23JUN:13:01
Empat pasukan Ansara mara ke suku-akhir.
Empat pasukan Ansara melangkah ke Suku Akhir Piala Ansara 2003 setelah tamat tujuh perlawanan Pusingan Dua
pada 21 dan 22hb Jun 2003.
Pasukan Bahagian Dua Ansara PDRM Kulim bertindak cemerlang dengan sekali lagi menewaskan pasukan dari Bahagian
Satu Ansara Kuala Terengganu dengan kemenangan 3-1 di Shah Alam pada 22hb Jun. Sebelum ini Ansara PDRM Kulim
mengenepikan cabaran Ansara Kuala Berang melalui sepakan penalti di dalam pusingan pertama.
Tiga lagi pasukan Ansara yang berjaya ke peringkat Suku Akhir adalah Ansara Kuantan yang menewaskan Ansara Taiping
1-0, Ansara Serting yang memperolehi kemenangan 3-0 ke atas SHOBA dan Ansara Jasin yang
menang melalui sepakan penalti ke atas OPA. Satu lagi wakil Ansara Muar tewas 2-0 kepada VIOBA di padang RRI A pada
21hb Jun.
Sementara itu, Juara Liga-A 2002 SDARA turut melangkah ke peringkat suku akhir dengan kemenangan 1-0 ke atas XSTK
di Padang YPM Bangi 21 Jun lalu. SJAA menjadi pasukan ke tujuh menempah tiket suku akhir
dengan kemenangan 2-1 ke atas XSAAS.
Tempat ke lapan suku akhir menjadi rebutan antara juara bertahan Staroba Orange dan XSMSD.
Perlawanan tumpuan Pusingan Dua ini yang juga merupakan permulaan bagi larian piala tahun ini di pinda ke Ahad
29hb Jun jam 5.00 petang di Stadium Sirim Shah Alam.
XSMSD yang di barisi oleh bekas pelajar-pelajar SM Sains Dungun akan mencabar bekas pelajar-pelajar Sekolah Tuanku
Abdul Rahman Ipoh bagi merampas dan mendapat hak mengiringi
Piala Ansara ke Perlawanan Akhir yang dijadualkan pada 24hb Ogos nanti.
Perlawanan-perlawanan suku-akhir akan berlangsung pada 19 dan 20hb Julai.