Muhd. Arbani

 

     Muhd. Arbani adalah seorang "pendatang baru" di SM Lok Yuk dari tingkatan 2AM2 yang aktif di dalam sukan olahraga. Beliau telah dinobatkan sebagai olahgarawan bagi kategori lelaki B pada sukan sekolah tahun ini. Berikutan itu, satu temuramah dengan Muhd. Arbani akhirnya telah diadakan pada 8hb Julai 2003 selepas saya menemui beberapa kali kegagalan untuk berjumpa dengan beliau kerana beliau sering "menghilangkan diri" untuk menyertai kejohanan-kejohanan olahraga.

 

EM :Selamat petang Arbani!  Susah betul nak berjumpa dengan kamu, selalu tiada di sekolah.

 

MA :Selamat petang!  Biasalah 'artis' � Eh bukan, saya sebenarnya sibuk dengan kejohanan-kejohanan olahraga.  Sebab itulah 'batang hidung'  saya selalu tak kelihatan.

 

(Kami tergelak seketika)

 

EM :Mmm � sebelum saya teruskan dengan apa-apa soalan, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kamu kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah.

 

MA :Oh, sama-sama.  Sebenarnya syok juga ditemuramah ni.

 

EM : (Ketawa) Oklah, boleh tak ceritakan asal-usul diri dan keluarga Arbani?

 

MA : Sudah tentu boleh.  Saya dilahirkan di hospital Duchess of Kent,Sandakan.  Saya mempunyai seorang adik lelaki yang bernama MD. Nursyahadan.  Tetapi saya dan keluarga tinggal berjauhan.  Saya sekarang tinggal bersama ibu saudara, sementara keluarga saya pula menetap di Kota Marudu.

 

EM :Saya kesian dengan Arbani, mesti kamu rindukan keluarga.  Ceritalah juga di mana Arbani mendapat pendidikan dari tadika sampailah sekarang, sebelum Arbani berpindah ke SM Lok Yuk?

 

MA :Rindu tu mestilah, tapi saya sudah biasa. Dahulunya saya bersekolah di tadika St. Peter, Kudat. Selepas itu, saya bersekolah rendah di SRK St. Peter Kudat juga.  Bila masuk tahun 4 pula, saya berpindah ke SK Pekan Kota Marudu sehinggalah tingkatan 1. Dan sekarang bersekolah di Lok Yuk lah.

 

EM  : Aisey, pindah-randah Arbani  yer � Sejak bila dan bagaimana Arbani didedahkan dengan sukan olahraga?

 

MA :Sejak saya berumur 10 tahun . Mulanya saya saya suka main kejar-kejar dan berlumba dengan kawan-kawan yang lain. Oleh itu saya telah melibatkan diri dengan sukan ini kerana suka sangat berlari.

 

EM :Patutlah laju Arbani berlari.  Siapakah yang banyak memberi dorongan kepada Arbani untuk terlibat dalam sukan olahraga ini?

 

MA : Bos keluarga, ayah saya!

 

EM : Arbani ada tak jurulatih atau mengikuti mana-mana kelab olahraga di luar sekolah?

 

MA : Tidak ada. Saya berlatih sendiri.

 

EM : Antara semua ahli sukan di dunia ini, siapakah idola anda dan mengapa?

 

MA :Idola saya ada 2 orang.  Saya kagum sangat dengan Ronaldo kerana dia hebat bermain bola sepak dan Ben Johnson kerana dia telah mendapat gelaran orang yang paling laju di dunia.

 

EM  : Tamak pula dia ni � Saya tanya seorang, dia bagi pula 2 orang (bergurau). Setakat ini. Berapa banyak kejohanan yang telah Arbani sertai dan berapa kali anda telah menang ? Kejohanan yang manakah paling seronok?

 

MA :Saya telah menyertai 7 kejohanan dan telah menang sebanyak 8 kali.  Kejohanan yang seronok sekali ialah pada kejohanan MSSS.

 

EM :Wah, boleh tahan! Mesti banyak pingat berlambak di rumah kan?  Saya pun nak satulah, so boleh tak berikan tips cara Arbani berlatih untuk mengekalkan prestasi yang baik?

 

MA :Saya berlatih dengan berdisiplin semasa latihan dan apa yang jurulatih (guru) suruh buat, saya buatlah.

 

EM : Takkan asyik berlatih saja. Macam mana pula dengan pelajaran Arbani?

 

MA :Saya mungkin bermain bola sepak, bermain game ataupun tidur.

 

EM :Apakah cita-cita dan prinsip hidup Arbani?

 

MA :Saya ingin menjadi pelari pecut negara atau pemain bola sepak. Prinsip hidup saya ialah berjaya dalam hidup.

 

EM :Bagaimanakah perasaaan Arbani setelah dinobatkan sebagai olahragawan sekolah bagi kategori lelaki B ?

 

MA :Berasa amat gembira.

 

EM :Akhir sekali, apakah nasihat dan harapan Arbani kepada atlet-atlet sukan olahraga serta warga SM Lok Yuk?

 

MA :Pertingkatkanlah usaha, lakukanlah sesuatu dengan serius dan penuh berdisiplin untuk mengharumkan nama sekolah.

 

EM :Nampaknya sampai di sini sajalah temuramah kita, Terima kasih sekali lagi kerana sudi ditemuramah. Saya doakan agar Arbani berjaya mencapai impian Arbani.

 

MA :Terima kasih dan sama-sama.

 

EM: Edwina Markus   MA:Muhd. Arbani

 

Laporan oleh:

Edwina Markus

 

 lokyuk network group 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1