Bila Malaikat Mencabut Nyawa Baginda
Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke
dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah
itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut
hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi
satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung
Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail
A.S." Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi nya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya. Dari
sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu
dicabut nawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu
mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T. "Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa
yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."Sebaik saja malaikat
maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan
orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan
ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak
yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila
gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat
maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir
sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:"Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah. "Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. "Sebaik
saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu
dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma
Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut
dari arah mulut dengan tenang. Abu
Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1.
Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2.
Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3.
Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4.
Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan
tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6.Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh orang-orang kafir akan berada
dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah
bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar
dari kuburnya:- i.
Orang-orang yang mati syahid. ii.
Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. iii.
Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian
untuk ingatan kita bersama. Wassallam. Kalau
rajin.Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati. Catatan
: Orang
yang pandai adalah orang yang mempersiapkan hidupnya untuk mati (dzikrul maut) |