Khas Buat Wanita
10 Sifat Wanita Yang Disukai Lelaki ...
1. Sifat Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil
berat dan
penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika
sedang stress,
cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak
tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di
mata lelaki.
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat
keanak-anakkan yg melampau
dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya,
kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan
lelaki lebih
berghairah.
3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin
dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan
sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus
mengeluarkan
kataČ yg kasar atau menuduh bukanČ sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg
suka diperlakukan
dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan dari
wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan
cantik, bersih,
kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai
dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti
hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan
dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga
menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan
tubuh badan walau
sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan
ramping walau dah
punya anak 3??
6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walau topik perbualan
yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat
mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yg baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius
kepada perbualan
yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh
menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata
lelaki. Wanita tersebut
tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.
Apabila berhadapan
dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.
Dia mudah diajak
ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan
mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan
tahu apa yg baik
dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa
yg dia inginkan
dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan
dirinya dan tidak
akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
9. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah,
sayangkan kanak-kanak
dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia.
Ada kecantikan
dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
10. Solehah
Lelaki juga suka pada wanita yg solehah (islamic) dan ini juga adalah salah satu
dari tuntutanČ
syarak.
All rights reserved DaruL-By Lemang