|
Badan Pengawas S.m Lok Yuk |
|
Laporan ringkas Kursus Kepimpinan Pengawas di Pusat Rekreasi Malangang, Tamparuli
Lembaga Pengawas telah mengadakan satu kursus kepimpinan pengawas yang telah diadakan di Malangang, Tamparuli. Kursus ini telah diadakan selama tiga hari. Melalui kursus ini, para pengawas telah berjaya mendisiplinkan diri dan juga berjaya menerapkan sifat kepimpinan dalam diri masing-masing.
Dalam kursus ini, terdapat pelbagai program yang dijalankan. Antaranya ialah latihan dalam kumpulan, ceramah kepimpinan, malam kebudayaan dan aktiviti kembara.
Dalam aktiviti kembara, para pengawas akan mengikuti kumpulan mereka masing-masing dan terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepert mengharungi sungai yang deras, sawah padi berlumpur dan jambatan gantung yang yang paling panjang. Apa yang mengharukan sekali ialah bagi pengawas yang tidak pernah menyeberangi jambatan gantung telah berjaya walaupun sehingga menitiskan air mata.
Pada malam kebudayaan pula, setiap kumpulan telah berjaya mempersembahkan persembahan mereka dengan baik dan menarik walaupun latihan hanya dijalankan dalam masa yang singkat.
Pada waktu malam juga, pengawas perlu berjaga malam bersama dengan kumpulan yang telah ditetapkan mengikut 'shift' mereka. Aktiviti dalam kursus ini juga dijalankan mulai waktu subuh. Oleh itu, para pengawas perlu bangun awal. Jika lewat, denda akan dikenakan pada semua pengawas.
Kesimpulannya, melaui kursus ini, pengawas bukan sahaja dapat memupuk sikap kepimpinan dalam diri, malahan dapat memperolehi pengalaman yang tidakpernah dialami serta mengenali dan mengeratkan lagi silahturrahim antara sesama.
Laporan oleh: Tressilla E. Yong
Laporan mengenai suasana masa rehat di kantin.
Pelajar tingkatan
4 dan 5 S.M Lok Yuk dibenarkan berehat selama 20 minit iaitu bermula dari
pukul 10.10 pagi sehingga pukul 10.30 pagi. Ketika masa berehat, keadaan
disiplin pelajar agak terkawal dan teratur. Namun begitu, terdapat
segelintir daripada pelajar yang ingkar akan arahan pengawas yang mewajibkan
para pelajar untuk berbaris sebelum ke kelas masing-masing. Selain daripada
itu, terdapat juga pelajar yang meninggalkan sisa-sisa makanan di atas meja
dan ini menyebabkan keadaan persekitaran kantin menjadi kotor. Dalam hal ini, pihak webmaster ingin menyarankan beberapa cadangan kepada badan pengawas komiti kantin untuk menjadikan suasana kanting lebih teratur dengan disiplin yang terkawal. Antaranya ialah; - Mencatit nama pelajar yang melakukan kesalahan tanpa adanya amaran; - Membawa kes disiplin tersebut kepada ketua komuniti kantin untuk tindakan lanjut; - Mendenda pelajar tersebut dengan membersihkan kawasan kantin selepas masa rehat; - Tindakan demerit.
Pihak webmaster hanya mengemukakan cadangan dan di harap akan dapat membentuk disiplin pelajar semasa rehat pada masa yang akan datang agar menjadi lebih baik lagi.
Laporan oleh: Janice S.Malibin
lokyuk network group 2003 |