Hibiscus rosa-sinensis adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous.
Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.
Pada akhir 1958, Kementerian Pertanian mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga yang dicadangkan adalah kenanga, bunga raya, melur, teratai, mawar, cempaka dan bunga tanjung.
Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya agar besar tapi tidak berbau.
Pelbagai cultivars, varieties dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.Permukaan batangnya licin dan daun daripada jenis simple dan alternate. Saiz dan bentuk daun berbeza-beza walaupun berada pada tangkai yang sama. Bentuknya mungkin ‘entire’ tetapi biasanya ‘lobed’ atau ‘deeply divided’. Kebanyakan daun Hibiscus berwarna hijau tua.
Struktur bunga terdiri daripada lima petal mengelilingi kolum stamina di tengah-tengah. Ovarinya mengandungi lima karpel dan banyak stamen bersambung untuk membentuk kolum stamina melalui tengah style single.
Bunga juga terjadi dalam pelbagai kaedah iaitu tunggal (definite form) iaitu lima petal manakala yang lain multiple iaitu ‘double form’. Ada satu lagi kaedah iaitu ‘semi-double form’. Bunga berkembang waktu pagi dan mula layu menjelang petang. Ia berbunga sepanjang tahun.
TEKNIK MENANAM DAN MENJAGA:
TANAH DAN IKLIM
- Pokok bunga raya memerlukan tanah berpasir yang subur dan kaya dengan humus dan sinaran matahari yang mencukupi. Ia tidak tahan pada tanah yang bertakung air atau mempunyai saliran yang buruk dan pH yang terbaik untuk pertumbuhan pokok adalah antara 5.5 – 6.5. Campuran medium yang disyorkan adalah 3:2:1 (tanah gembur:baja kandang:pasir sungai)
PEMBIAKAN
- Bunga raya dibiak secara vegetatif melalui keratan batang, cantuman mata tunas, tut dan teknik tisu kultur. Kebiasaannya pembiakan adalah melalui keratan batang dan cantuman mata tunas. Lazimnya, jarak penanaman bergantung kepada tujuan landskap dan saiz kanopi yang di kehendaki. Sekiranya pokok adalah untuk tujuan sebagai pagaran, jarak tanaman adalah 0.5 – 1.0 meter di antara pokok. Manakala untuk landskap berkumpulan, jarak dua hingga tiga meter antara tanaman adalah disyor.
PEMBAJAAN
- Baja organik (tahi ayam atau tahi lembu) perlu digaul ke dalam tanah semasa penanaman. Penggunaan baja bukan organik NPK 15:15:15 dan 12:12:12 diberi semasa tempoh pembesaran.
CAHAYA MATAHARI
- Iia sesuai di dedahkan kepada banyak cahaya matahari bagi menggalakkan pertumbuhan daun dan bunga yang lebat.
AIR
- Pada hari panas, siram air dua kali sehari iaitu pagi dan petang, tetepai pada musiam hujan, siram hanya jika perlu.
IDEA PAMERAN
Ia cantik di pamerkan dengan cara berikut:
- di tanam dalam pasu yang cantik dapat menyerlah kan lagi paemran bunga nya yang banyak. di syorkan anda menanam beberapa pokok bunga untuk mendapatkan pameran bunganya yang cantik apabila berbunga kelak.
- ia sesuai di tanam di tanah sebagai pokok rumpun, tapi perlu di pangkas selalu bagi membentuk rumpun yang dikehendaki
- ia juga boleh dijadikan pokok pagaran dan perlu dipangkas kemas sentiasa. biasanya pokok pagaran sukar mengeluarkan bunga kerana di pangkas selalu bagi mengekalkan bentuknya. spesies yang biasa digunakan ialah jenis daun yang berwarna hijau keputihan atau yang berwarna merah berceloreng.
TIPS:
- pangkas ranting atau batang bagi mengekalkan kerimbunan pokok
- potong bunga yang layu agar sentiasa kemas
- air perhan dari daun bunga raya boleh digunakan untuk membasuh rambut supaya kelihatan hitam dan melebatkannya. air perahan itu juga boleh mengubat demam panas kerana sifatnya yang sejuk.
|