|
Leopold Appolonius |
|
Satu temuramah telah dijalankan antara wartawan laman web sekolah dan juga olahragawan sekolah. Berikut merupakan hasilnya.
Amanda: Selamat pagi, saudara Leopald.
Leopold: Selamat pagi.
Amanda: Kami Amanda dan Goh, wartawan dari laman web sekolah ingin mengambil sedikit masa kamu untuk menemuramahkan saudara.
Leopold: Boleh.
Goh: Kami mengucapkan taniah atas kejayaan anda menjadi olahragawan sekolah.
Leopold: Terima kasih.
Goh: Baiklah. Tanpa membuang masa, boleh kita mulakan?
Leopold: Silakan.
Amanda: Soalan pertama kami. Apakah yang mendorong kamu kepada kejayaan kamu?
Leopold: Sifat ingin berjaya dalam bidang sukan dan juga berjaya dalam hidup kita setiap hari.
Amanda: Adakah kamu menpunyai jadual dalam latihan kamu ataupun kamu berlatih hanya secara rawak sahaja?
Leopold: Saya telah menyediakan jadual latihan di rumah sebelum saya memulakan latihan saya.
Goh: Siapa yang paling menyokong kamu dalam kejayaan kamu?
Leopold: Ibu bapa dan guru-guru yang menyokong saya sehingga saya mencapai kejayaan ini.
Amanda: Setiap orang menpunyai tokoh sendiri dalam hidup. Siapa tokoh dalam hidup kamu?
Leopold: Tokoh saya ialah Nasmizan yang mempunyai bakat yang tersendiri.
Goh: Adakah kamu dipengaruhi oleh tokoh tersebut?
Leopold:Ya, kerana meminati gaya larian beliau yang mantap lagi cergas dan laju di samping mempunyai sifat ingin berjaya dalam hidup.
Goh: Siapakah guru pelatih kamu?
Leopold: Guru pelatih saya ialah guru-guru di sekolah seperti Cikgu Molius, Cikgu Gilbert, Cikgu Dazye, Cikgu Idros dan Cikgu Geopery.
Amanda: Bilakah anda berkenalan dengan guru pelatih kamu?
Leopold: Semenjak saya mengikuti latihan olahraga.
Goh: Jikalau diberi peluang, apakah kata-kata anda kepada pelajar-pelajar yang inginkan kejayaan dalam bidang ini?
Leopold: MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
Laporan oleh: Goh Kok Tung & Amanda
lokyuk network group 2003 |