Chin San Mei

 

 

     Satu temubual antara wartawan Lok Yuk Network Group bersama bintang penyanyi sekolah iaitu Chin San Mei. Berikut merupakan hasil temubual.

 

Amanda: Selamat saudari San Mei.

 

San Mei: Selamat pagi.

 

Amanda: Saya, Amanda, wartawan dari laman web sekolah ingin mengambil sedikit masa saudari untuk menjalankan temuramah.

 

San Mei: Dipersilakan.

 

Amanda: Terima kasih. Soalan pertama saya. Apakah atau siapakah yang menyokong anda dalam kejayaan anda?

 

San Mei: Ahli keluarga saya serta kawan-kawan amat menyokong saya dalam kejayaan saya.

 

Amanda: Adakah saudari mempunyai jadual berlatih atau saudari berlatih secara rawak sahaja?

 

San Mei: Saya berlatih setiap hari Sabtu dan apabila saya mempunyai masa lapang. Latihan pada setiap masa haruslah dilakukan dengan serius.

 

Amanda: Setiap individu mempunyai tokoh sendiri dalam hidup. Siapakah tokoh dalam hidup saudari?

 

San Mei: Tokoh saya merupakan seorang penyanyi terkenal dalam bidang nyanyian iaitu Sun Yan Zi/ Stefanie. Beliau mempunyai suara yang berbeza dengan penyanyi lain. Suaranya merdu dan lembut serta cara nyanyiannya amat saya minati.

 

Amanda: Adakah saudari dipengaruhi oleh tokoh tersebut?

 

San Mei:Tidak, tokoh saya ada caranya tersendiri dan saya pula hanya mengikut minat sendiri dalam cara menyanyi.

 

Amanda: Siapakah guru pelatih saudari?

 

San Mei: Emak saya, kerana suatu ketika emak saya juga mengasah bakatnya dalam bidang menyanyi. Emak saya selalu memberi tunjuk ajar pada saya dan mengajar teknik menyanyi kepada saya ketika saya berumur tiga belas tahun.

 

Amanda: Jikalau diberi peluang, apakah kata-kata saudari kepada pelajar-pelajar yang inginkan kejayaan dalam bidang ini?

 

San Mei: Saya mengambil peluang ini untuk menyanpaikan sepatah kata kepada pelajar-pelajar supaya jangan muda putus asa, anggaplah kekalahan itu cuma satu pengajaran atau pengalaman pada setiap individu. Setiap orang pun pernah mengalami kekalahan, tidak kurang juga saya. �Start right, stay bright� yang bermaksud mula dengan baik, tinggal dengan baik, disampaikan kepada semua orang.

 

Amanda: Terima kasih saudari San Mei.

 

Laporan oleh:

Amanda

 

 lokyuk network group 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1