KAWALAN RUMPAI DALAM KAWASAN KOKO
Oleh
Osman Yusof
Amalan kawalan rumpai telah dilakukan sejak pertanian dimulakan. Ia adalah amalan yang termahal dan proses pengeluaran tumbuhan. Untuk tanaman koko kawalan rumpai diperlukan terutama pada peringkat awal penanaman koko iaitu sebelum koko berumur 3 tahun. Setelah koko dewasa dan kanopi bercantum, kawalan rumpai menjadi lebih mudah.
Tumbuhan yang tumbuh di tempat yang tidak diperlukan. Contoh, pokok ubi kayu dalam ladang jagung.
1. Mengurangkan hasil kerana persaingan.
2. Menambahkan kos pengeluaran
3. Tempat musuh berlindung
4. Masalah dalam pengurusan air
Dalam kawasan tropika terdapat dua jenis rumpai iaitu rumpai semusim dan saka.
Rumpai semusim ialah rumpai yang akan mati setelah berbunga, kebanyakannya ialah jenis daun lebar.
Rumpai saka ialah rumpai yang kekal terus tumbuh beberapa lama dan sentiasa mengeluarkan bunga untuk membiak. Ia juga boleh membiak secara tampang. Kebanyakan jenis daun lebar, rumput dan juga menerong.
Terdapat dua strategi dalam mengawal pencemaran rumpai iaitu pencegahan dan kawalan.
Menghalang sesuatu species dari mencemarkan sesuatu kawasan ladang. Ia juga boleh dicapai dengan:
1. Tentukan biji benih rumpai tidak masuk ke ladang melalui apa cara sekalipun.
2. Menghalang rumpai dari mengeluarkan biji benih.
3. Elakkan pembiakan rumpai melalui pembiakan tampang.
Rumpai boleh dikawal melalui 6 kaedah
1. Mechanical
2. Persaingan
3. Tanam secara bergilir (tidak sesuai untuk koko)
4. Kawalan secara biologi (susah diamalkan)
5. Bakar – tidak sesuai untuk koko
6. Secara kimia
1. Mechanical
Selalunya melibatkan dua kaedah iaitu menebas, membajak dan merotor. Kaedah ini sesuai untuk kawasan penanaman baru dan tanam semula. Menanam koko dalam kawasan dusun atau kelapa.
Bagi kawasan yang baru amalan biasa ialah setelah hutan dibersihkan, kawasan itu akan dibajak 2 kali kemudian dirotor, kemudian kapur ditabur pada kadar 1-2 tan/ha dan dirotor sekali lagi.
Bagi kawasan di Semananjung, selepas proses pembajakan pokok pelindung sementara dan kekal perlu ditanam. Pada masa yang sama pokok penutup bumi perlu ditanam. Semasa koko hendak ditanam, slashing dibuat pada pokok penutup bumi diikuti dengan membajak dan merotor sekali.
2. Kaedah Persaingan
Menanam pokok penutup bumi juga merupakan satu kaedah persaingan. Penutup bumi tumbuh dengan cepat dan dengan itu ia memberi persaingan dari segi ruang, cahaya matahari dan air kepada rumpai-rumpai lain.
Menentukan kesuburan pokok koko supaya cepat bertemu di bahagian kanopi juga merupakan satu kaedah persaingan.
3. Kaedah Kimia
Penggunaan kimia dalam mengawal rumpai telah dimulakan sejak tahun empat puluhan. 2, 4-D adalah racun yang mula-mula digunakan sebagai racun rumpai.
Dalam menjalankan sesuatu kerja, kita mestilah ada strategi dan matlamat. Strategi akan menentukan kaedah dan racun apa yang akan digunakan. Strategi utama ialah membunuh rumpai dengan matlamat pokok koko tumbuh subur dan memberikan hasil yang lumayan. Penentuan strategi juga bergantung kepada keadaan sebenar ladang dan juga kos yang hendak dilaburkan.
Masa sesuai untuk meracun ialah pada awal pagi dan sebelah petang. Elakkan meracun semasa hujan atau dijangka akan hujan dan jangkaan 5 jam selepas meracun.
Kawalan rumpai untuk penyediaan kawasan untuk ditanam dengan koko. Kalau rumpai terlalu tebal, seeloknya ditebas dahulu. Selepas itu gunakan racun jenis sentuhan dan selepas 2-3 minggu apabila rumput tumbuh semula barulah guna racun sistemik (meresap).
Penggunaan racun sistematik mengambil masa 2-3 minggu untuk mematikan rumpai dan selepas ini racun pracambah boleh digunakan. Kaedah ini boleh mengawal rumpai selama 3 bulan di mana proses penanaman koko boleh dilakukan.
1. Secara keseluruhan
Jika rumpai terlalu tebal gunakan racun sentuh diikuti dengan racun sistemik 2-3 minggu selepas racun sentuh.
2. Secara jalor
Kaedah ini selalunya digunakan dalam lorong tanaman dan racun sentuh adalah digalakkan supaya ia tidak mencederakan tanaman.
Untuk meningkat keberkesanan racun sentuh yang digunakan boleh dicampur dengan racun pracambah.
3. Secara bulatan dibawah naungan tumbuhan
Gunakan racun sentuh dan campurkan dengan pracambah.
4. Semburan spot
Selalunya digunakan untuk mengawal lalang, rumput sambau dan menerong. Gunakan racun sistemik.
Cara racun bertindak
1. Sentuh
2. Sistemik
Penggunaan racun sentuh samalah seperti menebas. Racun sentuh akan membunuh bahagian yang kena dengan racun. Bahagian akar dan mungkin batang yang terlindung akan hidup dan akan tumbuh semula. Ia sangat berkesan pada rumpai daun lebar yang tumbuh semusim.
Racun sentuh sesuai digunakan bagi kawasan yang telah ditanam dan disembur secara jalur atau semburan bulatan dibawah kanopi tmbuhan. Untuk ini campuran dengan racun pracambah adalah dicadangkan.
Untuk kawalan yang menyeluruh bagi rumpai saka, racun ini perlu digunakan berulang-ulang dalam jangkamasa yang pendek. Tujuannya untuk mengurangkan dan terus menghasbiskan simpanan makanan dalaman dalam tissue yang tidak terkena racun. Secara teorinya adalah jelas seperti gambarajah di bawah.
Racun sistemik adalah jenis racun yang menyerap kedalam sistem rumpai dan membunuh rumpai dengan mengganggu proses metabolism dalaman rumpai.
Sebagai contoh racun monoron menghalang proses photosynthesis. Lain-lain racun mungkin merosakkan proses pernafasan, metabolism, carbohydrate, lemak dan juga protein. Dengan mengganggu proses metabolism berkenaan, racun rumpai dapat membunuh rumpai dengan lebih berkesan.
Selalunya racun jenis ini kesannya terhadap rumpai adalah lambat 2-3 minggu. Setengah-setengah petani mencampur racun sentuh dengan racun sistemik untuk mendapat kesan yang cepat. Ini tidak sesuai dilakukan. Racun sentuh akan membunuh tissue dan apabila tissue mati pergerakan racun sistemik akan terganggu.
Menggunakan kepekatan yang tinggi juga tidak sesuai untuk racun ini. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kematian pada tissue tertentu dan ini akan menghalang pergerakan racun ke bahagian akar rumpai.
Bahan aktif : Paraquat dichloride 25% w/w
Jenama : Paraquat, CP Paraquat, Gramoxone PP199, Chemquat, Terquat, Clean-Up.
 p;
Kegunaan :
Adalah racun jenis sentuh untuk membunuh rumpai daun lebar dan juga rumput. Perlu disembur secara lenjun kepada rumpai untuk mendapat kesan yang lebih baik. Untuk mendapat kawalan yang berkesan ia perlu disembur dengan kerap pada jangkamasa yang pendek.
Racun ini sesuai dicampur dengan Diuron. Diuron bertindak sebagai pracambah. Campuran ini ada di pasaran dengan jenama Paracol. Keberkesanan racun paraquat ini juga adalah lebih baik jika dicampur dengan 3g Ally pada setiap 18 liter air.
Ia tidak berkesan jika disembur pada permukaan tanah kerana ia akan diikat oleh liat pada tanah. Sisanya juga tersimpan lama dalam tanah.
Bahaya Kepada Manusia (Racun Kelas 1)
Paraquat boleh meresap melalui kulit, elakkan menyedut kabus semasa menyembur dan elakkan dari terkena mata dan kulit. Jika termakan ia boleh merosakkan bahagian usus, paru-paru, hati dan ginjal. LD50 secara oral ialah 150g/kg dan melalui kulit LD50nya ialah 240g/kg.
Bahan aktif : N-(Phosphonomethyl) glycine
Jenama : Roundup, Ecomax, Touch down
Glyphosate adalah racun sistemik untuk rumpai saka dan juga daun lebar. Ia selalunya disembur pada daun rumpai saka seperti lalang, menerong, rumput sambau dan juga rumpai daun lebar.
Glyphosate setelah disembur pada daun dan boleh meresap keseluruh rumpai. Tanda-tanda toksiknya boleh dilihat 1-3 minggu setelah disembur.
Ia sesuai dicampur dengan 3g racun Ally untuk mendapat kesan yang lebih terutama pada daun lebar.
Racun ini tidak merbahaya pada mamalia LD50nya ialah 4320g/kg.
Untuk menggunakan secara berkesan perlu menggunakan air yang bersih. Glyphosate akan hilang racunnya bila bercampur dengan lumpur.
Bahan aktif : Garam dari cacodylic acid dan methanearsonic.
Jenama : MSMA, DSMA
Untuk meracun rumput saka. Ia bertindak secara sistemik. Racun ini mengandungi logam Arsenic yang boleh terkumpul dalam tanah dan mencemarkan tanah. Logam Arsenik boleh diserap oleh tumbuhan dan apabila dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan sakit buah pinggang. Ia jarang digunakan pada masakini kerana sebab-sebab di atas.
Basta - Ia jenama yang menggunakan glufostinate-ammonium sebagai bahan aktifnya. Ia bertindak secara sistemik.
Garlon 250
Ally - Sistemik untuk daun lebar. Bahan aktifnya ialah metsulfuron-methyl. Sesuai dicampur dengan round-up dan juga paraquat.
Jenis Racun Rumpai - kadar dan peringkat kawalan atau masa digunakan dalam tanaman koko.
Peringkat kawalan |
Jenis racun* |
Kadar racun bagi penyemburan galas (18 L air) |
Catatan |
Sebelum pokok pelindung
ditanam |
Garlon® 250 b.a. triclopyr
25% |
50-100 ml |
Untuk membunuh pokok renek
dan pokok menjalar seperti senduduk, mempelas, ubi gajah, pokok kapal terbang,
timun padang, semalu, asytasia dan lain-lain. |
|
Campuran MSMA® 500 b.a. 50% atau paraquat 25%. + 2, 4-D Amine b.a. 27% + Sodium chlorate |
150 ml atau 150 ml + 50 ml + 150-250 g |
Untuk kawalan rumpai am
termasuk rumput-rumpai daun lebar. Penggunaan MSMA yang kerap
boleh mengakibatkan tanda kekurangan Zn pada pokok koko. |
|
Roundup® |
180 ml |
Membunuh lalang perlu
diulang selepas 2-3 bulan. |
|
Roundup + Ally 20DF |
100-150 ml + 3g |
Kawalan rumpai am (rumput
dan rumpai daun lebar). |
Sebelum koko ditanam |
Paraquat b.a. 25% |
170-250 ml |
Kawalan rumpai am |
|
Paraquat b.a. 25% + 2, 4-D Amine b.a. 27% |
126 ml 32 ml |
Kawalan rumpai daun lebar |
|
Roundup + Ally 20DF |
150 ml 3g |
Kawalan rumpai am terutama
lalang, menerong dan sambau. |
|
Paracol (Paraquat + Diuron
pada kadar 1:1) + Surfactant |
150-200 ml 40 ml |
Kawalan rumpai am dan
sebagai pracambah. |
Selepas koko berumur 9
bulan |
Paraquat |
150-200 ml |
Kawalan rumpai am |
|
Paraquat b.a. 25% + Ally 20DF |
63-126 ml + 3g |
Untuk kawalan rumpai am. |
* Semua racun boleh mencederakan pokok koko dan pokok pelindung
b.a.: Bahan aktif