PENGAKABELAN
Home
Welcome!
back <<<
Tujuan website ini adalah untuk menerangkan tentang rangkaian dan cara penggunaannya
KABEL TIDAK BERLAPIK  PASANGAN BERPINTAL (UTP)

Kabel Pasangan Berpintal (Twisted  Pair) hadir di dalam dua bentuk iaitu berlapik (shielded)  dan tidak berlapik(unshielded). Kabel tidak berlapik> pasangan berpintal (unshielded twisted pair- UTP) merupakan jenis kabel yang  paling popular dan pilihan utama kepada rangkaian-rangkaian yang dijalankan di  sekolah-sekolah.

Kualiti UTP adalah berbeza dari wayar talian telefon  hinggalah ke kabel yang mempunyai kepantasan tinggi. Kabel UTP mempunyai empat  pasang wayar di dalamnya dan setiap pasang berpintal dengan jumlah pintalan yang  berlainan bagi setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan  wayar yang hampir atau dari peranti bereletrik yang lain. EIA/TIA(Electronic  Industry Association/Telecommunication Industry Association) telah mengiktiraf  mutu dan standard UTP dan memberikan lima kategori utama. Kategori bagi kabel  tidak berlapik pasangan berpintal


JENIS KEGUNAAN


Kategori 1>Suara sahaja (talian telefon)
Kategori 2>Data ke 4 Mbps (Local  Talk)
Kategori 3>Data ke 10 Mbps (Ethernet)
Kategori 4>Data ke  20 Mbps (16 Mbps Gelang Token)
Kategori 5>Data ke 100 Mbps (Ethernet  Pantas)

Perbezaan di antara kategori-kategori di atas ialah dari segi  pintalan yang ketat bagi setiap pasangan wayar. Pintalan yang ketat berfungsi  menyokong kadar penghantaran yang lebih bermutu walaupun melibatkan kos yang  lebih tinggi.


PENYAMBUNG KABEL TIDAK BERLAPIK, PASANGAN BERPINTAL(UNSHIELDED TWISTED PAIR CONNECTOR)


Penyambung yang paling sesuai  bagi pengkabelan tidak berlapik pasangan berpintal ialah&nbsp;RJ-45 connector.  Ia merupakan penyambung yang dibuat daripada plastik dan kelihatan seperti  penyambung bagi talian telefon. Satu slot dibentuk bagi membenarkan  penyambungkan dari hanya satu hala (sisi) sahaja. RJ bermakna Registered Jack  yang mana idea asal tersebut turut diambil dari penyambungan talian telefon. 
Hosted by www.Geocities.ws

1