Unit Bulan Sabit Merah S.m Lok Yuk

 

Bulan Sabit Merah S.M Lok Yuk Melakar Kejayaan.

 

    Padang Merdeka Kota Kinabalu, Ahad (8.6.2003) - Sempena Hari Palang Merah Sedunia, satu pertandingan perbarisan lintas lalu peringkat negeri telah diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Sekolah kita telah diwakili oleh satu kontinjen bulan sabit merah iaitu seramai 30 orang ahli yang diketuai oleh Sarjan Lo Nam Yee.
 

    Upacara tersebut bermula pada jam 8.00 pagi. Selain itu, persembahan koir dan pertunjukan aksi menyelamat mangsa dari kawasan tinggi turut diadakan.
 

    Pertandingan ini telah disertai oleh 17 kontinjen dari seluruh Sabah. Dengan sukacitanya, kontijen perbarisan S.M Lok Yuk telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan perbarisan lintas lalu tersebut. Tempat pertama dan kedua masing-masing telah dimenangi oleh S.M Stella Maris dan diikuti oleh sekolah menengah dari daerah Tawau. Kontinjen sekolah kita telah mendapat trofi dan setiap ahli menerima sijil penghargaan.
 

    Acara ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Konklusinya, kejayaan kontinjen Bulan Sabit Merah S.M Lok Yuk akan meningkatkan lagi disiplin dan semangat permuafakatan antara peserta kontinjen dan seterusnya mengharumkan nama sekolah kita.

 

Laporan oleh:

Marinah M. Dos.

 

 lokyuk network group 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1