KEMASKINI : 23JUL2003:11:30:53
dikemaskini setiap isnin dan jumaat
 
Anda di Liga Alumni/Berita/Karnival Liga-A 2003/23JUL2003
BERITA KARNIVAL LIGA-A 2003
Enam pasukan bertanding dalam Karnival Liga-A 2003
Sebanyak enam pasukan telah mengesahkan tempat untuk bertanding dalam Karnival Liga-A 2003 yang akan berlangsung pada 27JUL2003 Ahad ini di Padang RRI Sg Buloh.

Empat dari enam pasukan yang mengambil bahagian terdiri dari Ansara Serting - MRSM Serting, Ansara Terendak - MRSM Terendak,Ismailian KB - Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan Mopak - SM Methodist (ACS) Klang (Xangchik) yang telah bertanding dalam Piala Ansara 2003.

Sementara dua lagi pasukan ialah Ola-S - SM La Salle Sentul dan Shah FC - SM Sultan Ahmad Shah Pekan.

Perlawanan pertama akan dimulakan pada 0830 pagi diantara pasukan Mopak bertemu Ismailian KB.

  • Klik KEJUARAAN/KARNIVAL LIGA-A untuk jadual dan keputusan serta kedudukan pasukan.

    Perlawanan dijalankan 20 minit untuk separuh masa dalam Pusingan Pertama.

  • Perlawanan yang terikat akan ditentukan melalui sepakan penalti sebanyak 3 kali dan jika tiada keputusan, diteruskan dengan penentuan secara 'sudden death'.

    Pasukan yang menang mutlak akan memungut 3 mata, manakala pasukan yang menang melalui sepakan penalti mengutip 2 mata, serta pasukan yang kalah sepakan penalti mendapat 1 mata. Kalah mutlak 0 mata.

    Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang akan dijalankan pada 03/10Ogos2003 dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 17Ogos2003 Ahad.

    Juara Karnival layak mengisi tempat ke-9 iaitu kelayakan automatik dalam Kejuaraan Piala Liga atau PASCA musim 2003.

    � 2002 oleh Rizal Hashim. Email : [email protected].
    Hosted by www.Geocities.ws

    1