PENGAKABELAN
Home
Welcome!
back <<<
Tujuan website ini adalah untuk menerangkan tentang rangkaian dan cara penggunaannya
KABEL FIBER OPTIK
Pengkabelan Fiber  Optik mengandungi satu teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di  tengah-tengah. Ia dikelilingi oleh beberapa lapisan bahan pelindung. Ia  menghantar cahaya dan bukannya isyarat elektronik dan mengurangkan masalah  gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik. Ini menjadikan ia amat ideal bagi  persekitaran yang terdedah kepada gelombang frekuensi yang tinggi. Ia turut  merupakan bahan yang paling bermutu bagi menyambungkan rangkaian antara bangunan  terutama kelebihannya yang lali tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh suhu  kelembapan dan cahaya.

Kabel fiber optik berkuasa menghantar isyarat di  dalam lingkungan kawasan yang lebih besar berbanding kabel koaksial dan pasangan  berpintal. Ia turut mempunyai keupayaan membawa informasi pada kepantasan yang  tinggi. Kapasiti sebegini telah memperluaskan keupayaan berkomunikasi  termasuklah perkhidmatan berinteraktif dan perundingan bervideo (video  conferencing). Kos perkabelan fiber optik adalah jauh berbanding perkabelan  tembaga namun begitu&nbsp;ia adalah sukar untuk dimasukkan (install) dan  diubahsuai. 10BaseF merujuk kepada spesifikasi untuk kabel fiber optik membawea  isyarat Ethernet.

Fakta mengenai kabel fiber optik:

1-  Jaket luar pelindung diperbuat daripada Teflon atau PVC.
2- Fiber Kevlar  membantu memperkuatkan kabel dan menghalangnya dari -    patah.
3- Satu lapisan  plastik bertindak sebagai pelapik kepada fiber di tengah.
4- Wayar yang di  tengah-tengah diperbuat daripada fiber plastik atau kaca.

PENYAMBUNG  FIBER OPTIK

Penyambung yang lazim digunakan dengan kabel fiber optik  ialah penyambung ST. Ia berbentuk barel dan hampir sama dengan penyambung BNC.  Satu lagi penyambung yang baru diperkenalkan ialah SC dan kini menjadi kian  popular. Ia bermuka segiempat sama dan lebih mudah disambungkan di tempat yang  terhad.
Hosted by www.Geocities.ws

1