----------------------------------------[ Renungan ]----------------------------------------

Urgent!!!

Assalamualaikum Warahmatullah...

*Maklumat ini adalah pemberitahuan daripada seorang
muslimin yang prihatin (Mohamad Hazari) dalam Bahasa Inggeris tetapi
telah di Bahasa Melayukan.Apabila saudara-saudari hendak membeli
Al-Quran
terutamanya yang dalam edisi baru, maka berhati-hatilah kerana
terdapat
4
surah yang palsu hasil ciptaan kafir laknatullah.....surah-surah
tersebut adalah :

a) Al-Iman
b) Al-Wasaya
c) At-Tajassud
d) Al-Muslimoon

Sekiranya anda kurang pasti....layari website
http://dialspace.dial.pipex.com/town/park/geq96/original di dalam
website
ini terdapat surah tersebut dan maksudnya sekali.....Selain itu,
jangan
sekali-kali anda layari www.thequran.com kerana segala isinya adalah
palsu....Dengan ini.....saya berharap anda sekalian dapat forwardkan
mesej
ini kepada seramai mungkin umat Islam....Sesungguhnya, pahalalah
yang
akan
anda terima.

Sekian, WaSSaLaM....

HATI2, SETAN KE SEPULUH ADA DEKAT & NYATA DENGAN ANDA......

9 JENIS ANAK SYAITAN + 1

Assalamualaikum wbt,

Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan rakan anda
sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar
ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar
sedar
hasutan mereka .Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat
yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat ,
Insya'Allah .
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja
lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan
hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri
orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko,
kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan
muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam
dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari
kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam
ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku
keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
api/matahari.
10. Isetan. ( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.
terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....
Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan ;
shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

TIKA & KETIKA

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang
seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih
terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu
bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan
tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah
sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur... Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi
ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi
untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan
namamu.

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau
berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

Dan...jika kau sangat diberkati dengan artikel ini, sampaikanlah kepada
teman temanmu yang lain.


Wassallam

Harimau, tali, buaya, tikus dan madu

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi
hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba
dia terdengar
satu bunyi... jeng!jeng!jeng!...
bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi
harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya
saja. Jadi, si
hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba
Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa
agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di
depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun
terjunlah ke
dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni
bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di
tengah-tengah
perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si
hamba Allah ni
pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri,
sambil berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok
berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah
perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah
nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas
ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba
keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke
atas ikut tali yg
hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu
gigit tali tu
pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni.
Pas tu, keluar
lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut
tali tadi, cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga
tali tu.

Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....
habislah jadi mangsa
buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau.
Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam
mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan
dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu...
bunyi lebah bawa
madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit,
melihat lebah yg
sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam
mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa
manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada
harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di
bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita
semua. Harimau
yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa
mengejar kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat
Munkar Dan
Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg
tempat si hamba
bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek
talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur
kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan
juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali
tu. Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi
adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam
mulutnya,dia
lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila
dapat nikmat sikit
lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah...

KITA DAN IBU

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan
mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih
kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia dua tahun, ibu mengajar kita bermain,
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa
terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita tiga tahun, ibu menyediakan
makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan
terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia empat tahun, ibu membelikan sekotak
pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan
menconteng dinding.

Berusia lima tahun, ibu membelikan sepasang pakaian
baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek
dalam lopak kotor.

Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita
ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit:
“ Tak nak! Tak nak!”

Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola.
Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan
cermin tingkap jiran.

Menjelang usia lapan tahun, ibu belikan aiskrim, kita
ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke
sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan
ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk
menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima
kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa menonton wayang,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di
barisan berlainana bersama kawan-kawan.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja
sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu
alpa untuk mudah menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang
menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya
dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai
zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut
untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita
ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis
sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan
rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih
dengan mengunci pintu bilik.

Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar
tembok.

Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu
panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang
malam.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila
mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita
ucapakan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria
bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar
yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret
beg besar ke bilik asrama, kita hanya ucapkan selamat
jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan
kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman
istimewa, kita kata, “… itu bukan urusan ibu.”

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan
pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “Saya tak mahu
jadi seperti ibu.”

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot
untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan
pada kawan-kawan… “Perabot pilihan ibu aku tak cantik,
tak berkenan akuuuu!”

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal
menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa
depan, kita menjeling dan merungut, “Ibuuuu,
toooolonglahhh…”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung
perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan
memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah
jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan
petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah
berkata, “… itu dulu, sekarang zaman moden.”

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan
mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,
“ Kami sibuk, tak ada masa nak datang.”

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta
kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan
kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada
anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu
meninggal! Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan
air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu
menerpa satu persatu.

*p/s - Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah
meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. Sayangilah
ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.

----------------------------------------[ Renungan ]----------------------------------------

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah


Assalamualaikum
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam
solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu
perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama
syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-
hati. Nama syaitan;
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya
bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah
yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin
kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita
menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah. wassalam.

Azan

Walaupun amalan yang dilakukan adalah kecil dan bukan
juga dia dari kalangan
orang yang warak , tetap mendapat perlindungan dari
Allah. Yang penting
ialah kita perlu istiqamah dalam membuat amalan
biarpun sedikit.


Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita
bangsawan yang kaya,hobinya
suka mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri
serta beberapa orang
penyanyi yang jadi penghiburnya. Apa yang menjadi
kelebihannya ialah apabila
terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintah
penyanyi dan
permuziknya itu berhenti untuk seketika bagi
menghormati azan.Setelah
selesai dan menjawap azan barulah disambung
semula,hanya itulah amalan yang
sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang
yang soleh telah
bermimpi bertemu dengnnya,tanya mereka, "Ibadah apakah
yang menyebabkan
Allah mengampunkan dosamu,adakah kerana kamu telah
menggali sebuah kolam air
antara Makkah dan Madinah?" Jawap Zubaidah, Allah
mengampunkan dosaku dengan
banyak mengucapkan syukur.Sebenarnya aku tidak banyak
beribadah kecuali satu
semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan
sedangkan waktu itu
aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan
serta merta aku
menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati
seruan azan. Itulah
ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai
balasan ,Allah
berfirman,"Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak
kerana iman yang ada di
dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan
leka"


Kalau pun kita tak sembahyang atau tidak alim, tapi
sekurang-kurangnya
hormatilah Allah. Barang dijauhkan tidak ada sesiapa
diantara kita yg mahu
mayatnya menjadi khinzir kelak. Marilah kita sama2
malu.....sudahlah
perintah Allah selalu dipermain-mainkan, tapi mahu
menunjukkan lagi biadap
dgn bercakap2, bersembang, menyanyi dan paling
menyedihkan sekali melakukan
maksiat pada waktu azan sedang berkumandang.

Keluasan NERAKA

Betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka
ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut
dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai
kebawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas
dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang
yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin
bernama Jahim,pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke
empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu
kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara
bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya:
Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan
masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian
nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab
Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat
menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk."
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..

Syaitan pun takut....

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah
bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali
persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan
shalat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang pantas
menjadi sahabatku..!" Begitu juga ketika waktu dzuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, setan
tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga
asik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam......
Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat
juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi
kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat
Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi,
dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh
ketakutan, "Wahai sobat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah
baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut !", jawab setan dengan suara gemetar.
" Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya,
iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi
engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk
bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah
kepadamu !", kata setan sambil ngeloyor pergi.
" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Iinfo Wanita

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita
mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti
tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu
bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih
pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang
ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan

ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh

iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas

iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang
bersifat
tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela
berkorban
demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka
bercakap
meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan
tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa
menjaga
kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga.
Air juga sifatnya
mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air
mempunyai
ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak
membiarkan
anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga
menghangatkan
kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam
menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar
kelihatan
cantik dan menarik dihadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan
angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak
suka
menyusahkan suami.
Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa
dipenuhi
kegembiraan dan ketenangan.


                                     All rights reserved DaruL-By Lemang ©

1
1
Hosted by www.Geocities.ws

1