Belajar mengenai sumber terbuka adalah belajar tentang asas dan konsep komputer itu sendiri. Walaupun mungkin sukar pada awalnya kerana ia umpamanya seorang pemandu kereta belajar tentang enjin keretanya, namun selepas mempelajari enjin itu sudah tentu banyak perkara boleh dilakukan untuk menjadi keretanya lebih baik tanpa perlu membelanjakan wang kepada mekanik.
Begitulah dengan Sumber terbuka. Mempelajari pemasangan Linux dan menyesuaikan ia dengan komputer menimbulkan kepuasan yang tersendiri. Mempelajari pembahagian cakera keras. Mempelajari konsep sistem operasi mula dijalankan (system boot), mempelajari apa dan kenapa pemilihan dalam pemasangan dilakukan.
Kebanyakan sumber terbuka adalah dibangunkan dengan cara komuniti. Dengan hanya berhubungan dengan email dan Internet, berbincang di forum perisian-perisian dalam sumber terbuka dibangunkan. Begitu juga dengan bantuan kepada pengguna. Kebanyakannya didapati daripada "HOWTO", dokumen di Internet, ruang forum, IRC dan Chat.
Untuk mencuba dan menggunakan sumber terbuka, ia boleh dipelajari sendiri dengan membaca HOWTO, artikel dan menyertai perbincangan dalam pelbagai forum dan kumpulan email sumber terbuka.
Perisian-perisian sumber terbuka merangkumi pelbagai aspek
dalam dunia komputer. Antaranya adalah
Sistem Operasi dalam sumber terbuka seperti Linux dan keluarga BSD (FreeBSD, OpenBSD dan NetBSD).
Linux merupakan sistem operasi pilihan utama dan ia dikumpulkan oleh pelbagai individu dan syarikat yang dipanggil distribusi.
Antara distribusi yang boleh anda cuba adalah Mandrake, Redhat, Suse dan Debian.
Sistem operasi sahaja tidak cukup, ia memerlukan pelbagai perisian lain seperti sistem utiliti daripada projek GNU dan perisian untuk pejabat seperti Open Office dan perisian kemudahan Internet seperti Mozilla.
Permulaan adalah satu yang sukar. Untuk menulis permulaan ini juga sukar kerana setiap individu mempunyai cara dan pandangan tersendiri bagaimana untuk bermula dengan sumber terbuka. Adalah perlu untuk merujuk kepada pelbagai kumpulan dan individu untuk mencari penyesuaian dalam rancangan Sumber Terbuka. Sebagai cadangan, sertai kumpulan-kumpulan sumber terbuka terutama yang melibatkan pengguna sumber terbuka Malaysia. Kumpulan-kumpulan ini wujud di Internet melalui forum dan senarai email.
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99
Penyertaan Melalui email [email protected]
Kumpulan Perbincangan Komputer Dunia-Digital
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital
Penyertaan Melalui email [email protected]
Forum Komputer Dan Internet IT Tutor
Laman Linux Malaysia
http://www.geocities.com/linuxmalaysia
Pertubuhan Pakar ICT Malaysia
Forum Umum MTU Sempoi
Mimos OpenSource
Asian Open Source Centre
Boleh dikatakan ramai pengguna Linux Malaysia berkumpul di
Mypenguin99 dan Ittutor.
Adalah digalakkan membaca dan menyertai pelbagai perbincangan tentang sumber terbuka dan cuba mengenal mereka yang aktif dan serius dengan sumber terbuka untuk meminta pendapat dan panduan permulaan. Soalan juga boleh diajukan kepada kumpulan-kumpulan ini. Sila buat kajian dan pembacaan dahulu sebelum mengajukan apa-apa soalan.
Adalah satu netika yang baik untuk mencari dan mengkaji dahulu sesuatu perkara dan bertanya pada perkara yang penting dan yang sememangnya sukar difahami.
Anda perlukan luangkan masa untuk membaca bahan sumber terbuka dan Linux kerana ia sememangnya banyak.
Bermula dengan tapak laman http://www.tldp.org/ anda boleh mendalami perisian sumber terbuka dan sistem operasi Linux.
Carian Google
http://www.google.com.my/linux
Melawat laman-laman perisian sumber terbuka juga dapat membantu
anda.
Linux
Keluarga BSDProjek GNU
http://www.gnu.org/
Perisian Pejabat
Open Office
Perisian Internet
Mozilla
dan anda boleh mencari pelbagai lagi perisian sumber terbuka
di laman
Untuk mencuba pelbagai perisian sumber terbuka termasuklah sistem operasi, terdapat sistem operasi Linux dan keluarga BSD yang boleh dijalankan daripada CD. Melalui CD ini sistem operasi tidak perlu dipasang dan ianya sesuai dalam membuat penilaian dan demo perisian sumber terbuka.
MandrakeMove
http://www.mandrakelinux.com/en/mandrakemove/
Dynebolic - The Instant Bootable GNU/Linux CD
Knoppix - Live Linux Filesystem On CD
http://www.knopper.net/knoppix/index-en.html
DemoLinux
http://www.demolinux.org/en/index.html
Artikel CD Demo Linux
http://www.geocities.com/linuxmalaysia/demolinux.html
CD-CD ini anda boleh dapati di tapak laman
Anda juga boleh muat turun perisian CYGWIN. CYGWIN adalah perisian
yang bertujuan untuk membawa perisian sumber terbuka dalam sistem
operasi Windows.
Nota dan panduan boleh anda ikuti di
http://www.mtusempoi.org/moodle/course/view.php?id=3
Perkara paling penting dalam Sumber Terbuka ialah berani mencuba. Diharapkan panduan ringkas diatas memberikan jalan mula untuk para guru dan sekolah untuk mengenali dan mencuba perisian sumber terbuka.
(1) Ceramah pengenalan kepada sumber terbuka
(2) Demo pemasangan Linux dan penggunaan Linux
(3) Kelas asas Linux
(4) Kelas pemasangan Linux untuk "Server"
(5) Usaha menterjemahkan sumber rujukan ke bahasa melayu
(6) Usaha menterjemahkan perisian ke bahasa melayu
(7) Usaha mewujudkan kumpulan sokongan sumber terbuka sama ada melalui laman forum dan kumpulan perbincangan email
Secara Ringkas
(1) Kenali kumpulan dan individu yang terlibat dalam perisian
sumber terbuka. Ia akan memudahkan dalam mengajukan soalan dan
mendapatkan panduan dan nasihat.
Oleh kerana jumlah tenaga pakar yang terlibat dalam sumber terbuka di Malaysia masih kecil, tidak semua soalan dan permintaan dapat dilayan oleh tenaga pakar ini.
Pembacaan dan kajian sendiri perlu dilakukan dan adalah penting pendedahan kepada sumber terbuka perlu disemai daripada awal agar wujud lebih ramai tenaga pakar sebegini.
(2) Lakukan kajian dan pembacaan tentang sumber terbuka. Bahan rujukan dan pembacaan sumber terbuka adalah banyak dan hampir merangkumi semua aspek. Kumpulan gerak kerja sumber terbuka boleh diwujudkan dimana guru-guru dan pelajar sama-sama merangka dan menjalankan projek sumber terbuka.
Seorang guru boleh dihantar untuk kursus sumber terbuka dan kemudiannya disampaikan kepada para pelajar dan mewujudkan kesinambungan pelajaran dan pengajaran.
Jadikan ia sebagai aktiviti tetap kelab komputer.
Malah boleh dijemput mereka yang mahir dalam sumber terbuka untuk memberikan tunjuk ajar dan membimbing jalan mula sumber terbuka.
(3) Cuba dan gunakan perisian sumber terbuka. Jika tiada kemahiran dalam pemasangan, jalankan Linux daripada CD. Anda juga boleh memasang perisian CYGWIN.
(4) Kongsikan pengalaman anda dan pengetahuan anda di Internet. Sumber terbuka Malaysia masih kurang dengan bahan-bahan sumber terbuka bahasa melayu. Sumbangan anda amat dihargai.
Diharapkan panduan ringkas ini dapat membuka mata para guru dan pelajar sekolah untuk mencuba sumber terbuka. Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di
http://groups.yahoo.com/group/haris atau email kepada[email protected]
Penulis boleh dihubungi melalui emailhafnie @ mtusempoi dot org
Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie
26JAN04
Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/
Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan
Himpunan Laman Rujukan
Laman Rasmi Perisian Sumber Terbuka
Laman Linux dan pelbagai sambungan rujukan Linux
http://www.linux.org/
Himpunan Berita Semasa Linux, panduan dan tips
Perisian Pejabat Open Office, panduan dan muat turun
Perisian untuk melayari Internet, email dan membuat laman
Laman senarai distribusi Linux
Laman dokumentasi Linux
Kumpulan Email Yahoogroups Mypenguin99
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99
Kumpulan Perbincangan Komputer Dunia-Digital
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital
Forum Komputer Dan Internet IT Tutor
Laman Linux Malaysia
http://www.geocities.com/linuxmalaysia
Forum Umum MTU Sempoi
Email yang percuma cool dan sempoi
http://emailsempoi.iscool.net/
Senarai Terhad Artikel Sumber Terbuka
http://groups.yahoo.com/group/haris
CYGWIN. Perisian Sumber Terbuka untuk Microsoft Windows
Kelas CYGWIN di
http://www.mtusempoi.org/moodle/course/view.php?id=3
Linux Malaysia
http://linuxmalaysia.tripod.com/
Pelbagai CD-CD Sumber Terbuka
Sudahkan anda menjadi ahli Pertubuhan Pakar ICT Malaysia
---