Sambutan Hari Guru Peringkat S.m Lok Yuk (2003)

 

     S.M Lok Yuk, Selasa (2003-05-26) - Majlis Hari Guru telah diadakan di dewan Lok Yuk. Majlis ini bertemakan "Penat Lelahmu, Inspirasi Kejayaanku". Pada tahun ini, upacara majlis yang diadakan adalah berbeza berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Pada tahun ini, majlis dibahagikan kepada dua bahagian iaitu acara padang (sukaneka) dan acara dewan. Bagi acara padang, terdapat pelbagai jenis permainan yang telah disediakan. Menjadi suatu kebanggaan kerana semua guru S.M Lok Yuk terlibat dalam acara padang termasuk pengetua sendiri.

 

   

   

 

 

     Bagi acara dewan, seperti biasa Pengetua dan Ketua Pengawas menyerikan majlis dengan ucapan alu-aluan di ikuti dengan upacara perasmian Hari Guru dengan menyempurnakan hiasan logo sebagai tanda perasmian Hari Guru S.M Lok Yuk 2003. Selain persembahan daripada pelajar, terdapat juga persembahan dari guru-guru seperti nyanyian solo, duet dan koir. Semua penonton amnya para pelajar amat gembira dan bangga kerana guru-guru mampu mempersembahkan persembahan yang mantap.  Pada kali ini juga terdapat "Slide Show" untuk sesi temubual antara Pn. Cecilia Chu dan pengerusi penganjur majlis, saudari Poh Chien Yen. Segala jasa dan sumbangan Pn. Cecilia Chu terhadap warga Lok Yuk akan tetap di kenang walaupun beliau akan bersara. Selain itu juga, guru-guru paling popular bagi sidang pagi dan sidang petang ialah En. Gelbert (guru lelaki popular sidang pagi), Pn. Ong Chooi Ling (guru perempuan popular sidang pagi), En. Perumal (guru lelaki popular sidang petang) dan Pn. Yap Hue Ling (guru perempuan popular sidang petang). Selepas acara dewan tamat, guru-guru beralih ke bilik guru semula untuk jamuan makan.

 

Laporan oleh:

Tressila

 

 lokyuk network group 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1