Linux Dot My
dibina dengan tujuan untuk menghimpunkan semua maklumat yang
melibat Linux dan sumber terbuka (Open
Source) di Malaysia. Pelbagai maklumat tentang Linux dan
sumber terbuka terdapat dipelbagai laman hasil penulisan dan
karya penulis dan penyumbang pelbagai individu dan organisasi
di Malaysia. Linux Dot My cuba menjadi laman penyambung kepada
pencarian Linux dan sumber terbuka (Open Source) di
Malaysia.
Linux Dot My turut menghimpunkan karya hasil pembina laman ini.
Pelbagai tajuk dan topik melibatkan sumber terbuka dan Linux
dihimpunkan disini dan laman utama di LinuxMalaysia http://www.geocities.com/linuxmalaysia
Bagi
Yang Baru
Bagi yang
baru dengan Sumber Terbuka dan Linux.
Sumber Terbuka atau Open Source adalah
satu pergerakan pelbagai individu dan organisasi yang percaya
bahawa kod sumber perisian (source code) tidak sepatutnya
dihalang daripada dikongsi dikalangan umum bagi tujuan keilmuan
dan perkembangan perisian itu sendiri. Kod sumber sepatutnya
bebas (free) untuk dilihat, diambil untuk diubah supaya ia
menjadi lebih baik dan kemudian disebarkan semula, dihormati
hak pembinanya asalnya berdasarkan perlesenan sumber terbuka
yang telah dipersetujui, disebarkan bagi tujuan keilmuan dan
digunakan sepenuhnya oleh masyarakat tanpa sekatan perlesenan.
Maksud sumber terbuka yang lebih jelas boleh dirujuk di
Linux
http://www.linux.org/ atau
GNU/Linux nama penuhnya adalah himpunan
pelbagai perisian dan utiliti sumber terbuka diatas kernel
Linux yang turut dihasilkan oleh pergerakan sumber terbuka. GNU
(GNU Not Unix) daripada http://www.gnu.org/ adalah himpunan
utiliti utama bagi tujuan penggunaan dalam sistem operasi. Yang
paling utama adalah "compiler" C yang
menjadi utiliti utama dalam menghasilkan pelbagai perisian
sumber terbuka.
Mandrake, Suse, RedHat, Fedora dan pelbagai lagi jenis distro
adalah usaha pelbagai individu, kumpulan dan organisasi dalam
menghasilkan satu perisian pemasangan untuk memudahkan
pemasangan Linux. Jangan terkeliru dengan nama distro Linux
yang pelbagai. Semua masih Linux dan wujudnya distro dan
perisian pemasangan adalah untuk menjadikan pemasangan Linux
lebih mudah dan mesra pengguna. Maklumat tentang Distro dan
kepelbagaian boleh dilihat di http://www.distrowatch.com/
.
Diharapkan laman tidak seberapa ini dapat
membantu dalam usaha pencarian maklumat mengenai Linux dan
sumber terbuka di Malaysia. Ini hanya sebahagian daripada usaha
dalam menjadikan Linux dan perisian sumber terbuka yang lain
digunakan pakai di Malaysia sebagai salah satu pilihan utama
dalam keperluan komputer dan ICT di Malaysia. Bagi yang
memerlukan kepakaran Linux dan sumber terbuka penulis boleh
dihubungi melalui email linuxmalaysia @ gmail
dot com atau YM linuxmalaysia
Spinx Technology Sdn
Bhd
Bagi keperluan syarikat dan
badan kerajaan sila hubungi Spinx Technology
Resources Sdn Bhd. http://www.myoss.net/ atau email
harfizi @ myoss.net .