|
Sejarah S.m Lok Yuk |
|
1939 -� Lok Yuk
Secondary School ditubuhkan oleh Gereja Basel Malaysia, Kota Kinabalu
(Signal Hill) dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
1942 -� Semasa pendudukan Jepun (Perang Dunia Kedua), banyak bilik darjah rosak. Sekolah Menengah Lok Yuk terpaksa ditutup. 1947 -� �The Central Church Council, Gereja Basel Malaysia� membuat keputusan untuk menubuhkan semula tiga buah sekolah menengah tiap satu di Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat. 1948 -� Pada bulan September, kerja-kerja membaikpulih bangunan sekolah yang masih ada telah dilakukan oleh pihak Gereja. 1949 -� Sekolah dibuka semula dengan bantuan kewangan dan tenaga pengajar daripada American Lutheran Mission. Pada akhir tahun 1949, rumah guru dan sebuah blok sekolah telah dibina oleh Gereja Basel Malaysia, Kota Kinabalu dan American Lutheran Mission. 1953 -� Jumlah pelajar telah bertambah. Satu lagi blok bilik darjah dibina dengan kos sebanyak RM 22,000.00 1954
-� Pada 22 April 1954, telah diadakan Majlis Pembukaan Blok Baru Sekolah
Menengah Lok Yuk sempena ulang tahun ke-50 Gereja Basel Malaysia, Kota
Kinabalu. 1955 -� Pengetua -� Encik I.M Vallentine 1960 -� Pada awal tahun 1960, Gereja Basel Kota Kinabalu telah membuat rancangan untuk menaiktarafkan bangunan sekolah. Derma untuk tabung bangunan sekolah telah diperoleh dari ahli-ahli Gereja. 1962 -� Bermula daripada tahun ini, pembayaran gaji guru adalah melalui peruntukan daripada Jabatan Pendidikan Sabah. 1963 -� Pengetua -� Pastor Donald E. Nelson 1964 -� Sebidang tanah di Teluk Likas seluas 12.2 ekar (kawasan sekolah sekarang) telah digerankan kepada pihak sekolah oleh kerajaan. Pelan telah dibuat untuk memindahkan sekolah dari Bukit Bendera ke kawasan Likas. Selain daripada derma yang diberi oleh pihak Gereja, kerajaan Sabah dan American Lutheran Mission juga memberi peruntukan untuk membina bangunan baru sekolah. Sejak tahun 1939 hingga 1964, sekolah ini merupakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada tahun ini, satu kelas Peralihan dimulakan dengan pengambilan pelajar-pelajar dari sekolah rendah Cina. Sehingga 1966, sekolah rendah dan sekolah menengah adalah dibawah pentadbiran yang sama dan guru besar yang sama. 1966
-� Peringkat pertama Projek Bangunan Sekolah di Teluk Likas telah pun
siap dalam bulan Ogos 1966, dengan 9 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan,
sebuah makmal fizik, pejabat dan bilik guru dengan kos sebanyak RM
310,000.00. Bangunan baru ini mula digunakan dalam penggal ketiga
persekolahan 1966 (Blok A). Dengan ini, Sekolah Menengah Lok Yuk dipindahkan
dari Bukit Bendera ke kawasan ini. Kelas Tingkatan 4 dimulakan. 1967
-� Periingkat kedua Projek Bangunan Sekolah telah dimulakan dengan
dibina tiga buah bilik darjah, sebuah makmal biologi, sebuah makmal kimia
dan sebuah bilik lukisan (Blok B). Kelas Tingkatan 5 dimulakan. Terdapat
aliran Sains dan Sastera untuk Tingkatan 4 dan 5. 1968
-� Perasmian pembukaan bangunan sekolah yang baru oleh Ketua Menteri
Sabah Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun pada 1 Jun 1968. 1970
-� 2 buah gelanggang bola keranjang dibina dan jalan juga diaspalkan.
1971 -� Pengetua -� John C. Peterson 1972 -� Pengetua -� Encik John Ng 1982
-� Bilangan pelajar -� 623 orang 1983
-� Alirran Sains Tingkatan 4 dimansuhkan. 1984
-� Pada bulan September, kerja-kerja untuk membesarkan blok bangunan
dimulakan (Blok B). Pembesaran blok ini termasuk bilik masakan, bilik
jahitan, makmal sains, perpustakaan dan dua buah bilik darjah dengan kos RM
235,000.00. Jabatan Pendidikan Sabah telah memberi peruntukan sebanyak RM
80,000.00. Persatuan Alumni Lok Yuk menyumbangkan wang sebanyak RM
25,000.00. Sumber kewangan yang lain datang daripada sumbangan Tabung
Bangunan Sekolah dan Projek Walkaton. 1985 -� Pada bulan Jun, penambahan blok bangunan sekolah siap dibina. Dalam penggal ketiga persekolahan (Bulan Ogos), bilik-bilik darjah dan lain-lain kemudahan baru mula digunakan. 1986 -� Kelas Sains Rumahtangga dimulakan di Tingkatan 1. Aliran Perdagangan Tingkatan 4 turut dimulakan. 1987 -� Sebuah bilik diubahsuai dan dijadikan bilik komputer. 1988
-� Bilik guru sesi pagi dan sesi petang diasingkan. Guru-guru
ditempatkan di bangunan Blok B. 1989
-� Shade di antara bangunan A dan B diperbesarkan untuk menempatkan
sementara kelas kemahiran hidup. 1990
-� Temasya Sukan Tahunan Kali ke-31 diadakan di Kompleks Sukan Likas
buat pertama kalinya. 1991
-� Kelas aliran sains untuk Tingkatan 4 diadakan semula setelah
dimansuhkan pada tahun 1983. 1992 -� Nama-nama tingkatan telah ditukar daripada huruf-huruf abjad kepada nama-nama bunga iaitu Carnation dan Antirrhinum bagi Tingkatan 4 dan 5, Anggerik, Rafflesia, Mawar, Dahlia dan Cempaka bagi kelas Peralihan hingga Tingkatan 3. 1993
-� Astaka siap dibina 1995 -� Pengetua Encik Ng Soi Nguwng mula berkhidmat di Sekolah Menengah Lok Yuk. 1996
-� Persekitaran sekolah mulai ceria dengan pembinaan taman seperti
Dataran Lok Yuk. 1997
-� Penubuhan 24 Chinese Drum sebagai salah satu kelab beruniform di
sekolah. Kelab ini telah menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di
luar sekolah. 1998
-� Dewan Lok Yuk dirasmikan oleh Datuk Yong Teck Lee. 1999
-� Pondok-pondok rumah sukan dibina untuk kegunaan pelajar. 2000
-� Buat pertama kali, sekolah telah menjadi Johan bagi pertandingan
sketsa di peringkat kebangsaan dan Johan keseluruhan MSSD. lokyuk network group 2003 |