PENGAKABELAN
Home
Welcome!
back <<<
Tujuan website ini adalah untuk menerangkan tentang rangkaian dan cara penggunaannya
KABEL KOAKSIAL  (COAXIAL)

Kabel koaksial ini mempunyai satu wayar tembaga  yang bertindak sebagai media pengalir elektrik&nbsp;yang terletak di  tengah-tengah. Satu lapisan plastik bertindak sebagai pemisah kepada wayar  tembaga yang berada di tengah-tengah itu dengan satu lapik pintalan besi.  Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan dari  cahaya florensen, komputer dan sebagainya.

Walaupun pengkabelan koaksial  agak sukar untuk dimasukkan, namun ia amat peka pada kehadiran isyarat. Selain  daripada itu, ia boleh menampung pengkabelan yang lebih panjang di antara  rangkaian dengan peranti-peranti lain berbanding kabel lapik pasangan  berpintal.

Kabel koaksial yang nipis juga dikenali sebagai  thinnet.10Base2 merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis yang  membawa isyarat Ethernet. Angka 2 merujuk kepada&nbsp;panjang bagi segmen  maksima iaitu 200 meter. Kabel koaksial yang nipis ini adalah popular di dalam  rangkaian yang terdapat di sekolah-sekolah.

Kabel koaksial yang tebal  turut juga dikenali sebagai thicknet. 10Base5 merujuk kepada spesifikasi bagi  keupayaan koaksial tebalmembawa isyarat Ethernet.

Angka 5 mewakili segmen  maksima iaitu 500 meter. Kabel koaksial ini mempunyai penutup (cover) plastik  yang berupaya menghalang kelembapan dari bahan konduktor yang berada di  tengah-tengah. Ini menjadikan ia mampu menampung gelombang yang lebih besar  terutama pada topologi linear bas. Namun begitu, kekurangan kabel ini ialah ia  amat sukar untuk dibengkokkan dan ini turut menyukarkan proses kemasukan  (install).


PENYAMBUNG KABEL KOAKSIAL


Penyambung yang paling  sesuai digunakan dengan kabel koaksial ialah Bayone-Neil-Councelman (BNC).  Adapter yang berlainan disediakan untuk penyambung BNC dan ini termasuklah  T-connector, barrel connector dan pemula dan pemutus litar (terminator).  Penyambung bagi kabel merupakan takat paling lemah bagi sesuatu rangkaian. Bagi  mengelakkan masalah dengan sesuatu rangkaian, eloklah menggunakan BNC yang mudah  dikacipkan dan bukan diskrukan kepada kabel.

Hosted by www.Geocities.ws

1