 lokyuk network group 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1