|
Beryno Wong |
|
Beryno
Wong merupakan salah seorang pelajar S.M Lok Yuk dari kelas 5 Sains 2.
Saudara Beryno ini bergiat aktif dalam sukan badminton. Ahli Network Group
telah menemuramah saudara Beryno Wong untuk laman web S.M Lok Yuk. RM Luqman : Hello Beryno, saya datang ingin menemuramah awak.
Beryno : Apa ! Eh Jangan main-mainlah. Saya sudah malas ingin di temu ramah ini.
RM Luqman : Betul... Saya dari Network Group.
Beryno : Okay lah... Memandangkan kita sama kelas, saya akan cuba jawab soalan awak.
RM Luqman : Bilakah awak mula bermain badminton ?
Beryno : Sejak darjah 5 lagi saya mula berlatih dengan kelab AST ( nama jurulatih ).
RM Luqman : Apa yang buat awak minat dengan sukan badminton ini ?
Beryno : Selalu main dengan jiranlah.
RM Luqman : Pernah mewakili sekolah ?
Beryno : Memanglah... Ini mahu ditanya lagi. Kalau tiada wakil mana awak menemuramah dengan saya ini ?
RM Luqman : Sudah berapa kali awak menyertai pertandingan badminton ?
Beryno : Terlalu banyak sehingga saya sendiri pun tidak dapat ingat.
RM Luqman : Di mana biasanya awak berlatih ?
Beryno : Saya biasa berlatih di Kompleks Sukan, Likas dan Dewan Foo Chow, Bukit Padang.
RM Luqman : Ada berita terbaru mengenai badmintonkah baru-baru ini ?
Beryno : Baru-baru ini saya ada bertanding di Pertandingan MSSM yang diadakan di Bukit Jalil, sampai hanya bertahan hingga ke semi final sahaja. Saya kalah 1 mata dengan pemain tersebut.Akhirnya dia telah menjadi Johan dalam Pertandingan MSSM. Walaupun kalah, saya tidak terus berputus asa. Saya akanberusaha lagi dan berharap agar bertemu semula dengan pemain itu dalam pertandingan lain.
RM Luqman : Adakah bermain badminton mengganggu awak dalam pelajaran?
Beryno : Tidak. Sebab saya pandai mengatur masa saya dengan baik. Walaupun tahun ini saya akan menduduki peperiksaan SPM, saya tetap berharap untuk mendapat keputusan yang agak baik. Saya ingin membuktikan kepada pelajar lain bahawa saya masih dapatmengatur masa saya walaupun saya seorang atlit remaja.
RM Luqman : Pernahkah awak terfikir untuk mengikuti Persatuan BAM ?
Beryno : Tidak tahulah, tapi jurulatih sekarang kalau boleh saya tidak mahu tukar kerana bagi saya mereka cukup baik dan memberi tumpuanketika melatih saya. Lagi pun ikut jurulatih siapa pun sama saja. Yang penting bakat dan usaha gigih dalam permainan badminton.
RM Luqman : Baiklah, saya harap awak akan dapat mengharumkan nama negara. Suatu hari nanti awak akan menjadi Jaguh Badminton Malaysia.
Beryno : Terima kasih kerana memandang tinggi terhadap saya. Saya tidak akan menghampakan harapan sekolah dan negara saya.
RM Luqman : Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan saya untuk di temu ramah.
Beryno : Okaylah, sama-sama.
Laporan oleh: RM Abdu Luqman
lokyuk network group 2003 |