KEMASKINI : 04AUG2003:14:30:53
dikemaskini setiap isnin dan jumaat
 
Anda di Liga Alumni/Berita/Karnival Liga-A 2003/04AUG2003
BERITA KARNIVAL LIGA-A 2003
Mopak menang bergaya, Ola-s harus berterima kasih kepada Ansara Terendak
Ansara Terendak yang diangap pasukan pilihan untuk melangkah ke pusingan Akhir kempunan, sementara Mopak dari Klang menang bergaya menewaskan Ansara Serting dalam perlawanan separuh akhir Karnival Liga-A yang berlangsung di Stadium Mini, Shah Alam.

Pasukan Mopak yang diwakili oleh pemain-pemain bekas pelajar ACS Klang bermula garang dengan asakan bertubi-tubi ke pintu gol Ansara Serting.

Tidak menunggu lama, pemain Mopak berjaya memecah kebuntuan dengan rembatan deras kearah pintu gol Ansara Serting untuk mendahului 1-0.

Berbekalkan kelebihan 1 gol, Mopak membuat rombakan dengan merehatkan beberapa pemain utama pada separuh masa kedua. Sekali lagi kepantasan pemain gantian tidak dapat ditangkis oleh pertahanan Ansara Serting menyaksikan gol kedua diperolehi hasil hantaran lintang dan disempurnakan dengan baik untuk Mopak menang 2-0 keatas Ansara Serting.

Sebelum itu, perlawanan pertama terpaksa ditangguhkan hampir 30 minit gara-gara pasukan Ola-s memakai jersi yang tidak bernombor dan meyalahi peraturan yang dipersetujui oleh pihak penganjur dan lembaga pengadil kejohanan.

Pujian harus diberikan kepada pasukan Ansara Terendak kerana meminjamkan jersi simpanan kepada pasukan Ola-s untuk meneruskan perlawanan atas dasar semangat kesukanan yang tulen.

Namun diatas padang, tiada belas kasihan ditunjukan oleh pemain Ola-s dan pasukan Ansara Terendak yang mendahului 2-1 terpaksa akur bahawa didalam perlawanan bolasepak, jangakamasa 1 minit boleh membawa padah apabila pasukan Ola-s menyamakan kedudukan 2-2.

Perlawanan terpaksa ditentukan oleh sepakan penalti untuk Ola-s menang 4-3 serta melangkah ke perlawanan akhir pada 17AUG2003 ini.

� 2002 oleh Rizal Hashim. Email : [email protected].
Hosted by www.Geocities.ws

1