KEMASKINI : 17AUG2003:22:30:53
dikemaskini setiap isnin dan jumaat
 
Anda di Liga Alumni/Berita/Karnival Liga-A 2003/17AUG2003
BERITA KARNIVAL LIGA-A 2003
Mopak muncul juara Karnival Liga-A kali pertama
Ola-s lesu dengan kepantasan pemain-pemain Mopak yang dibarisi bekas pelajar ACS Klang setelah dibelasah 4-0 dalam pertemuan akhir Karnival Liga-A 2003.

Dengan keputusan ini, Mopak menjadi pasukan kelapan layak secara automatik ke Kejohanan Pasca 2003 yang akan dimulakan pada 06-07Sep ini.

  • Lapan pasukan telah layak secara automatik

    Mopak membuka langkah dengan bergaya setelah mendahului 1-0 pada minit kedua perlawanan dimulakan.

    Gol kedua diperolehi oleh pasukan Mopak setelah berlaku perebutan dihadapan pintu gol Ola-s menyaksikan sepakan deras pemain Mopak tidak terjangkau oleh penjaga gol Ola-s.

    Perlawanan yang lebih banyak dikuasai oleh pemain-pemain Mopak menyaksikan kesilapan barisan pertahan Ola-s digunakan sebaik mungkin untuk pemain Mopak sekali lagi menjaringkan gol ketiga.

    Perlawanan separuh masa pertama berkesudahan Mopak 3-0 Ola-s.

    Dalam separuh masa kedua, pasukan Ola-s membuat beberapa pertukaran namun masih tidak mampu mengatasi kepantasan pemain-pemain Mopak yang lebih bersemangat.

    Pasukan Mopak juga menggunakan kesemua pemain simpanan yang ada, dan gol keempat disumbat oleh salah seorang pemain simpanan tersebut.

    Kemenangan ini menjadikan pasukan Mopak muncul pasukan pertama menjuarai kejohanan Karnival Liga-A untuk julong kali dianjurkan.

  • Klik KEJUARAAN/KARNIVAL LIGA-A untuk jadual dan keputusan serta kedudukan pasukan.

  • � 2002 oleh Rizal Hashim. Email : [email protected].
    Hosted by www.Geocities.ws

    1