From : 
 
"MOHD SANIBOEY" <[email protected]>
 
To : 
 
[email protected]
 
Subject : 
 
Re: Assalamualaikum
 
Date : 
 
Mon, 29 Nov 1999 07:29:15 PST
   
Assalamualaikum,

Sebenarnya saya baru pulang dari Bangkok, Thailand sebab kerja seminggu di sana and tak tahu pulak Sony Music di sini dah distribute album RATM. Kalau gitu buat rugi ajelah duit saya beli album tu kat Singapore tempoh hari.

Anyway, album tu ada banyak cut tak?

Fasal Korn tu rasanya memang Sony Music tidak akan realease sebab memang tak boleh and diaorang fikir fans Korn tak hebat sangat di sini berbanding Singapore. Percaya atau tidak satakat ini selepas beratus email yang saya terima, hanya anda seorang yang ada interested dalam album Korn.

Lagi satu saya mahu beri peringatan. Album Kid Rock yang diedarkan oleh Warner Music tidak direkemenkan. Memang Kid Rock best gila tapi album tu banyak cut and pasti tak puas dengar.

Terima kasih atas pujian anda juga and sebenarnya pembaca seperti andalah yang membuat saya terus menulis.

Thanx a lot
saniboey



From : 
 
"MOHD SANIBOEY" <[email protected]>
 
To : 
 
[email protected]
 
Subject : 
 
Re: Assalamualaikum
 
Date : 
 
Fri, 28 Jan 2000 23:05:21 PST
 

Assalamualaikum,

Apa khabar? Maaf sebab lambat email okay. Sekali lagi saya berterus-terang - memang anda adalah orang pertama yang bertanya pasal Korn tapi selalu yang tanya saya ialah rakan2 terdekat secara lisan, bukan secara email.

Dulu masa RATM tak dijual di Malaysia, saya beli albumnya di Australia (album Bullet in the Head & Evil Empire) dan kali ini dah ada di Malaysia dan saya mula dengar Korn sejak Follow The Leader. Saya mengaku tak tahu bahawa Korn tu banyak peminat, sebaliknya ingatkan segelintir orang sahaja macam saya yang dengar album Korn. Tapi atas penjelasan awak, nampaknya betul lah Korn tu kuat di Malaysia. Dan saya memang akan ulas Korn (Creed dah ulas dah).

Pasal Slipknot pulak tu, thanks sebab beritahu dan saya akan cuba cari albumnya okay.

Last sekali, terima kasih kerana menyokong kerana saya perlukan sokongan itu.

wassalam
saniboey

 
From : 
 
"MOHD SANIBOEY" <[email protected]>
 
To : 
 
[email protected]
 
CC : 
 
[email protected], [email protected]
 
Subject : 
 
Re: Assalamualaikum
 
Date : 
 
Sun, 30 Jan 2000 04:58:11 PST
 

Assalamualaikum Sahabat,

Album terbaru Korn diulas pada Selasa ini, termasuk album Live Concert Siti Nurhaliza dan album sulung Kamikaze.

Thanks for the support.

truly,
Saniboey Mohd Ismail

 
From : 
 
"SANIBOEY METRO" <[email protected]>
 
To : 
 
[email protected]
 
Subject : 
 
Re: Assalamualaikum
 
Date : 
 
Sun, 26 Mar 2000 15:38:32 GMT
 

Assalamualaikum,

Memang hari ini gua marah sekali sebab artikel itu disalah sunting oleh penyunting yang lembab. Sebab di bahagian akhir itu gua ada menyebut mengenai kata-kata M Nasir supaya tidak menolak muzik kerana semua muzik ada hak untuk didengar dna dinilai sendiri oleh penggemar muzik. Anyway, tak apa, kalau ada umur panjang gua akan pastikan artikel itu habis.

Kecewanya gua dengan stesen radio sudah terlalu lama sehingga gua sendiri pernah apply nak jadi deejay sebab kononnya nak tegakkan sesuatu di radio tetapi apa kan daya...passion gua tetap kepada penulisan, bukan broadcasting.

Ada sesekali gua puas hati jugak dengan Hitz FM sebab siaran radio tu ada kalanya okay. Tambah-tambah bila diaorang main lagu Creed (Higher) and beberapa lagu lain. Cuma hakikatnya ialah ia terlalu limited. Banyak lagi lagu yang tak ada peluang. Misalnya Sevendust, Cradle Of Filth dan banyak lagi. Sampai bila pun perkara ini tak ada jalan penyelesaian sehinggalah sebuah stesen Hard Rock/Metal FM dibuat. Mungkin satu hari nanti akan ada juga siaran radio seperti itu. Insya-Allah.

Peace
saniboey


Hosted by www.Geocities.ws

1