Pasaria S.m Lok Yuk

 

    Pada 6 april 2003 bersamaan dengan hari Ahad.  Sekolah Menengah Lok Yuk telah mengadakan  Pasar Ria. Tujuan Pasar Ria ini diadakan adalah untuk mengumpul wang bagi tabung bangunan baru sekolah.  Wang sebanyak RM 150,000 berjaya dikumpul.  Projek Pasar Ria ini dirancang oleh Pengetua Sekolah , Encik Ng Soi Nguwng dengan kerjasama PIBG.

 

    Pasar Ria ini bermula dari jam 8 pagi hingga 1 petang, tetapi orang ramai detang seawal jam 6 pagi.  Ada banyak jenis barangan yang dijual di Pasar Ria ini.  Terdapat pelbagai gerai iaitu gerai makanan , permainan, barangan runcit , alat solek dan penjualan apartment oleh Syarikat Wong Kwok.  Dianggarkan terdapat lebih 5000 orang hadir pada hari tersebut.  Acara kemuncak ialah ketika Pasar Ria SM Lok Yuk dilawati Datuk yong Teck Lee. Bekas Ketua menteri Sabah dan Bekas pelajar SM Lok Yuk.

 

    Setelah tamatnya Pasar Ria, pelajar-pelajar yang bertugas iaitu dari pelbagai unit beruniform seperti kelab Kolar Biru, Pengakap, Kadet Remaja serta para sukarelawan ditugaskan untuk membersihkan sekolah.  Tugas ini siap tepat pada jam 3 petang dan selepas itu SM Lok Yuk tenang semula setelah sibuk dikunjungi orang ramai.
 

Laporan oleh:

RM Abdu Luqman

 

 lokyuk network group 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1