|
Celebrities Corner |
|
Jossie
Fabian merupakan seorang pelajar S.M Lok Yuk dari tingkatan 4 Ekonomi 1,
beliau aktif dalam sukan renang. Beliau pernah menyertai banyak pertandingan.
Berikut merupakan satu temubual bersama saudari Jossie Fabian yang telah
diadakan pada 16 Jun 2003 oleh pihak Network Group iaitu Goh Kok Tung. Goh : Selamat pagi, silakan duduk.
Jo'c :Ya, selamat pagi dan terima kasih.
Goh : Saya dari Network Group ingin menemu ramah saudari Jossie. Bolehkah kita mulakan sekarang ?
Jo'c : Silakan.
Goh : Seperti temu ramah yang biasa, pertama sekali saya ingin bertanya tentang asal usul saudari Jossie.
Jo'c : Saya berasal dari kampung Nosoob Baru, Penampang. Saya mempunyai 5 orang adik-beradik dan saya merupakan anak bongsu.
Goh : Di manakah Saudari Jossie tinggal sekarang ?
Jo'c : Penampang.
Goh : Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan Saudari Jossie dari tadika sehingga sekarang ?
Jo'c : Saya menerima pendidikan awal di Tadika Bersatu Luyang, kemudian saya bersekolah di SJK (C) Anglo-Chinese, Taman Jindo, Penampang. Setelah itu saya menyambung pelajaran ke S.M Lok Yuk hingga sekarang.
Goh : Apakah kegiatan Saudari Jossie pada masa lapang ?
Jo'c : Pada masa lapang, saya melayari internet, menonton rancangan televisyen dan membaca buku.
Goh : Sejak bilakah Saudari Jossie didedahkan dengan sukan renang ?
Jo'c : Sejak saya berumur 8 tahun.
Goh : Bagaimanakah Saudari Jossie boleh berminat dan berkecimpung dalam aktiviti sukan ini ?
Jo'c : Pada mulanya, ibu bapa saya membawa saya pergi berenang. Selepas saya berumur 10 tahun saya mula melibatkan diri secara serius dalam aktiviti sukan ini, saya juga menyertai banyak pertandingan yang dianjurkan oleh pihak tertentu.
Goh : Siapakah yang terus memberi galakan kepada Saudari Jossie supaya terus bergiat dalam aktiviti sukan ?
Jo'c : Ahli keluarga dan saudara-mara.
Goh : Adakah Saudari Jossie mempunyai seorang jurulatih? Kalau ada, siapakah orangnya ?
Jo'c : Ada, eemm� namanya Tie Mee Kiong.
Goh : Bagaimanakah Saudari Jossie berkenalan dengannya ?
Jo'c : Ermm� disebabkan ibu bapa saya selalu membawa saya ke kompleks sukan, maka di sanalah saya berkenalan dengannya.
Goh : Antara semua perenang, yang mana satukah menjadi idola kamu ?
Jo'c : Cindy Ong, perenang dari Perak dan Alex Lim Keng Liat, perenang dari Sandakan, Sabah.
Goh : Apakah kejohanan yang pernah Saudari Jossie kecapi ?
Jo'c : Jikalau saya tidak silap saya pernah memenangi pingat apabila saya menyertai pertandingan buat kali pertama dan saya mula menyertai pertandingan di peringkat MSSM.
Goh : Adakah Saudari Jossie berpuas hati dengan pencapaian akademik di sekolah ?
Jo'c : Ok... ok... tetapi saya belum mencapai 'target' saya.
Goh : Apakah pegangan hidup Saudari Jossie ?
Jo'c : Pegangan hidup saya ialah sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa.
Goh : Beralih kepada cita-cita. Apakah cita-cita Saudari Jossie ?
Jo'c : Cita-cita saya ialah ingin menjadi business woman.
Goh : Apakah sasaran SPM Saudari Jossie ?
Jo'c : Mesti lulus.
Goh : Seterusnya, apakah harapan saudari Jossie terhadap para perenang di Lok Yuk ini ?
Jo'c : Saya berharap mereka dapat mengharumkan nama sekolah.
Goh : Seandainya Saudari Jossie ditawarkan menjadi jurulatih. Adakah saudari Jossie akan menerimanya ?
Jo'c : Jikalau berminat itupun selepas saya bersara.
Goh : Nampaknya sampai sini sahaja temu ramah kita. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudari Jossie kerana sudi ditemu ramah.
Jo'c :Sama-sama.
Laporan oleh: Goh Kok Tung
lokyuk network group 2003 |