PEMBAJAAN TANAMAN KOKO

 

Oleh

 

Denamany, G.

Lembaga Koko Malaysia

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Hilir Perak

 

 

 

1.0        Pengenalan

 

Pembajaan merupakan amalan perladangan yang penting dalam penanaman koko.  Pembajaan yang dilakukan secara sistematik mengikut jenis baja, kadar, kekerapan dan masa pembajaan yang sesuai akan menjamin keperluan nutrien pokok yang mencukupi dan memberikan pokok yang sihat dan hasil yang tinggi di samping memelihara kesuburan tanah.

 

 

2.0        Faedah Pembajaan

 

§         Menggantikan zat-zat nutrien pokok yang telah hilang melalui penghasilan buah, hilang disebabkan larutresap, hakisan dan diambil oleh tumbuhan-tumbuhan lain dan pengikatan zat-zat oleh tanah disebabkan sifat-sifat tanah tersebut seperti keasidan dan kandungan mineral-mineral lain.

 

§         Sebahagian zat-zat nutrien diperlukan untuk pertumbuhan tisu-tisu yang baru, menggantikan ranting-ranting, dahan-dahan dan daun-daun yang gugur atau diserang penyakit dan perosak tanaman.

 

§         Penghasilan bunga dan buah yang baru.

 

§         Memberikan dan mengekalkan pertumbuhan pokok yang sihat dan sempurna.

 

 

3.0        Jenis-jenis Baja

 

Baja ialah bahan kimia yang mengandungi unsur nutrien yang diperlukan oleh pokok tanaman.  Unsur nutrien ini ialah nitrogen (N), phosphorus (P), kalium (K), kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan lain-lain.  Unsur-unsur nutrien ini lebih dikenali dengan ungkapan N, P2O5, K2O, CaO dan MgO.  Jenis baja adalah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu baja tunggal, baja campuran dan baja sebatian.

 

3.1.       Baja Tunggal

 

Baja tunggal mempunyai satu jenis bahan kimia dan biasanya mengandungi satu atau dua unsur nutrien (Jadual 1).  Ianya adalah baja yang tidak lengkap.

 


Jadual 1.  Contoh baja-baja tunggal

 

Jenis baja

Singkatan

Kandungan nutrien

1)         Unsur N

a)         Ammoniam Sulfat

b)         Urea

c)         Ammoniam Nitrat

 

 

AS

Urea

AN

 

21% N

46% N

35% N

2)         Unsur P

a)         Christmas Island Rock Phosphate

b)         Superfosfat/TSP

 

 

CIRP

 

TSP

 

36% P2O5 dan 50% CaO

 

46% P2O5 dan 10% CaO

3)         Unsur K

a)         Muriate of Potash

b)         Kalium Sulfat

 

 

MOP

KS

 

60% K2O

50% K2O

4)         Unsur Mg dan Ca

a)         Kieserite

b)         Ground Magnesium Lime

c)         Limestone Dust

 

K

GML

LSD

 

26% MgO dan 30-36% Cao

20% MgO dan 30-36% Cao

5% MgO dan 50-55% Cao

 

 

3.2.       Baja Campuran

 

Baja campuran adalah baja yang mengandungi dua atau lebih unsur nutrien.  Misalnya, baja campuran boleh mengandungi hanya N dan K, N dan P, N, P dan K atau N, P, K dan Ca atau N, P, K Ca dan Mg.  Biasanya baja campuran dibuat dengan mencampur beberapa jenis baja tunggal mengikut nisbah nutrien yang diperlukan.

 

3.2.1.    Cara mencampur baja

 

§         Baja tunggal dicampur dan digaul rata menggunakan `spade’ seakan sama seperti menggaul simen dan pasir.  Bahagian bawah sebaiknya dilapis dengan papan lapis untuk memudahkan kerja dan baja boleh dicampur dengan baik.

 

§         Bagi memudahkan kerja dan mengelak baja disimpan lama, kuantiti campuran baja yang dibuat mestilah tidak melebihi 100 kg supaya dapat dihabiskan pada hari yang sama ia dicampur.

 

§         Susunan timbunan semasa mencampur baja adalah didahului dengan MOP kemudian diikuti dengan kieserite (jika ada) dan akhir sekali baja butiran fosfat.

 

§         Selepas dicampur rata, masukkan semula ke dalam baldi plastik atau bekas lain untuk pembajaan di ladang.

 

§         Baja urea selalunya tidak boleh bercampur.  Ada baja tunggal yang tidak boleh bercampur disebabkan kandungan kimianya.  Baja yang dicampur hendaklah digunakan segera (kurang 2-3 hari).

 

3.3.       Baja sebatian

 

Baja sebatian mengandungi unsur N, P, K atau N, P, K, Mg dan berbentuk butiran.  Baja sebatian dinyatakan mengikut nisbah tertentu iaiaut N: P2O5: K2O:MgO.  Misalnya pada beg baja sebatian Nitrophoska biru tertulis, 12N:12 P2O5:K. 17 K2O:2MgO+TE.  Ini bermakna baja ini mengandungi 12% N, 12% P2O5, 17% K2O dan unsur-unsur mikronutrien yang lain.  Lain-lain baja sebatian yang boleh didapati ialah baja Nitrophoska kuning (Nitrophoska yellow) yang mengandungi 15% N, 15% P2O5, 6% K2O, 4% MgO, Nitrophoska hijau 15% N, 15% P2O5, 15% K2O dan lain-lain baja sebatian CCM atau baja-baja sebatian yang mempunyai nisbah nutrien yang berbagai-bagai.

 

 

4.0        Faktor Yang Mempengaruhi Keperluan Baja

 

Kadar keperluan baja adalah bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

 

4.1        Peringkat Pertumbuhan Pokok

 

Peringkat pertumbuhan pokok adalah terbahagi kepada pertumbuhan tampang atau vegetatif dan peringkat pengeluaran hasil atau reproduktif.  Keperluan nutrien pada kedua-dua peringkat ini ditunjukkan dalam Jadual 1. 

 

4.1.1     Pertumbuhan Tampang/Vegetatif

 

Keperluan nutrien pada peringkat pertumbuhan tampang pada tahun pertama adalah rendah.  Kadar pengambilan nutrien bagaimanapun meningkat dengan cepat pada tahun kedua sehingga tahun ke lima.  Pada akhir tahun ke lima, sejumlah kira-kira 400 kg N, 40 kg P, 500 kg K, 280 kg Ca dan 120 kg Mg adalah diperlukan dalam sehektar untuk pertumbuhan batang, dahan dan daun.  Unsur N dan K adalah diperlukan dengan banyaknya pada peringkat ini.  Keperluan nutrien bagaimanapun berkurangan pada tahun berikutnya di mana kadar pengambilan tahunan hanyalah 4 kg N, 2 kg P, 20 kg K, 20 kg Ca dan 14 kg Mg.

 

4.1.2     Penghasilan/Reproduktif

 

Pokok koko akan mula mengeluarkan bunga kira-kira setahun selepas ditanam di ladang dan mengeluarkan hasil selepas enam bulan kemudiannya.  Penghasilan biji koko kering biasanya mencapai paras tertinggi pada masa pokok berumur antara enam ke lapan tahun dari penanaman bergantung kepada keadaan pertumbuhannya.  Hasil yang tinggi boleh dicapai sekiranya amalan-amalan kultura serta pengurusan tanaman yang baik diamalkan. 

 

 

 

Jadual 1 menunjukkan bahawa hasil koko sebanyak 1,000 kg biji koko kering akan menyerap sebanyak kira-kira 20 kg N, 4 kg P, 11 kg K, 1 kg Ca dan 3 kg Mg.  Hasil koko yang lebih tinggi bermakna kuantiti baja yang dibekalkan perlu tambah untuk membekalkan jumlah nutrien yang mencukupi bagi keperluan tanaman.

 

Jadual 1.  Jumlah pengambilan nutrien oleh tanaman koko untuk pertumbuhan

                   tampang dan penghasilan.

 

 

 

N

P

K

Ca

Mg

 

Jumlah pengambilan pada akhir:

 

 

 

 

 

Jumlah yang diambil oleh

(Tahun 1)

2.4

0.6

2.4

2.3

1.1

pokok untuk pertumbuhan

(Tahun 5)

400

40

500

280

120

tampang (kg/ha)

(Tahun 10)

420

50

600

380

180

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jumlah kehilangan nutrien

Biji koko

20

4

11

1

3

dalam 1,000 kg biji koko

Kulit buah

11

1

43

4

3

kering (kg/ha)

Jumlah

31

5

54

5

6

Sumber: Diubahsuai selepas Thong dan Ng (1978) dan Ling (1984)

 

 

 

4.2        Pokok Pelindung

 

Kajian telah mendapati bahawa hasil koko yang tinggi adalah diperolehi apabila pembajaan diberikan pada koko yang ditanam dengan tahap pokok pelindung yang minimum.  Kadar pembajaan yang tinggi adalah diperlukan apabila koko ditanam tanpa pokok pelindung (Rajah 1).  Penanaman koko tanpa pokok pelindung adalah popular di sesetengah kawasan di Malaysia bertujuan untuk mendapatkan hasil yang tinggi.  Walau bagaimanapun, keperluan air perlulah mencukupi di mana taburan hujannya adalah seragam sepanjang tahun atau sistem pengairan yang baik diberikan.  Sungguhpun begitu, jumlah pokok pelindung antara 25-30% adalah dianggap masih perlu untuk menjamin pertumbuhan pokok yang sihat serta penghasilan koko yang tinggi dan berterusan.

 

 (tiada baja)

 
 

 


 

Rajah 1.  Kesan lindungan terhadap keperluan baja dan hasil koko.

 

4.3        Kesuburan Tanah

 

Kadar keperluan baja juga bergantung kepada tahap kesuburan tanah.  Umumnya, tanah yang subur akan mengurangkan kadar baja yang perlu dibekalkan.  Walau bagaimanapun, kebanyakan tanah-tanah di Malaysia adalah kurang subur dan perlu dibaja.  Jenis dan kadar baja mungkin berbeza antara sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain.

 

4.4        Respon Pembajaan

 

Respon pembajaan adalah bergantung kepada jumlah nutrien yang terdapat di dalam tanah serta tindakbalas kimia yang berkaitan.  Jika paras nutrien tertentu di dalam tanah adalah mencukupi maka pembajaan tidak akan memberi kesan positif kepada penghasilan koko.  Selain dari itu, keasidan tanah juga mempengaruhi tindakbalas kimia dalam tanah dan kedapatan sesuatu unsur untuk penyerapan pokok mempunyai hubungan rapat dengan tahap keasidan atau pH tanah dan juga paras nutrien sesuatu nutrien di dalam tanah.

 

5.0        Kaedah Menentukan Keperluan Pembajaan

 

Keperluan nutrien bagi tanaman koko boleh dianggar dengan menjalankan analisis kandungan unsur di dalam keseluruhan bahagian pokok, buah dan biji koko pada setiap peringkat pertumbuhan.  Kuantiti baja yang diperlukan adalah berdasar kepada keputusan analisis tersebut.  Sungguhpun begitu, syor pembajaan yang tepat adalah sukar ditentukan tanpa mengambil kira bekalan nutrien yang terdapat di dalam tanah.  Oleh itu, syor pembajaan yang baik perlulah berdasarkan kepada keputusan analisis tanah dan daun, simptom kekurangan unsur dan juga percubaan baja di ladang.

 

 

 

 

 

5.1        Analisis Tanah dan Daun

 

Analisis tanah dilakukan untuk menentukan ciri-ciri fizikal tanah dan juga kuantiti nutrien yang tersedia untuk penyerapan pokok.  Kaedah analisis kimia tanah telah digunakan dengan meluasnya untuk menentukan status nutrien di dalam tanah dan syor pembajaan bagi tanaman koko.  Sungguhpun begitu kaedah ini perlu disokong oleh percubaan baja di ladang untuk mendapatkan korelasi antara respon tanaman dengan kuantiti baja yang diberikan.  Nilai piawai kandungan nutrien di dalam tanah ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah.

 

Jadual 2.  Piawai kandungan nutrien di dalam tanah bagi penanaman koko.

 

Status Nutrien

Total N

Avail. P

Exch. Cations

 

(%)

(µg g-1)

 

(cmol(+)kg-1)

 

 

 

 

K

Ca

Mg

Tinggi

0.8

9.0

1.2

13.0

8.0

Normal

0.6

7.0

0.8

8.0

3.0

Kekurangan

0.4

5.5

0.5

5.0

1.0

Kritikal

0.3

4.5

0.3

3.0

0.5

Rendah

0.2

3.5

0.2

1.0

0.2

Sumber: Thong (1978)

 

Penggunaan analisis daun bagi menentukan syor pembajaan untuk tanaman koko adalah tidak begitu berjaya dibandingkan dengan tanaman lain.  Keadaan ini disebabkan oleh kandungan nutrien di dalam daun adalah dipengaruhi oleh banyak faktor-faktor lain seperti umur daun, intensiti cahaya, pengeluaran pucuk baru serta musim berbuah.  Sungguhpun begitu, pengambilan sampel daun secara teliti dengan mengambil kira pelbagai faktor-faktor tadi akan dapat mengurangkan variasi kandungan nutrien yang disebabkan oleh fakktor-faktor tersebut.  Kaedah ini telah digunakan untuk mengesan kekurangan dan ketidakseimbangan nutrien pada tanaman koko.  Beberapa paras piawai kandungan nutrien di dalam daun koko ditunjukkan dalam Jadual 3.

 

Jadual 3.  Piawai kandungan nutrien di dalam daun koko.

 

Unsur

Normal (%)

Rendah (%)

Kekurangan (%)

N

> 2.00

1.80-2.00

< 1.80

P

> 0.20

0.13-0.20

< 0.13

K

> 2.00

1.20-2.00

< 1.20

Ca

> 0.40

0.30-0.40

< 0.30

Mg

> 0.45

0.20-0.45

< 0.20

Sumber: Murray (1967)

 

 

 

 

 

 

5.2        Simptom Kekurangan Unsur

 

Tanaman yang mengalami kekuranagn atau kelebihan sesuatu unsur akan menunjukkan ciri-ciri tertentu yang boleh dilihat pada daun, keseluruhan pokok atau tabiat pertumbuhannya.  Ciri-ciri atau simptom ini boleh digunakan untuk mengenalpasti unsur yang kekurangan atau punca ketidakseimbangan nutrien yang berlaku pada tanaman koko.  Walau bagaimanapun, kemahiran dan pengalaman adalah diperlukan untuk mengenalpasti simptom ini untuk mengelakkan tafsiran yang salah kerana pelbagai faktor boleh terlibat dalam memberikan simptom berkenaan.

 

5.3        Percubaan Baja

 

Kaedah ini digunakan dengan meluas untuk mengkaji dan melihat tindakbalas tanaman terhadap pembajaan yang diberikan.  Ia akan memberi petunjuk samada nutrien yang terdapat di dalam tanah adalah mencukupi atau tidak, jenis dan juga kuantiti yang diperlukan.  Walau bagaimanapun, respon pembajaan terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman adalah berbeza-beza bergantung kepada hasil, jenis tanah, sejarah penggunaan tanah, program pembajaan terdahulu, keadaan cuaca setempat dan amalan-amalan kultura yang diamalkan.  Oleh itu, syor pembajaan adalah berbeza-beza mengikut kawasan.

 

6.0        Panduan Pembajaan

 

Kesan baik pembajaan samada diperingkat tapak semaian atau di ladang hanya akan diperolehi sekiranya program pembajaan dilakukan dengan efisien. 

 

6.1        Peringkat Pembajaan Di Tapak Semaian

 

Sekiranya tanah lapisan atas (0-6 sm) yang subur digunakan untuk diisi ke dalam polibag anak benih koko, pembajaan awal mungkin tidak perlu dilakukan.  Sekiranya tanah lapisan bawah yang kurang subur digunakan, baja sebatian 12:12:17:2 atau 15:15:6:4 (N: P2O5: K2O:MgO) boleh diberikan pada kadar 400-500g per 100 kg tanah lembab dan digaul semasa diisi ke dalam polibag.  Pengaporan juga boleh diberikan pada kadar yang sama.

 

Pembajaan seterusnya boleh diberikan pada permukaan atas tanah dalam polibag anak benih koko tersebut pada kadar 1-2g per bag setiap bulan.  Penggunaan baja foliar boleh dilakukan apabila perlu, terutamanya untuk memperbaiki kekurangan unsur-unsur mikro jika tanah `sub-soil’ digunakan untuk mengisi polibeg.  Pembajaan yang berlebihan perlu dielakkan untuk mengelakkan anak benih melecur dan ketidakseimbangan nutrien.

 

Pembajaan anak benih di tapak semaian biasanya mula dijalankan selepas daun pertama telah berkembang penuh.  Pelbagai jenis baja sebatian untuk kegunaaan diperingkat tapak semaian terdapat di pasaran.  Pembajaan bagi

 

 

 

anak benih untuk dicantum mestilah dihentikan sebulan sebelum cantuman dilakukan.  Pembajaan seterusnya dilakukan setelah 1-1˝ bulan cantuman dibuka.

 

6.2        Peringkat Sebelum Penanaman Ladang dan Lubang Tanaman

 

Kajian telah mendapati bahawa penggunaan GML dan batuan fosfat adalah baik untuk pertumbuhan awal dan hasil yang cepat.  Pada tanah endapan yang berasid di mana kandungan P-tersedia serta tahap kesuburannya yang rendah, pemberian batuan fosfat secara tabur rata antara 400 - 600 kg/ha bersama 880 kg/ha GML semasa persediaan ladang adalah disyorkan.  Pembajaan batuan fosfat pada peringkat pra-penanaman ini akan mengurangkan masalah pengikatan P pada tanah dan seterusnya akan dapat membekalkan unsur serta membantu pertumbuhan dan penghasilan koko pada peringkat awal.  Pada lubang tanaman pula, pemberian sebanyak 150 hingga 200 g batuan fosfat pada setiap lubang tanaman adalah bertujuan untuk membekalkan unsur P-tersedia yang mencukupi berdekatan dengan akar pokok.  Ini akan membantu pertumbuhan awal yang baik.

 

6.3        Peringkat Lepas Penanaman Di Ladang

 

Pemilihan jenis baja adalah penting dan mestilah diberikan pada kadar dan masa yang betul agar bersesuaian dengan jenis atau peringkat pertumbuhan tanaman jenis tanah, iklim dan persekiraannya.  Faktor-faktor penting yang perlu diambil kira adalah seperti:

 

                a)         Jenis baja - jenis, sumber nutrien dan formulasi.

            b)         Zon perletakan atau cara menabur baja.

                c)         Kadar dan kekerapan membaja.

            d)         Masa membaja yang sesuai.

 

6.3.1.    Jenis baja yang digunakan untuk koko

 

(i)         Tanah liat pantai

 

§                     Peringkat pertumbuhan pokok memerlukan baja sebatian N:P:KMg 18:11:5:2.5.

 

§                     Peringkat berbuah memerlukan baja sebatian N:P:K 14:14:14 N:P:KMg 15:7:18:2.5 atau 17:8:17

 

§                     Baja tunggal urea atau ammonium nitrate sebagai sumber nitrogen, serbuk batu fosfat (Rock phosphate) untuk fosfat dan `Muriate of Potash’ untuk kalium dan serbuk batu kapur untuk kalsium.

 

 

 

 

 

(ii)         Tanah pedalaman

 

§         Peringkat pertumbuhan pokok memerlukan bagi sebatian N:P:KMg 14:13:9:2.5

 

§         Peringkat berbuah memerlukan baja sebatian N:P:K:Mg 15:7:18:2.5, 12:6:22:3 atau 12:12:17:2 atau 15:15:6:4

 

§         Baja tunggal urea atau ammonium nitrat sebagai sumber nitrogen, serbuk batu fosfat (Rock phosphate) untuk fosfat dan `Muriate of Potash’ untuk kalium dan GML (Ground magnesium limestone) untuk kalsium dan magnesium.

 

6.3.2.    Zon perletakan dan cara menabur baja

 

§         Pada peringkat pokok koko yang masih muda, baja ditabur pada sekeliling pokok (Jadual 4).

 

§         Pada peringkat koko yang matang, pembajaan hendak lah ditabur pada lorong-lorong antara barisan tanaman iaitu pada kawasan pengakaran yang aktif supaya bahan makanan  boleh diserap dengan berkesan (Rajah 2).

 

Jadual 4.  Kawasan menabur baja yang disyorkan

 

Umur koko di ladang

Garispusat dari pangkal pokok (m)

Saiz bulatan

(Kawasan merumpai)

Kawasan membaja

 

0-6 bulan

7-12 bulan

12-24 bulan

25-36 bulan

37-48 bulan

49 bulan dan

seterusnya

 

 

0.5

0.75

0.75

1.0

1.25

-

 

0.1-0.3

0.1-0.5

0.2-0.75

0.2-1.0

0.2-1.25

ditabur di antara

barisan koko

 

 

§         Sekiranya lapisan daun-daun kering tebal, baja ditabur di atas daun-daun tersebut dan kemudian daun ini diserakkan dengan menggunakan ranting supaya baja jatuh ke permukaan tanah.

 

§         Daun-daun kering boleh juga dicarik keluar dari kawasan pembajaan dan kemudian baja ditabur samarata di permukaan tanah.

 

§         Kapur ditabur 0.5-1.5m dari pangkal pokok untuk mengelakkan kecederaan pada pokok.

 

 

 

                               Rajah 2.  Pembajaan dilakukan pada zon akar aktif.

 

 

6.3.3.    Kadar dan kekerapan membaja (Jadual 5)

 

§                     Pembajaan pertama sebanyak 20-30g/pokok dimulakan setelah pokok berada 1 bulan di ladang.

 

§                     Pembajaan berikutnya dijalankan setiap 3 bulan sehingga pokok mencapai 1 tahun di ladang.

 

§                     Pemberian baja dibuat sebanyak 150g/pokok bagi setiap 4 bulan pada tahun kedua pertumbuhan di ladang.

 

§                     Pemberian kapur sebanyak 150-250g/pokok dilakukan apabila koko berumur 10 bulan dan juga 200-300g apabila koko 22 bulan di ladang.

 

§                     Pemberian baja dibuat sebanyak 200g/pokok bagi setiap 4 bulan pada tahun ketiga pertumbuhan di ladang dan juga kapur sebanyak 250g-350g/pokok.

 

§                     Pada tahun keempat dan seterusnya, baja diberi sebanyak 250g/pokok dengan kadar 3 kali setahun dan kapur sebanyak 300-400g/pokok dengan kadar 2 kali setahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual 5.  Syor program pembajaan untuk koko di ladang

 

Tahun

Umur pokok selepas tanaman (bulan)

Tanah Pedalaman

g/pokok

Tanah Lampang Laut  (Coastal Alluvium Soil) g/pokok

pH tanah < 4.5

pH tanah > 4.5

1

1

3

6

9

10

12

B1 x 20

B1 x 40

B1 x 70

B1 x 100

GML x 250

B1 x 120

B3 x 20

B3 x 40

B3 x 70

B3 x 100

GML x 150

B3 x 120

B5 x 20

B5 x 40

B5 x 20

B5 x 100

LSD x 250

B5 x 120

2

16

20

22

24

B2 x 150

B2 x 150

GML x 300

B2 x 150

B4 x 150

B4 x 150

GML x 200

B4 x 150

B6 x 150

B6 x 150

LSD x 300

B6 x 150

3

28

30

32

36

B2 x 200

GML x 350

B2 x 200

B2 x 200

B4 x 200

GML x 250

B4 x 200

B4 x 200

B6 x 200

LSD x 350

B6 x 200

136 x 200

4 dan

seterusnya

37

40

42

44

48

GML x 400

B2 x 250

GML x 400

B2 x 250

B2 x 250

GML x 300

B4 x 250

GML x 300

B4 x 250

B4 x 250

LSD x 400

B6 x 250

LSD x 400

B6 x 250

B6 x 250

B1        -           14:13:9:2.5        N:P:K:Mg

B2        -           12:6:22:3

B3        -           15:15:6:4

B4        -           12:12:17:2 + T.E.

B5        -           18:11:5:2.5

B6        -           17:8:17 atau 15:15:15

GML     -           Ground Magnesium Limestone

LSD      -           Limestone Dust

 

Jadual 6.  Cadangan kadar pembajaan tentatif bagi pokok koko matang berasas kepada analisis tanah dan daun di tanah pendalaman.

 

Nutrient

Paras dalam tanah

Paras dalam dauna (%)

Kadar baja (kg/ha/th)

N

-

< 2.00

100 - 150

 

 

2.00 - 2.60

60 -80

 

 

> 2.60

-

 

 

 

 

P

< 15b

< 0.20

90 - 150

 

 

 > 0.20

30 - 60

 

> 15

> 0.20

-

 

 

 

 

K

< 0.30c

< 2.00

120 - 180

 

 

> 2.00

80 - 100

 

> 0.30

> 2.00

-

Sumber: Ling (1989)

a -  daun no. 4 dari pucuk yang baru matang

b -  P-tersedia (µg g-1) dalam tanah secara Bray & Kurtz No. 2

c -  K-tukarganti (cmol(+)kg-1)

 

 

6.3.4.    Masa membaja yang sesuai

 

§         Pembajaan hendaklah dielakkan semasa musim kemarau atau tengkujuh.  Pembajaan pada musim kemarau akan menyebabkan baja kurang larut di dalam tanah dan tidak dapat diserap oleh pokok.  Pembajaan pada musim tengkujuh menyebabkan baja hilang melalui proses melarut lesap dan hakiran.  Pembajaan sebaiknya dijalankan pada musim hujan yang sederhana.

 

§         Pembajaan dilakukan semasa musim pengeluaran pucuk, bunga, putik dan buah memandangkan proses pertumbuhan pokok berada dalam keadaan aktif pada keadaan sedemikian.  Pembajaan untuk musim buah tertentu perlu dilakukan 2 bulan sebelum hasil dipetik.

 

§         Biasanya, keperluan zat makanan adalah tinggi jika baka yang digunakan mempunyai potensi hasil yang tinggi.

 

§         Kawasan yang mempunyai musim buah yang panjang biasanya mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan dengan itu memerlukan kadar pembajaan yang lebih jika dibandingkan dengan kawasan yang mempunyai musim buah yang pendek.

 


7.0        Kesimpulan

 

Program pembajaan yang bijak dan bersesuaian adalah perlu bagi mendapat keuntungan yang optimum terutamanya pada masa harga koko yang rendah.  Tanpa pembajaan yang sempurna pokok bukan sahaja tidak dapat memberikan pulangan hasil yang memuaskan malah pertumbuhan juga akan terjejas dan lemah serta mudah diserang penyakit.

Hosted by www.Geocities.ws

1