|
Earoziana Elvy |
|
Earozianna Elvy, seorang ahli gimnastik negeri Sabah dan wakil olahraga sekolah. Earozianna juga memenangi banyak pingat di peringkat daerah, negeri, mahu pun di peringkat kebangsaan. Walaupun begitu aktif dalam bidang sukan beliau tetap cemerlang dalam peperiksaan PMR. Berikut ialah temuramah antara Collins Tan dengan beliau.
Collins : Selamat petang, Earo.
Earo : Selamat petang.
Collins : Apa khabar ?
Earo : Baik.
Collins : Soalan pertama. Ehmm� sejak bilakah saudari mula melibatkan diri dalam bidang gimnastik dan olahraga ?
Earo : Ah� semasa saya berada di darjah 4. Iaitu pada tahun 1997, masih sekolah rendah lagi.
Collins : Oh, ok� Sebagai seorang ahli gimnastik berapa jamkah dalam sehari saudari perlu berlatih ?
Earo : 2 hingga 3 jam. Jikalau pertandingan sudah dekat kurang lebih 3 jam sehari.
Collins : Adakah latihan itu memenatkan ?
Earo : Memang. Mana ada latihan yang tidak memenatkan� (ketawa)
Collins : Semenjak beberapa tahun bergiat dalam gimnastik, pernahkah saudari cedera parah ?
Earo : Cedera parah itu tidak pernahlah. Jatuh-jatuh sudah jadi kebiasaan.
Collins : Saudari telah menyertai SUKMA pada tahun 2002 dan dalam masa yang sama, peperiksaan PMR sudah hampir. Bagaimanakah persediaan saudari ?Apakah keputusan PMR saudari ?
Earo : Masa berada di latihan pusat, ada tuisyen tambahan diberi. Selain itu, apabila tiada training saya baca bukulah. Ehmm... 6 A 1 B.
Collins : Saudari memang hebat. Tahniah diucapkan di atas keputusan PMR saudari yang cemerlang itu.
Earo : Biasa saja�
Collins : Setahu saya saudari juga mewakili sekolah dalam olahraga. Apakah acara yang disertai saudari ?
Earo : Selalunya acara padang seperti lompat jauh dan lompat kijang.
Collins : Bagaimana persediaan saudari untuk olahraga ini ?
Earo : Training pagi dan petang, sebab cikgu suruh turun padang. Kita mestilah berdisiplin... (ketawa)
Collins : Bagaimana pula dengan pencapaian saudari dalam olahraga ?
Earo : Oklah. Sampai MSSS.
Collins : Adakah saudari berhasrat mewakili negara dalam bidang gimnastik atau olahraga ?
Earo : Kalau ada rezeki siapa yang mahu tolak� (ketawa)
Collins : Apakah hasrat saudari dalam peperiksaan SPM tahun depan ?
Earo : Saya mahu lulus. Credit semua subjek dan banyak A.
Collins : Siapakah idola saudari ?
Earo : Siapa ahh� Macam tiada idola� Tapi kalau nampak orang yang berjaya, ada juga hati mahu jadi seperti dia.
Collins : Ehmm� Begitu� Apakah kenangan manis yang pernah di alami oleh saudari ?
Earo : Memperolehi kemenangan dalam pertandingan.
Collins : Dari sukan kita beralih ke pelajaran pula. Boleh ?
Earo : Tiada masalah, Collins.
Collins : Bagaimanakah cara dan berapa lama saudari belajar atau mengulangkaji ?
Earo : Saya belajar di rumah selalunya selepas habis homework. Iaitu kira-kira dua jam.
Collins : Bagaimana pencapaian saudari dalam pelajaran setakat ini ?
Earo : Bagi saya bolehlah� Tapi belum berpuas hati.
Collins : Adakah susah atau memenatkan sebagai seorang pelajar kelas sains?
Earo : Memang tidak dinafikan, mahu berjaya mesti rajin. Penat itu memanglah penat.
Collins : Adakah ibu bapa dan keluarga saudari menyokong saudari dalam bidang yang diceburi ?
Earo : Ya, sangat disokong. Tetapi biasalah mereka lebih cenderung kepada study.
Collins : Sampai setakat ini sajalah dari saya, Earo.
Earo : Ok.
Collins : Akhir sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Earo kerana sudi ditemu ramah.
Earo : Sama-sama.
Laporan oleh: Collins Tan
lokyuk network group 2003 |