Sketsa S.m Lok Yuk

 

   S.M Lok Yuk amat terkenal dengan kejayaan yang telah dicapai.  Boleh dikatakan sekolah ini telah memonopoli kebanyakan pertandingan antara sekolah sama ada di peringkat daerah, bahagian atau negeri malah kebangsaan. Ini terutamanya Sketsa.

 

        Untuk itu satu temuramah dengan salah seorang guru sketsa iaitu Cikgu Lee Sek Kean telah diadakan untuk mengetahui sedikit sebanyak di sebalik tabir kejayaan 'skuad' Sketsa sekolah.

 

RM :   Berapa kali Sekolah kita telah menjuarai pertandingan Sketsa?

 

LSK:    Di peringkat negeri 4 kali dan peringkat kebangsaan Johan 2 kali, naib johan sekali.

 

RM:    Berapa lama Cikgu telah menjadi guru Sketsa?

 

LSK:    Di SM Lok Yuk sudah 5 tahun, di SMK Labuan 3 tahun. Jumlahnya 8 tahun.

 

RM:    Apakah detik manis Cikgu ketika pentandingan Sketsa?

 

LSK:    (Senyum) Kali kedua menjadi Johan kebangsaan.

 

RM:    Apakah prinsip Cikgu dalam Sketsa?

 

LSK:    Prinsip Cikgu ialah sentiasa berikhtiar menyelesaikan masalah, Tiada perkataan tidak boleh.  Sebab kadang kala semasa hendak memulakan Sketsa, lampu tiba-tiba rosak.  Jadi mesti berikhtiar.

 

RM:    Apakah komen Cikgu terhadap Prestasi pelakon Sketsa 2003?

 

LSK:    Mereka berdisiplin dan Proaktif.

 

RM:    Adalah Cikgu akan menyambung tugas sebagai guru Sketsa?

 

LSK:    Tengok Keadaan (ketawa).  Tengok apa pengetua cakap.

 

RM:    Ok yang last sekali.  Apakah harapan cikgu terhadap Sketsa di Sekolah kita?

 

LSK:    Semoga Sketsa menjadi identiti SM Lok Yuk.

 

RM:    Terima kasih, cikgu.

 

LSK:    Sama-sama.

 

Laporan oleh:

RM Abdu Luqman

 

 lokyuk network group 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1