KESESUAIAN AGRO-IKLIM DAN TANAH
UNTUK PENANAMAN KOKO
Oleh
Denamny G.
Lembaga Koko Malaysia,
Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan, Hilir Perak, Perak.
1.0 Pengenalan
Kesesuaian AGRO-IKLIM dan tanah akan menentukan pokok koko
ditanam di kawasan yang mendapat taburan hujan, suhu dan cahaya
matahari/lindungan yang mencukupi.
Limitasi oleh sesetengah komponen agro-iklim ini terhadap pertumbuhan
tanaman seringkali menghalang pencapaian hasil yang tinggi. Kefahaman mengenai keadaan alam sekitar,
faktor iklim dan tanah adalah sangat penting bagi menentukan amalan-amalan
kultura, jenis-jenis input serta kaedah pengurusan yang bersesuaian supaya
hasil yang optimum dapat dicapai.
Koko adalah sesuai ditanam di kawasan tanah rendah pada
ketinggian antara 0 sehingga kira-kira 700 meter dari aras laut. Habitat semulajadinya di hutan Amazon,
Brazil mempunyai purata suhu 27oC dengan suhu minimum dan suhu
maksimumnya adalah 21 dan 32oC.
Kawasan ini tidak mengalami musim kering tetapi terdapat bulan-bulan
tertentu yang menerima jumlah hujan yang lebih tinggi dari biasa. Kelembapan udara adalah tinggi dan tanahnya
sentiasa lembab sepanjang tahun.
Umumnya, kawasan penanaman koko yang utama di dunia adalah terletak pada
garis lintang antara 20oU dan 20oS. Malaysia terletak pada garis lintang antara
kira-kira 1 hingga 7oU adalah termasuk dalam kawasan ini serta
mengalami iklim hutan hujan tropika yang panas dan lembab sepanjang tahun.
2.0 Pengaruh
Cuaca Terhadap Kesesuaian Penanaman Koko
Antara faktor-faktor cuaca yang mempengaruhi pertumbuhan dan
penghasilan koko adalah taburan dan jumlah hujan, suhu, jangkamasa sinaran
matahari, kelembapan bandingan dan kelajuan angin.
2.1 Taburan dan Jumlah Hujan
Taburan
dan jumlah hujan sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil koko di
Malaysia. Koko boleh hidup dengan baik
pada kawasan yang menerima jumlah hujan tahunan antara 1,250 - 2,800 mm dengan
taburan yang sekata sepanjang tahun.
Kawasan yang mengalami musim kering (< 100 mm sebulan) melebihi 3
bulan berturut-turut adalah tidak sesuai kerana pertumbuhan pokok dan hasil
akan terjejas. Pada keadaan ini, kadar
kehilangan air secara evapotranspirasi adalah melebihi jumlah yang diterima dan
tersimpan di dalam tanah. Kesan ini
adalah lebih teruk pada kawasan yang mempunyai lapisan tanah yang cetek dan
berbatu kerana keupayaan menyimpan airnya adalah rendah. Putik koko akan menjadi layu serta gugur dan
bilangan, saiz buah serta biji koko akan berkurangan. Walau bagaimanapun, musim kering yang pendek (< 1 bulan)
adalah baik bagi tanaman koko kerana keadaan ini akan menggalakkan pengeluaran
bunga. Sebaliknya, hujan yang
berlebihan (>2,500 mm) juga adalah tidak sesuai bagi penanaman koko. Keadaan yang terlalu lembab, air bertakung
atau banjir akan menghalang pernafasan akar pokok dan menggalakkan serangan
pelbagai jenis penyakit kulat seperti cerana batang, buah hitam, mati rosot
jalur vaskular (VSD), penyakit-penyakit akar dan sebagainya.
2.2 Suhu
Suhu mempengaruhi pertumbuhan
vegetatif dan proses pembentukan buah.
Hasil koko akan berkurangan pada suhu yang terlalu rendah atau terlalu
tinggi. Suhu juga dilaporkan boleh
mempengaruhi ciri-ciri fizikal dan kimia lemak koko. Purata suhu maksimum yang sesuai bagi pertumbuhan koko adalah di
antara 30-32oC dan purata suhu minimum pula adalah di antara 18-21oC. Faktor suhu tidak menjadi masalah besar bagi
penanaman koko di Malaysia kerana suhunya adalah sekata sepanjang tahun dengan
purata perbezaan suhu kurang dari 5oC. Suhu yang tinggi di atas permukaan daun telah dilaporkan mengurangkan
penghasilan pokok pokok.
2.3 Sinaran Matahari
Jangkamasa
sinaran matahari yang sesuai bagi penanaman koko adalah antara 6-7 jam
sehari. Malaysia menerima purata
jangkamasa sinaran matahari selama 6 jam sehari dan keadaan ini menjadikan koko
sesuai ditanam di sini.
2.4 Kelembapan Bandingan
Faktor
ini mempunyai kaitan rapat dengan suhu harian, sinaran matahari serta
hujan. Kelembapan bandingan harian yang
sesuai bagi penanaman koko adalah antara 60-70%. Kelembapan bandingan mempengaruhi proses tranpirasi daun dan
kadar penyerapan air oleh tanaman.
Sungguhpun begitu, pengaruh faktor ini lebih dikaitkan dengan insiden
serangan serangga perosak dan penyakit.
Malaysia mengalami kelembapan bandingan yang tinggi menghampiri 100%
pada sebelah malam dan berkurangan ke kira-kira 60% pada waktu tengahari.
2.5. Kelajuan Angin
Faktor
kelajuan angin juga merupakan salah satu daripada faktor yang penting bagi
pertumbuhan, pembesaran yang mana mempunyai suhu yang tinggi dan hujan yang
berkurangan. Di kawasan-kawasan ini dimana angin yang terlalu deras akan
mengakibatkan kehilangan air yang berterusan dari daun koko dan permukaan
bumi. Ini akan menghadkan,
pertumbuhan–pertumbuhan pokok-pokok koko. Selain dari itu, angin yang deras
boleh mengakibatkan kerosakan terhadap daun dan juga poko koko. Terutama dalan
keadaan terbuka.
Koko sesuai di kawasan yang
mengalami halaju angin kurang dari 1 m.s-1. Penanaman dan pengurusan pokok pelindung
yang baik boleh mengurangkan kesan tiupan angin kencang serta mengurangkan
risiko kerosakan tanaman. Faktor ini
tidak memberi masalah besar di kebanyakan kawasan di Malaysia.
3.0 Kesesuaian
Cuaca Bagi Penanaman Koko Di Malaysia
3.1 Semenanjung Malaysia
Semenanjung Malaysia mengalami
iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun dengan suhu antara 25-30oC
serta perbezaan suhu tahunan yang rendah (< 5oC). Walau bagaimanapun, suhu harian adalah
dipengaruhi oleh keadaan hujan, awan atau mendung serta ketinggian kawasan dari
aras laut. Kelembapan bandingan adalah
tinggi (85-90%) dan purata jangkamasa sinaran matahari adalah antara 5.0-5.5
jam sehari.
Faktor-faktor
cuaca yang penting serta amat mempengaruhi potensi penghasilan koko di kawasan
ini adalah taburan dan jumlah hujan tahunan serta jangkamasa musim
kemaraunya. Faktor-faktor ini secara
tidak langsung mempengaruhi keperluan pokok pelindung, amalan kultura,
pengurusan tanah serta program pembajaan yang bersesuaian. Corak taburan hujan di Semenanjung Malaysia
sangat dipengaruhi oleh iklim Monsun Barat-Laut dan Monsun Timur-Laut. Jadual 1 menunjukkan purata jumlah hujan
tahunan serta bulan-bulan yang kering serta basah di beberapa kawasan di
Malaysia.
Jadual 1. Purata
hujan tahunan (1985-1994), julat serta bulan kering dan bulan
basah di beberapa kawasan di Malaysia.
|
Kawasan |
|
Julat |
Jumlah Hujan Tahunan |
Bil. Bulan Yang Kering (<100 mm) |
Bulan Kering |
Bulan Basah |
|
Semenanjung |
1. Bkt. Mertajam |
83.3-284.0 |
2227.2 |
1 |
Jan |
Sept |
|
Malaysia |
2. Parit Buntar |
90.0-263.3 |
1956.9 |
1 |
Jun |
Nov |
|
|
3. Sitiawan |
84.6-262.1 |
1830.4 |
3 |
Jul |
Nov |
|
|
4. Teluk Intan |
89.1-282.3 |
2348.1 |
1 |
Jun |
Nov |
|
|
5. K. Selangor |
66.1-211.3 |
1618.6 |
3 |
Jun |
Dis |
|
|
6. Jelebu |
80.3-193.8 |
1688.5 |
3 |
Jan |
Nov |
|
|
7. Merlimau |
89.9-253.2 |
2063.1 |
2 |
Feb |
Nov |
|
|
8. Muar |
109.7-259.4 |
2149.1 |
- |
Jan |
Nov |
|
|
9. Keluang |
82.3-268.0 |
2057.7 |
1 |
Feb |
Dis |
|
|
10. Kota Tinggi |
106.0-394.8 |
2640.5 |
- |
Feb |
Dis |
|
|
11. Muadzam Shah |
119.0-414.9 |
2520.6 |
- |
Jun |
Dis |
|
|
12. Temerloh |
79.2-306.4 |
1996.3 |
3 |
Feb |
Nov |
|
|
13. Raub |
85.9-233.4 |
1658.4 |
3 |
Jan |
Nov |
|
|
14. Jerangau |
89.0-928.8 |
3774.8 |
1 |
Feb |
Nov |
|
|
15. Dungun |
50.4-838.6 |
2928.1 |
1 |
Feb |
Nov |
|
|
16. Tanah Merah |
74.7-603.9 |
3246.3 |
1 |
Feb |
Nov |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabah |
1. Table |
133.7-233.9 |
2073.2 |
- |
Jan |
Nov |
|
|
2. Tawau |
91.7-247.3 |
1888.4 |
1 |
Apr |
Jul |
|
|
3. Quoin Hill |
153.8-314.9 |
2388.4 |
- |
Feb, Sept |
Nov |
|
|
4. Semporna |
102.1-235.5 |
1787.5 |
- |
Jan |
Jul |
|
|
5. Mostyn |
145.9-235.7 |
2259.4 |
- |
Feb |
Mei |
|
|
6. Kunak |
134.5-259.6 |
2165.7 |
- |
Jan |
Okt |
|
|
7. Lahad Datu |
134.1-231.0 |
2163.5 |
- |
Sept |
Jan |
|
|
8. Sugut |
130.8-466.1 |
2707.3 |
- |
Apr |
Dis |
|
|
9. Sandakan |
101.9-483.8 |
2881.1 |
- |
Apr |
Dis |
|
|
10. Ranau |
100.7-291.5 |
2075.0 |
- |
Mac |
Jan |
|
|
11. Kota Marudu |
100.4-495.6 |
2622.5 |
- |
Apr |
Dis |
|
|
12. Tuaran |
49.6-278.7 |
1987.8 |
4 |
Mac |
Okt |
|
|
13. Keningau |
87.3-149.9 |
1536.5 |
2 |
Jun |
Okt |
|
|
14. Melalap |
61.2-151.0 |
1198.8 |
5 |
Jan |
Dis |
|
|
15. Lagut |
96.3-154.4 |
1467.7 |
1 |
Jan |
Apr, Dis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak |
1. Kuching |
205.9-698.4 |
4120.0 |
- |
Jul |
Jan |
|
|
2. Tarat |
175.3-556.6 |
3931.9 |
- |
Jun |
Jan |
|
|
3. Sessang |
181.2-443.4 |
3352.7 |
- |
Jun |
Dis |
|
|
4. Sibu |
171.9-373.1 |
3189.3 |
- |
Jul |
Dis |
|
|
5. Bintulu |
182.8-423.5 |
3447.1 |
- |
Feb |
Dis |
|
|
6. Miri |
105.6-313.5 |
2621.4 |
- |
Feb |
Dis |
|
|
7. Ukong |
218.7-426.9 |
3375.2 |
- |
Ogos |
Nov |
Kawasan taburan hujan di Semenanjung malaysia boleh
dibahagikan kepada 6 kawasan utama iaitu:
3.1.1 Pantai Barat Utara
Kawasan
ini meliputi Negeri Perlis dan bahagian utara Kedah. Terdapat dua musim hujan di mana musim hujan utama adalah pada
bulan September-November dan musim hujan kedua adalah pada bulan April-Mei. Musim keringnya adalah nyata dan panjang
(3-4 bulan) berlaku pada bulan Disember-Mac.
Bulan Julai juga adalah kering tetapi pada jangkamasa yang singkat. Kawasan ini adalah tidak sesuai bagi penanaman
koko kecuali di beberapa kawasan sekitar Parit Buntar.
3.1.2 Pantai Barat
Kawasan
ini termasuk sebahagian Kedah, bahagian
tengah Perak sehingga ke Negeri Melaka.
Kawasan ini mempunyai keadaan cuaca yang bersesuaian serta sistem
pengairan yang baik diperlukan bagi kawasan pinggir pantai Perak dan
Selangor. Musim hujan di kebanyakan
kawasan hampir seragam dengan musim keringnya yang pendek (< 1 bulan) dan
berlaku pada bulan Februari dan Jun/Julai.
Kawasan pedalaman Perak, Selangor dan N. Sembilan adalah
bergunung-ganang dan menerima jumlah hujan yang lebih tinggi dari kawasan
pinggir pantai. Jenis tanah dan bentuk
mukabuminya menjadi penentu kepada kesesuaian penanaman koko di kawasan ini.
3.1.3 Selatan
Kawasan
yang merangkumi kebanyakan daerah di Negeri Johor ini termasuklah daerah
Segamat, Muar, Pontian, Kluang dan Johor Bharu. Musim keringnya tidak menentu dan singkat (< 1 bulan) serta
berlaku antara bulan Jan-Mac dan Jun-Ogos.
Musim hujannya pada bulan April-Mei dan Oktober-November. Kebanyakan kawasan adalah sesuai bagi
penanaman koko dan keadaan tanah dan mukabuminya menjadi faktor penentu utama.
3.1.4 Pantai Timur
Kawasan
di persisiran pantai negeri-negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan ini
mempunyai dua keadaan cuaca yang ternyata iaitu:
i) kadar
hujan yang sangat tinggi pada bulan Oktober-Disember dari Monsoon Timur-Laut
dengan jumlah sehingga melebihi 1500 mm atau lebih
separuh dari purata jumlah hujan tahunannya dalam jangkamasa 3 bulan.
ii) musim kering yang nyata antara bulan
Januari hingga April. Kawasan ini
adalah dianggap marginal atau tidak sesuai bagi penanaman koko.
3.1.5 Pedalaman Tengah
Kawasan
ini meliputi bahagian pedalaman Pahang dan Terengganu. Musim keringnya berlaku dua kali dalam
setahun pada bulan Feb-Mac dan Jun-Julai.
Corak taburan hujannya dipengaruhi oleh bentuk mukabumi dan arah tiupan
angin. Kebanyakan kawasan adalah sesuai
bagi penanaman koko dan faktor tanah menjadi penentu kesesuaiannya.
3.1.6 Pedalaman Utara
Kawasan
pedalaman Negeri Kelantan ini mengalami musim kering pada bulan Januari-April
dan musim hujan yang lebat serta jangkamasa sinaran matahari yang singkat pada
bulan Oktober-Disember. Kawasan ini
dianggap tidak sesuai bagi penanaman koko.
3.2 Sabah
Taburan hujan yang berbeza-beza
antara beberapa kawasan di Sabah adalah faktor utama yang mempengaruhi kesesuaiannya
bagi penanaman koko . Purata suhu di
Sabah pada umumnya adalah antara 21-33oC
dan jangkamasa sinaran mataharinya selama kira-kira 7 jam sehari. Kelembapan bandingan pula adalah tinggi pada
kadar purata 97% di awal pagi dan berkurangan ke 645 pada waktu tengahari. Keadaan ini tidak mendatangkan banyak
masalah kepada pertumbuhan dan penghasilan koko dan penanaman koko adalah
sesuai diusahakan.
3.2.1 Bahagian Tawau
Bahagian
ini merangkumi Daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Taburan hujannya adalah seragam sepanjang
tahun dengan purata jumlah hujan tahunan sebanyak 2200 mm dan tiada musim
kering yang nyata. Pada umumnya, cuaca
di kawasan ini hampir menyamai dengan habitat semulajadi tanaman koko di hutan
Amazon. Keadaan ini menjadikan Bahagian
Tawau sebagai kawasan penanaman dan penghasilan biji koko yang utama di
Malaysia.
3.2.2 Bahagian Sandakan
Bahagian
ini menerima purata jumlah hujan tahunan yang agak tinggi (> 2800 mm) dengan
keadaan yang agak kering di awal tahun (Februari-April) tetapi taburan hujan
yang lebih lebat pada akhir tahun (Oktober-Januari) dari Monsoon
Timur-Laut. Pada masa ini jumlah hujan
bulanan mencapai sehingga 300-600 mm.
Keadaan yang sama juga berlaku di Daerah Kudat dan Kota Marudu di
Bahagian Pantai Barat Sabah. Keadaan
ini adalah kurang ideal dan dianggap marginal bagi penanaman koko akibat dari
masalah penyakit, keadaan saliran serta kesan hakisan tanah. Sungguhpun begitu, penggunaan input dan
amalan kultura yang bersesuaian membolehkan beberapa kawasan koko di sini mampu
memperolehi hasil yang tinggi sehingga melebihi 2000 kg/ha.
3.2.3 Bahagian Pedalaman
Daerah
Keningau dan Tenom merupakan kawasan yang kering di Sabah dan menerima purata
jumlah hujan tahunan antara 1100-1500 mm.
Jumlah hujan pada kebanyakan bulan adalah rendah dan keadaan ini adalah
marginal bagi penanaman koko.
Sungguhpun begitu, beberapa kawasan pinggir sungai di Daerah Tenom
berupaya mendapat hasil yang tinggi.
Walaupun banjir sering berlaku pada penghujung tahun, jangkamasanya
adalah pendek dan dapat menyuburkan tanah di kawasan tersebut.
3.3 Sarawak
Sarawak
mengalami iklim yang panas dan lembab serta menerima jumlah hujan yang sangat
tinggi sepanjang tahun berbanding dengan Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kecuali bahagian Miri, keseluruhan kawasan di
Sarawak umumnya menerima purata jumlah hujan tahunan antara 3000 hingga >
4000 mm serta tiada musim kering. Musim
hujan di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Bintulu
biasanya bermula pada bulan November dan berakhir pada bulan April. Jumlah hujan bulanannya adalah sangat tinggi
sehingga mencapai antara 400 ke lebih 600 mm.
Keadaan cuaca pada masa ini adalah tidak sesuai bagi pertumbuhan dan
penghasilan koko serta menggalakkan serangan penyakit dan perosak seperti buah
hitam, cerana batang, penyakit akar, VSD, serangan pianggang nyamuk serta
pengorek buah koko.
Bahagian
Miri menerima jumlah hujan yang tidak terlalu tinggi dan mengalami dua musim
hujan iaitu pada bulan April-Jun dan Oktober-Disember. Walaupun keadaan cuacanya lebih sesuai bagi
penanaman koko, tidak banyak kawasan koko didapati di bahagian ini.
4.0 Kesesuaian
Tanah Bagi Penanaman Koko
Tanah yang sesuai perlulah berupaya menyokong pertumbuhan
akar yang sihat serta boleh menyimpan dan membekalkan air serta unsur pemakanan
atau nutrien yang mencukupi bagi keperluan tanaman. Ciri-ciri fizikal dan kimia tanah adalah sangat penting dalam
menentukan kesesuaiannya bagi tanaman
koko. Ciri-ciri fizikal tanah yang
utama untuk penanaman koko terdiri dari kecerunan, tekstur dan struktur,
kedalaman tanah yang efektif, saliran tanah, kedalam lapisan asid, ketebalan
gambut serta kelembapan serta keupayaan
memegang air serta kedapatan batu-batu di lapisan atas tanah. Ciri-ciri kimia tanah pula adalah keasidan,
kemasinan, keupayaan penukaran kation (KPK), ketepuan bes, kandungan karbon
organik, ketepuan aluminium serta kandungan nutrien yang tersedia di dalam
tanah.
4.1 Ciri-Ciri Fizikal Tanah
Mengikut Dasar Pertanian Negara,
aktiviti pertanian hanya boleh dijalankan di kawasan yang mempunyai kecerunan
tidak melebihi dari 18o.
Profail tanah yang baik bagi penanaman koko pula adalah lapisan tanah
yang dalam (> 100 cm) dan seragam, status saliran yang baik, keupayaan
memegang air yang baik, tidak berbatu serta tiada lapisan padat, tanah yang
gembur dengan tekstur lom liat berpasir ke lom liat (25-40% liat, 35-65% pasir,
< 30% lempung) (Jadual 2).
Kajian
telah menunjukkan bahawa hampir 80% daripada akar-akar koko didapati
tumbuh hanya di paras 20 cm
daripada permukaan bumi.
Jadual 2.
Sifat-sifat fizikal tanah yang sesuai bagi penanaman koko.
|
|
Sifat Tanah |
Ukuran kesesuaian |
|
1. |
Kedalaman
tanah (sm) |
>
100 |
|
2. |
Kedalaman
ke lapisan asid sulfat (sm) |
>
100 |
|
3. |
Kecerunan
(o) |
0-30o |
|
4. |
Kandungan
batu |
<
25% atau dibawah 75 cm dari permukaan tanah. |
|
5. |
Saliran
tanah |
Baik,
paras air dibawah paras 90 cm dari permukaan tanah. |
|
6. |
Kemasinan |
>
1000 µ mhos/cm |
|
7. |
Banjir |
Tiada |
|
8. |
Ketebalan
gambut |
<
20 cm |
4.1.1 Limitasi Oleh Faktor Fizikal Tanah
Ciri-ciri
fizikal tanah adalah sangat penting dan menjadi faktor utama dalam kebanyakan
sistem pengkelasan penentuan kesesuaian tanah-tanaman. Ini disebabkan kebanyakan ciri-ciri fizikal
adalah sukar dipulihkan dalam jangkamasa yang singkat dengan kos yang murah
berbanding dengan ciri-ciri kimia tanah yang lebih mempengaruhi tahap kesuburan
tanah. Keadaan fizikal yang tidak
sesuai akan menghalang pertumbuhan dan fungsi akar yang sempurna serta
mengurangkan potensi hasil yang maksimum.
Akibatnya, pembajaan tidak akan berkesan bagi memperbaiki pertumbuhan
dan penghasilan pokok kerana pertumbuhan akar tidak sempurna.
Kecerunan
tanah adalah berkait rapat dengan paras kedalaman tanah yang efektif. Tanah yang curam lebih terdedah kepada
masalah hakisan. Selain dari itu,
kawasan yang curam umumnya mempunyai lapisan tanah yang cetek dan hampir ke
lapisan batu induknya. Kawasan kaki
bukit serta lembah yang kurang curam akan mempunyai lapisan tanah yang lebih
dalam. Tanah yang cetek menghadkan
ruang perakaran serta lebih cepat mengalami kekeringan semasa musim
kemarau. Bagi kawasan tanah laterit
(Siri Malacca, Tavy dan Gajah Mati), keadaan ini menjadi lebih serius terutama
jika kawasan tersebut terletak di bahagian atas bukit. Kedalaman tanah efektif yang cetek, tidak
subur serta keupayaan memegang air yang rendah menjadikan keadaan ini tidak
sesuai bagi pertumbuhan pokok koko.
Tanah
yang tinggi kandungan pasir (> 90%) juga adalah tidak sesuai untuk penanaman
koko. Tanah berpasir mempunyai kapasiti
memegang nutrien yang rendah, keupayaan memegang air yang rendah, kadar
evapo-transpirasi yang tinggi, suhu permukaan tanah yang tinggi, struktur tanah
yang lemah serta saliran yang tidak baik.
Tanah yang tinggi kandungan liat (> 60%) juga tidak sesuai untuk
penanaman koko kerana mempunyai struktur dan tekstur yang kasar dan lemah serta
kadar ketelusan air ke dalam tanah yang lambat. Biasanya kawasan ini digunakan untuk penanaman padi sawah.
4.1.2 Pengurusan dan Pemulihan Fizikal Tanah
Limitasi
yang disebabkan oleh faktor-faktor fizikal tanah adalah sukar dipulihkan. Perlu dikenalpasti dan memahami limitasi
yang diakibatkan oleh ciri-ciri fizikal ini adalah perlu bagi menentukan
amalan-amalan kultura serta pengurusan tanah yang bersesuaian bagi mengurang
atau memulihkan keadaan tersebut.
Kawasan yang curam (> 8o)
biasanya memerlukan teres bagi menghalang hakisan tanah berlaku. Keadaan ini adalah penting semasa pokok koko
masih kecil. Penanaman kekacang penutup
bumi adalah baik bagi mengurangkan kesan hakisan tanah disamping mengawal
keseimbangan air dalam tanah serta meningkatkan kandungan bahan organik di lapisan tanah atas.
Tahap
saliran tanah pula berkait rapat dengan keadaan topografi, hujan (jumlah,
intensiti dan jangkamasa), aras mata air di dalam tanah, tekstur dan struktur
tanah serta keadaan tanaman penutup bumi.
Tanah yang tinggi kandungan liat umumnya mempunyai tahap saliran yang
tidak baik dan mudah menakung air.
Keadaan ini menghalang keseimbangan udara dan air di dalam tanah dan
seterusnya menghalang fungsi akar yang sempurna. Sistem pengairan dan perparitan yang sempurna diperlukan bagi
mengawal aras mata air dan lapisan tanah yang efektif untuk pertumbuhan akar
ditingkatkan.
Masalah
utama tanah yang agak tinggi kandungan pasir adalah keupayaan memegang air dan
nutrien yang lemah. Pokok koko akan
mudah mengalami kekurangan air pada musim panas. Pembajaan juga kurang efektif kerana dilarut resap ke lapisan
bawah tanah. Menanam kekacang penutup
bumi dapat mengawal kehilangan air disamping meningkatkan bahan organik
tanah. Pembajaan perlu dilakukan pada
kadar yang lebih rendah tetapi frekuensinya ditingkatkan untuk mengelakkan
pembaziran.
4.2 Ciri-Ciri Kimia Tanah
Ciri-ciri
kimia tanah yang sesuai bagi penanaman koko secara umumnya adalah seperti
berikut (Jadual 3).
Jadual 3. Ciri-ciri
kimia tanah yang sesuai bagi penanaman koko.
|
|
Sifat Tanah |
Ukuran kesesuiaan |
|
1. |
pH (H2O) |
5.5-6.5 |
|
2. |
CEC
(cmol(+)kg-1) |
>
15 |
|
3. |
Ketepuan
Bes (%) |
>
35 |
|
4. |
Bahan
Organik (%) |
1.5-2.4 |
|
5. |
Kemasinan
(mmhos sm-1) |
<
1.0 |
|
6. |
Kesuburan: |
|
|
|
i. Jumlah N (%) |
>
0.16 |
|
|
ii. avail. P (ppm) |
>
15 |
|
|
iii. K Tukarganti (Exch. K cmol(+)kg-1) |
>
0.24 |
|
|
iv. Exch. Ca (cmol(+)kg-1) |
>
2.5 |
|
|
v. Exch. Mg
(cmol(+)kg-1) |
>
2.0 |
|
7. |
Ketepuan
Aluminium (%) |
<
30 |
Tahap kesuburan dan kandungan nutrien dalam tanah sangat
dipengaruhi oleh jenis batuan induk dan jangkamasa pembentukan tanah. Secara umumnya tanah-tanah di Malaysia boleh
dibahagikan kepada tanah sedentari/endapan dan tanah alluvium. Tanah sedentari umumnya telah mengalami
proses luluhawa yang lama dan keadaan ini menyebabkan kandungan nutrien yang
tersedia untuk tanaman adalah sangat kurang.
Sebaliknya, tanah-tanah alluvium sungai atau laut umumnya adalah lebih
subur.
5.0 Pengkelasan
Tanah
Tiga aspek penting yang diperlukan dalam perancangan
aktiviti pertanian adalah klassifikasi tanah, klassifikasi kesesuaian
tanah-tanaman dan penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini adalah berguna sebagai asas penentuan
amalan-amalan kultura serta pengurusan tanah mengikut jenis-jenis tanaman yang
berbeza. Secara umumnya, tanah-tanah di
Malaysia dikelaskan mengikut kumpulan tanah utama dan disesuaikan mengikut
keperluan tempatan. Kumpulan tanah
utama bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ditunjukkan dalam Jadual 4,
5 dan 6.
Jadual 4. Kumpulan
Tanah Utama di Sabah.
|
|
Kumpulan
Tanah Utama |
|
1. |
Acrisols |
|
2. |
Ferralsols |
|
3. |
Gleysols |
|
4. |
Fluvisols |
|
5. |
Regosols |
|
6. |
Arenosols |
|
7. |
Cambisols |
|
8. |
Luvisols |
|
9. |
Podzols |
|
10. |
Leptosols |
|
11. |
Histosols |
|
12. |
Alisols |
|
13. |
Lixisols |
|
14. |
Anthrosols |
Jadual 5. Kumpulan
Tanah Utama di Semenanjung Malaysia.
|
|
Kumpulan
Tanah Utama |
|
1. |
Tanah terbentuk
dari batuan igneous dan metamorfik bergred tinggi. |
|
2. |
Tanah
terbentuk dari batuan endapan dan metamorfik bergred rendah. |
|
3. |
Tanah
terbentuk dari alluvium lama. |
|
4. |
Tanah
laterit. |
|
5. |
Tanah
terbentuk dari alluvium sungai terbaru. |
|
6. |
Tanah
terbentuk dari alluvium sungai hampir tua. |
|
7. |
Tanah
BRIS. |
|
8. |
Tanah
asid sulfat dan potensi asid sulfat. |
|
9. |
Tanah
lempung laut tidak berasid sulfat. |
|
10. |
Tanah
organan (gambut) cetek. |
|
11. |
Tanah organan
(gambut) sederhana dalam dan dalam. |
Jadual 6. Kumpulan
Tanah Utama di Sarawak.
|
|
Kumpulan
Tanah Utama |
|
1. |
Tanah
Organik (Gambut) |
|
2. |
Tanah
Skeletal |
|
3. |
Tanah
Thionic |
|
4. |
Tanah
Gley |
|
5. |
Podzols |
|
6. |
Arenaceous |
|
7. |
Alluvial |
|
8. |
Andisols |
|
9. |
Oxisols |
|
10. |
Grey-White
Podzolic |
|
11. |
Red-Yellow
Podzolic |
6.0 Kesesuaian
Tanah Bagi Penanaman Koko
6.1 Sabah
Sabah
merupakan negeri utama yang menghasilkan biji koko di Malaysia. Kawasan penanaman koko yang utama di Sabah
adalah Bahagian Tawau dan Sandakan.
Terdapat juga sebahagian kecil pekebun-pekebun kecil koko di beberapa
daerah di Bahagian Pantai Barat dan Bahagian Pedalaman. Mengikut pengkelasan tanah di Sabah,
terdapat 14 kumpulan tanah utama, 42 unit-unit tanah serta 103 famili tanah
tetapi sehingga kini hanya 41 famili tanah yang dikelaskan sebagai sesuai ke
marginal bagi penanaman koko.
6.1.1 Bahagian Tawau
Di Bahagian
Tawau, kawasan penanaman koko terdapat di kawasan Ulu kalumpang, Mostyn,
Apas-Balung, Pegagau-Semporna, Sapang, Merotai, Umas-Umas-Brantian, Ulu
Tingkayu, Bukit Quoin, Sungai Sing-Sing dan Pulau Sebatik. Jenis-jenis tanah yang terdapat di sini adalah
kompleks kerana terbentuk dari pelbagai bahan induk seperti alluvium, basalt,
lava dan debu basik, batuan igneous basik dan pertengahan, batu lumpur, batu
pasir serta debu asid gunung berapi.
Assosiasi atau kesatuan tanah utama adalah Kinabatangan, Brantian,
Semporna, Table, Sipit, Apas, Kalabakan, Tengah Nipah, Kennedy Bay, Kretam,
Tiger, Bang, Gumpal, Tinagat, Wullersdorf dan Bidu-Bidu. Unit dan famili tanah yang utama di
kebanyakan kawasan penanaman koko adalah Ferric Acrisols(Lumisir, Sipit, Batang),
Haplic Acrisols(Paliu, Kapilit, Tanjong Lipat, Kumansi, Kinabutan), Rhodic
Ferralsols(Apas), Xanthic Ferralsols(Jarangan), Haplic Ferralsols(Table),
Dystric Cambisols(Kelawat, Antulai, Durikong, Nerelud), Eutric Cambisols
(Bulanat, Hatton, Quarry, Bombalai), Ferric Luvisols(Pantagaluang, Lumerau,
Besar), Haplic Luvisols(Darau, Numatoi, Lumpongon, Talid), Calcic
Luvisols(Semporna) dan Chromic Luvisols (Terang, Sabor, Mangkap, Tegupi).
Secara
umumnya, tahap kesuburan tanah di kebanyakan jenis tanah adalah rendah
terutamanya unsur P. Status KPK juga
kebanyakannya adalah rendah kecuali tanah-tanah dari Unit Chromic dan Haplic
Luvisols. Tahap ketepuan bes juga
adalah berbeza-beza tetapi pada umumnya kebanyakan tanah Cambisols dan Luvisols
mempunyai paras ketepuan bes yang tinggi.
Walau bagaimanapun, tanah-tanah Ferralsols dan kebanyakan Acrisols
adalah rendah tahap kesuburannya dan memerlukan pembajaan yang sesuai bagi
memperolehi hasil koko yang baik.
Limitasi oleh faktor fizikal tanah pula adalah tidak begitu ketara di
kebanyakan jenis tanah dan keperluan air tidak mendatangkan masalah kerana
taburan hujannya yang sekata sepanjang tahun.
6.1.2 Bahagian Sandakan
Kawasan
penanaman koko yang utama di Sandakan adalah Segaliud-Lokan, Lungmanis, Sungai
Muanad, Sungai Manjang, Garinono dan Sekong.
Assosiasi tanah yang utama adalah Lungmanis, Silabukan, Rumidi dan
Kretam. Bahan induk tanah yang dominan
di Bahagian Sandakan adalah batu pasir, batu lumpur atau kombinasi
keduanya. Unit dan famili tanah yang utama
adalah Ferric Acrisols (Sipit, Batang), Haplic Acrisols(Kumansi, Tanjung Lipat,
Kapilit), Ferric Luvisols(Lumerau) dan Haplic Luvisols(Lumpongon).
Tanah-tanah
famili Sipit, Batang, Kapilit dan Tanjong Lipat umumnya mempunyai nilai KPK
yang rendah (5 - 15 meq.%) berbanding dengan famili Kumansi, Lumerau dan
Lumpongon. Tahap ketepuan bes juga
adalah rendah bagi famili Sipit, Batang, Kapilit, Tanjong Lipat dan Kumansi
(< 35%) tetapi famili Lumerau dan Lumpongon mempunyai tahap ketepuan bes
yang tinggi (> 50%). Tanah-tanah ini
keseluruhannya adalah sangat berasid (pH 4-5) dan pengaporan sangat
diperlukan. Limitasi fizikal tanah yang
utama adalah kecerunan tanah, tahap saliran dan tekstur serta struktur tanah
terutama bagi tanah Tanjong Lipat dan Kapilit.
Tahap
kesuburan dan limitasi fizikal tanah ini boleh diperbaiki dengan menanam
kekacang penutup bumi bagi mengawal kelembapan tanah serta hakisan. Pembajaan yang sempurna perlu dilakukan dan
sistem saliran dan perparitan yang baik diperlukan bagi kawasan rendah untuk
menghadapi musim hujan yang lebat pada bulan Oktober-Februari.
6.1.3 Bahagian Pedalaman dan Pantai Barat
Penanaman
koko di Bahagian Pedalaman banyak diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil koko
dan tertumpu di kawasan Keningau-Tenom sementara di Bahagian Pantai Barat pula
terdapat di Kota Belud dan Kudat. Walau
bagaimanapun, jumlahnya sangat kecil dan bertaburan. Assosiasi tanah yang utama di kawasan Keningau-Tenom adalah
Brantian, Tuaran dan Bingkor sementara di Kota Belud-Kudat pula adalah Tuaran,
Brantian dan Rumidi. Kawasan koko lebih
banyak tertumpu di pinggir sungai di Tenom dan famili tanah yang utama adalah
Darau, Buran, Sabor dan Pegalan. Secara
fizikalnya fizikal Buran dan Pegalan adalah marginal ke tidak sesuai bagi
penanaman koko kerana limitasi kedalaman tanah, tekstur serta saliran yang
tidak sesuai. Walau bagaimanapun,
taburan hujan yang rendah serta banjir pada hujung tahun di kawasan pinggir
sungai telah menyuburkan tanah dan memberikan hasil koko yang tinggi.
6.2 Semenanjung Malaysia
Unit
asas yang digunakan dalam pemetaan tanah di Semenanjung Malaysia adalah Siri
Tanah. Sehingga kini terdapat lebih
dari 240 siri tanah dan dikelaskan mengikut 11 kumpulan tanah utama (Jadual 5). Kawasan penanaman koko yang utama adalah tertumpu
di pinggir laut Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama di negeri Selangor
(Kuala Selangor dan Sabak Bernam), Perak (Hilir Perak dan Manjung) dan Johor
(Batu Pahat dan Pontian). Jenis tanah
utama yang terdapat di kawasan ini adalah dari kumpulan lempung laut tidak
berasid sulfat seperti Siri Selangor, Briah, Bernam dan Tualang. Limitasi utama bagi tanah-tanah ini adalah
saliran di mana pengairan dan sistem perparitan yang baik diperlukan kerana
paras mata airnya yang tinggi. Aras air
ini perlu diturunkan agar kedalaman tanah aktif bagi mendapat pertumbuhan akar
yang baik. Walau bagaimanapun, tahap
kesuburan tanah ini adalah agak baik di mana tahap KPK dan ketepuan besnya
adalah tinggi. Pengaporan menggunakan
serbuk batu kapor adalah lebih sesuai berbanding dengan GML kerana tanah ini
mempunyai paras Mg yang agak tinggi.
Penanaman
koko di kawasan pedalaman tertumpu di Pahang (Jerantut, Temerloh, Raub), Perak
(Perak Tengah), Johor (Segamat, Muar, Kluang) dan sebahagian kecil di Melaka
(Jasin), N. Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah), Terengganu (Kuala Berang, Marang)
dan Kelantan (Tanah Merah, Kuala Krai).
Jenis tanah yang utama di kawasan ini adalah yang terbentuk dari batuan
igneous, batuan endapan, batuan metamorfik bergred tinggi dan rendah. Siri-siri tanah yang biasa terdapat adalah
Munchong, Bungor, Rengam dan Serdang.
Pada umumnya tanah-tanah ini adalah sesuai bagi penanaman koko. Limitasi fizikal tanah yang utama adalah
kecerunan dan saliran. Dari segi tahap
kesuburan, kebanyakannya adalah rendah di mana KPK dan ketepuan besnya dari
sangat rendah ke rendah. Penanaman
pokok pelindung bagi mengawal hakisan adalah sangat penting. Pembajaan yang sesuai serta pengaporan
adalah sangat diperlukan bagi memperbaiki tahap kesuburan tanah.
Beberapa
siri tanah dari kumpulan alluvium lama, alluvium terbaru dan alluvium hampir
tua juga sesuai bagi penanaman koko terutamanya di Daerah Manjung, Perak dan
kawasan pedalaman Johor. Penanaman
kekacang penutup bumi, pokok pelindung dan penggunaan sungkupan dapat
memperbaiki fizikal dan kesuburan tanah ini.
Sistem perparitan dan program pembajaan yang sesuai sangat diperlukan.
Tanah
laterit pula adalah dianggap marginal atau tidak sesuai bagi penanaman koko
disebabkan ciri fizikalnya yang berbatu serta lapisan tanah yang cetek dan
tahap kesuburannya yang sangat rendah.
Penggunaan bahan sungkupan dan pengairan diperlukan bagi memperbaiki
fizikal dan tahap kesuburan tanah.
Tanah-tanah asid sulfat, tanah BRIS dan tanah Gambut juga tidak sesuai
bagi penanaman koko.
6.3 Sarawak
Tanah-tanah
di Sarawak adalah terbahagi kepada 11 kumpulan utama, 45 famili tanah dan lebih
dari 145 siri tanah. Daerah penanaman
koko yang utama adalah Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei dan Sibu. Koko di tanam di pelbagai jenis tanah di
Sarawak terutamanya pada tanah-tanah Alluvial, Oxisols dan Red-Yellow
Podzolic. Tanah-tanah alluvium di
pinggiran pantai adalah dari jenis lempung laut dan tahap kesuburannya lebih
baik serta tinggi paras kation tukarganti.
Walau bagaimanapun, sistem pengairan dan perparitan yang baik diperlukan
bagi memperbaiki kedalaman tanah efektif untuk pertumbuhan akar yang
sempurna. Ini disebabkan aras mata
airnya yang tinggi hampir ke permukaan tanah.
Famili dan Siri tanah yang utama di kawasan ini adalah Semilajau
(Semilajau, Sebako, Julan), Bemang (Bemang, Sebat, Dapoi) dan Seduau (Seduau,
Malang, Paku, Sekati, Terbat dan Ramun).
Tanah famili Semilajau adalah marginal kerana bertekstur lom kasar.
Di
kawasan pedalaman, koko ditanam di kawasan yang beralun dan kumpulan tanah
utama adalah dari jenis Red-Yellow Podzolic dan Oxisols. Tanah-tanah ini umumnya adalah rendah tahap
kesuburan dan mudah mengalami hakisan tanah.
Koko juga ditanam di tanah-tanah Skeletal yang tidak sesuai di mana
lapisan tanah adalah cetek dan kurang subur.
Pada umumnya, pembajaan yang bersesuaian adalah diperlukan bagi
mendapatkan hasil yang menguntungkan.