|
Misi Dan Visi S.m Lok Yuk |
|
Misi S.M Lok Yuk.
i)Menghasilkan persekitaran sekolah yang merangsang pengajaran dan pembelajaran;
ii)Mengaplikasi pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah;
iii)Memupuk dan mengembangkan bakat serta kreativiti Guru dan KTBM;
iv)Memantapkan hubungan dua hala, persefahaman dan kerja berpasukan di antara pihak sekolah, Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG, Alumni dan masyarakat luar;
v)Memantapkan sistem pengurusan yang berkesan dan berkualiti dan budaya kerja bermatlamat serta berfokus;
vi)Menggunakan semua resos dengan optima;
vii)Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta berakhlak mulia.
Visi S.M Lok Yuk.
Warga Pendidik Sekolah Menengah Lok Yuk akan terus berjuang untuk mencapai kecemerlangan dari segi kuantiti dan kualiti dalam semua aspek pendidikan ke arah melahirkan pelajar berdaya maju yang menepati matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
Matlamat dan
Objektif S.M Lok Yuk.
1.Memantapkan budaya cemerlang di kalangan guru, KTBM dan pelajar SMLY;
2.Menjalankan pemantauan dan tindakan susulan yang kerap ke atas semua program yang dilaksanakan;
3.Menjalinkan kerjasama padu dengan Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG dan Persatuan Bekas Pelajar SMLY dalam menyelesaikan masalah berkaitan kemudahan fizikal sekolah;
4.Menjalinkan perhubungan dua hala dengan masyarakat;
5.Bekerjasama dengan masyarakat untuk menaikkan prestasi dan imej sekolah ke arah kecemerlangan.
Piagam
Pelanggan S.M Lok Yuk.
1.Berusaha memberi pendidikan terbaik berlandaskan budaya ilmu, budaya cemerlang, budaya teknologi maklumat serta budaya bestari dan memastikan semua pelajar sekolah ini berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara;
2.Berusaha untuk memastikan semua pelajar mendapat pendidikan berkualiti dan terbaik;
3.Berusaha membentuk pelajar yang menepati Wawasan 2020;
4.Berusaha mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, dinamik, progesif dan berkesan berteraskan pembaharuan berterusan;
5.Sentiasa mengurus dan melaksanakan kerja dengan cekap, pantas dan pertimbangan yang bijaksana;
6.Berusaha menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa, terkini, lengkap dan mencukupi selaras dengan perkhidmatan penyayang dan perkembangan teknologi maklumat;
7.Memastikan semua staf sekolah ini sentiasa berdedikasi, berinisiatif, bertanggungjawab, berdisiplin, komited dan bermuafakat;
8.Peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan staf sekolah, murid, masyarakat dan negara;
9.Berusaha meningkatkan kegemilangan serta martabat profesion keguruan bagi menarik individu berkualiti menyertai perkhidmatan pendidikan.
lokyuk network group 2003 |