|
Wawasan 2020 Melalui S.m Lok Yuk |
|
Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 adalah merupakan wawasan untuk negara yang telah dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dalam mesyuarat sulung Majlis Perdagangan Malaysia bertarikh 28 Februari, 1991. Konteks Malaysia sebagai sebuah negara maju dari perspektif YAB Perdana Menteri bukan semata-mata diasaskan kepada pendapatan per kapita yang sama dengan negara-negara lain yang ditakrifkan sebagai maju, malah ia lebih kepada mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, dari segi peningkatan dalam ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik dan sistem pemerintahan, meningkatkan mutu kehidupan masyarakat melalui nilai-nilai sosial dan kerohanian, mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri. Wawasan 2020 ini adalah semata-mata bertujuan untuk menjadikan kehidupan rakyat Malaysia lebih bahagia, mempertahankan maruah bangsa dan bagi menghindarkan diri daripada ditindas oleh bangsa-bangsa lain. Dalam usaha mencapai matlamat negara maju, sembilan aspek cabaran turut diberikan penekanan iaitu:
Selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju, S.M Lok Yuk khasnya telah berusaha untuk membentuk para pelajar untuk mencintai serta berbangga akan nikmat yang diperoleh di negara Malaysia dan seterusnya merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Kejayaan negara dan rakyatnya dalam Wawasan 2020 akan dapat dicapai dengan penglibatan semua peringkat lapisan masyarakat melalui sokongan dan kerjasama sepenuhnya dengan pihak kerajaan serta sanggup menghadapi segala cabaran dan rintangan bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. lokyuk network group 2003 |