ULTIMATE MALAYSIAN COLLECTIONS

MAIN MENU


Who is A-z-L-a-N ?


MIDI COLLECTIONS


ORDER MIDI


WHAT IS MIDI.?


OTHER MIDI LINK


Arbanji MIDI

Harum MIDI

Amri2020


all their stuff is free!

You have a keyboard? Listen the midi file with it. Just click to the midi cable picture to order.

 

What is MIDI?
background music: En. Ronald More ( Pretty Ugly ) - by A-z-L-a-N

MIDI (short for Musical Instrument Digital Interface) is a music industry standard communications protocol that lets MIDI instruments and sequencers (or computers running sequencer software) talk to each other to play and record music. More and more of the music you hear every day is written with and played by MIDI sequencers. MIDI is:
Compact - Hours of music can fit on a single 3 1/2" floppy disk
Efficient - Just about any computer can handle it
Powerful - A whole orchestra is at your command
Intuitive - a MIDI file is just an electronic version of a player piano roll for many instruments

How to create a MIDI recording - MALAY VERSION  ( from: ARBANJI )

Membuat rakaman MIDI.

Sebelum anda melihat lebih jauh berkenaan rakaman MIDI, adalah lebih elok anda meninjau terlebih dahulu beberapa homepage yang memberi penerangan secara terperinci berkenaan MIDI. Salah satu daripadanya ialah MIDI Home Page

Dari tinjauan dan renungan melalui 'MIDI Home Page' tersebut, anda akan dapat memahami beberapa perkara yang memang diperlukan dalam rakaman MIDI. Ini termasuklah: MIDI sequencer, Alat muzik MIDI (Gitar, Keyboard, Drum Pad, Alat tiupan), Sound Module (lihat contoh) dan penjana bunyi (tone generator). Begitu juga dengan GM (General MIDI) dan Roland's GS mode.

Peralatan muzik MIDI adalah peralatan muzik yang boleh mengeluarkan isyarat MIDI, dan isyarat itu akan keluarkan ke Sound module dan penjana bunyi yang ada pada alat muzik tersebut atau disalurkan melalui sambungan kabel MIDI ke sound module dan penjana bunyi luaran (external)

Keyboard MIDI.

Kebanyakan keyboard keluaran sekarang telah disediakan dengan MIDI. Dan dapat disambungkan kepada peralatan MIDI luaran dengan menggunakan kabel MIDI melalui MIDI connectors (IN, THRU & OUT) untuk menerima atau mengeluarkan (transmit) MIDI messages.

Sesetengah keyboard telah disediakan Internal MIDI sequencer. Semua keyboard mempunyai penjana bunyi tetapi ada yang keupayaannya agak terhad, untuk mendapat bunyi yang lebih beragam dan lain dari yang sedia ada dalam keyboard, penjana bunyi luaran digunakan dengan sambungan kabel MIDI.

Begitu juga dengan Sound Module, bagi keyboard yang tidak disediakan ruangan untuk tambahan (expand) kad simpanan bunyi, terpaksa menggunakan sound module dengan sambungan kabel MIDI untuk mendapat bunyi-bunyi yang ada pada sound module.

Sekarang banyak terdapat keyboard yang boleh ditambahkan lagi bilangan bunyinya melalui Voice Expansion Board yang disediakan secara pilihan eksesori. Tetapi untuk mendapat bunyi dalam standard GM, sound module atau expansion tidak diperlukan kerana hampir kesemua keyboard sekarang (keluaran 90an) telah tersedia dengan GM mode (128 bunyi) (klik untuk keterangan lanjut) kecuali untuk mendapat kualiti sound yang lebih baik dari yang ada pada keyboard.

Kad bunyi pada komputer.
Hampir semua kad bunyi pada komputer berupaya menerima isyarat MIDI atau secara ringkas dapat memainkan fail MIDI dalam standard GM. Cuma bezanya ialah kualiti bunyi yang dikeluarkan adalah berbeza mengikut spesifikasi kad bunyi tersebut. Sekarang, sudah ada kad bunyi yang berkeupayaan sehingga ketahap 128 suara. Umumnya kebanyakan PC menggunakan kad bunyi tahap 16 dan 32 suara. Mutu bunyi 64 suara sudah cukup untuk mendapatkan bunyi yang enak, dan banyak lagu popular yang enak didengar melalui CD dirakamkan dari penjana bunyi 64 suara.

Perbezaan mutu bunyi MIDI dan wave untuk kad bunyi yang sama adalah berbeza sekali bagi kad bunyi tahap rendah (16 suara). Anda mungkin mendengar CD melalui pemacu CD dan mendapati kualiti bunyi agak memuaskan berbanding dengan lagu-lagu yang dimainkan dari fail MIDI. Anda menghadapi masalah ini kerana sokongan kad bunyi anda mungkin tahap 16 suara sahaja. Anda tidak perlu menukarkan kepada kad bunyi yang lebih baik, kerana sekarang terdapat software yang berupaya menerima isyarat MIDI dan di ubah kepada isyarat wave dan dimainkan semula dengan kualiti yang sangat baik sekali (lihat WinGroove)

MIDI Sequencer.
Kebanyakan MIDI sequencer mempunyai 16 track dan ianya digunakan untuk merakam isyarat MIDI dan memainkan semula.

Untuk PC, sekarang banyak software MIDI sequencer boleh didapati dengan mudah samada dibeli atau download dari internet.. Di antaranya ialah:
Studio 4/LE dari Midisoft
Cakewalk
Sparc10
Voyetra
Terdapat MIDI sequencer tunggal di mana ianya perlu disambung dengan peralatan MIDI yang lain untuk menggunakannya. Sementara dalam peralatan muzik MIDI, hanya jenis keyboard saja yang ada disediakan dengan Internal MIDI sequencer.

Peralatan Utama dan Kombinasi Peralatan.

Jadi, hanya beberapa peralatan utama yang diperlukan untuk anda membuat rakaman MIDI secara mudah. Lihat contoh-contoh kombinasi berikut, anda boleh gunakan salah satu kombinasi di atas dalam proses pembikinan lagu-lagu MIDI.

1. Keyboard MIDI yang disediakan Internal MIDI Sequencer. (Tanpa kombinasi) - dicadangkan
1. Keyboard + Komputer (Menggunakan sofware MIDI Sequencer)
1. Keyboard + External MIDI Sequencer.
4. Keyboard + External MIDI Sequencer + Komputer
5. Keyboard + External MIDI Sequencer + Komputer + Sound Module

Sebenarnya banyak corak kombinasi boleh dibuat mengikut peralatan yang digunakan. Perlulah diingat bahawa sambungan kabel MIDI pada MIDI OUT / MIDI IN / MIDI THRU connector mestilah tepat bagi setiap peralatan.

Rakaman / Memprogram MIDI / (Cara ringkas/mudah)

Tidak kira bagaimana corak kombinasi dan peralatan yang digunakan, proses memprogram/rakaman agak sama kecuali yang membezakannya adalah ciri-ciri tambahan yang ada pada sesuatu peralatan, kedudukan dan kombinasi button peralatan tersebut.

Selalunya button pada peralatan MIDI dihadkan untuk menjimatkan ruang permukaan peralatan. Jadi, untuk mempelbagaikan fungsi button, kombinasi 2 atau 3 button diujudkan.

Setiap penerangan yang akan diberikan nanti adalah penerangan umum dan tidak mewakili sesuatu peralatan tertentu, ianya boleh dijadikan panduan dan anda bolehlah menyemak buku manual peralatan yang anda gunakan untuk mendapat lebih kefahaman.

Kefahaman dan kebolehan dalam muzik.

Untuk merakamkan lagu MIDI, anda perlu mainkan lagu tersebut dengan alat muzik MIDI (alat muzik yang di cadangkan: keyboard) Jadi, anda haruslah memiliki pemahaman dan kebolehan berikut:

1. Boleh bermain perlatan muzik - terutamanya keyboard.
2. Mengetahui, memahami dan berkebolehan mengatur corak permainan untuk setiap peralatan muzik bagi sesebuah lagu.
3. Memahami kaedah asas teori muzik, seperti pemahaman terhadap bar dan measure, quantize, action dan sebagainya.

Dalam proses anda memprogramkan muzik samada format MIDI, SVQ atau sebagainya, anda akan bertindak sebagai programmer dan pemuzik. Jadi, sebagai pemuzik, anda hanya perlu kefahaman dan kebolehan seperti di atas, bukan kemahiran. Kerana setiap kesilapan dapat diperbetulkan. (Jika anda mahir dalam bermain muzik, adalah satu bonus kerana kerja pembetulan dapat dikurangkan dan menjimatkan masa).

MEASURE


Jika anda mainkan lagu MIDI melalui sequencer, anda akan dapat melihat pada paparan menunjukkan pergerakan perubahan measure dari satu number ke satu number. Setiap ruang/number measure mewakili satu bar pada nota muzik.

Perhatian:
Untuk rakaman dalam setting GM mode, anda mestilah sediakan 1-measure kosong di awal lagu dan rakamkan data (jenis dan kawalan bunyi) pada measure berkenaan. Jika anda rakamkan data tanpa menyediakan 1-measure kosong, ianya akan memberi kesan gangguan dan merosakkan timing data muzik nanti.

TRACK.


Kebanyakan sequencer yang ada pada keyboard dan juga external sequencer menyediakan 16 track, akan tetapi sesetengah software untuk PC menyediakan sequencer yang mempunyai track yang tidak terhad (unlimated).

Anda boleh merakamkan permainan muzik anda mengikut track demi track. Pengasingan track adalah perlu kerana setiap track boleh menyimpan data yang berbeza seperti bunyi alat muzik, level, effect, imbangan kiri-kanan (panning) dan sebagainya. Ini juga akan memudahkan anda membuat kerja editing nanti.

CHANNEL.

Untuk MIDI, sebanyak 16 channel disediakan. Sekiranya anda memilih sound piano1 (bil 1 dari 128 sound GM Std) untuk track 1, anda perlu juga menentukan channel untuk MIDI. Bagi memudahkan anda agar tidak bercelaru, adalah dinasihatkan anda menetapkan track1 dengan channel 1, track 2=channel 2 dan begitulah seterusnya. Mempelbagaikan channel pada track adalah sesuai dengan gulungan profesional sahaja.

Keyboard yang disediakan Rhythm/Accompaniment.

Banyak keyboard telah disediakan style Rhythm/Accompaniment yang tersendiri, yang boleh dimainkan dengan hanya menekan chord pada pembahagian kiri keyboard. Terdapat juga keyboard yang membolehkan kita mencipta dan menggubah Rhytym/Accom. Ini memudahkan kerja rakaman dan mendapat hasil yang memuaskan, cuma daya cipta anda terhad kerana anda bergantung kepada Rhythm/Accom. yang disediakan. Tetapi tidak semua keyboard boleh menerapkan Rhythm/Accom.nya pada GM mode. Jika ianya dapat diserapkan pada GM mode, anda mestilah perhatikan penetapan standard berikut:-
Drum : Track 10 - Channel 10
Bass : Track 2 - Channel 2
Sementara lain-lain accompaniment tidak mempunya track/channel standard tetapi anda hendaklah mengikut ketetapan track/channel yang disediakan oleh keyboard berkenaan.

Rakaman tanpa Rhythm/Accom yang disediakan.

Rakaman begini mempunyai hasil yang tersendiri dan dapat digubahkan mengikut seperti yang kehendaki. Kerja rakaman begini agak rumit tetapi dapat menghasilkan lagu yang baik mengikut feel anda semasa anda memainkan setiap alat muziknya.

Anda mestilah mainkan dan merakam setiap alat muzik yang diperlukan bagi sesebuah lagu yang anda tetapkan. Setiap alat-alat muzik seeloknya dirakamkan pada sequencer mengikut track yang berbeza.

Memulakan Rakaman.

1. Percussion
- gunakan track 10, channel 10. (kosongkan measure-1)
- pilih drum kit yang disediakan, eg. Std. Drum kit, Power Drum dsbnya.
- lakukan rakaman asas pada measure-2.
- step recording adalah digalakkan.
- Jika real-time recording, gunakan quantize untuk menepatkan kedudukan bunyi pada bit.
- Copy measure-2 (yang sudah dirakam) pada setiap measure-measure seterusnya mengikut jumlah measure yang diperlukan bermula dari measure-3.
- Kerja mengedit boleh dilakukan apabila anda sudah siap merakam beberapa bunyi alat muzik lain pada track yang berasingan.

2. Melodi (asas).
- gunakan track baru (dicadangkan track 3, channel 3)
- mulakan rakaman pada measure-2.
- Semasa rakaman pada track ini dilakukan, anda akan mendengar mainan pada track 10 - drum
- Rakamkan secara real-time
- rakamkan melodi asas termasuk intro, lagu, jeda dan ending.
- gunakan satu alat muzik sahaja eg. Piano1 atau oboe.
- Rakaman tidak semestinya terlalu sempurna untuk track ini tetapi hendaklah dalam ketentuan measure yang tepat kerana ianya berfungsi sebagai panduan untuk anda mainkan
- peralatan muzik yang lain pada track berikutnya

3. Bass
- gunakan track 2, channel 2.
- Pilih peralatan muzik bass yang dikehendaki. eg electric bass.
- Gunakan step recording jika perlu.
- Jika real-time recording, gunakan quantize untuk menepatkan kedudukan bunyi pada bit.
- Mainkan pada tone yang rendah untuk bass, jika perlu ubahkan kedudukan octave untuk mendapatkan tone yang dikehendaki.
- Jika rakaman dibuat secara real-time, anda akan mendengar mainan peralatan muzik yang telah dirakamkan pada track 10 dan track 3.

4. Accompaniment 1.
- gunakan track baru (dicadangkan track 4, channel 4
- Pilih peralatan muzik yang sesuai. eg piano1, accoustic guitar dsbnya.
- Mulakan pada measure-2
Rakaman real-time disarankan
- Jika rakaman dibuat secara real-time, anda akan mendengar mainan peralatan muzik yang telah dirakamkan pada track sebelumnya.

5. Accom 2 dan seterunyanya termasuk essemble.
- gunakan track baru
- ikut step 4.

Editing.

1. drum (tarck 10)
- main dan dengarkan lagu yang telah dirakamkan.
- dapatkan no. measure yang hendak diedit.
- Gunakan arahan erase untuk menghilangkan bunyi pukulan drum yang tidak dikehendaki. Gantikan/rakamkan dengan bunyi dan corak pukulan yang dikehendaki.
Jangan gunakan arahan delete, kerana arahan delete akan menghilangkan terus measure berkenaan.

2. Bass (track 2)
- mainkan dan dengarkan lagu berkaitan.
- Dapatkan no. measure yang hendak diedit.
- Gunakan arahan erase untuk menghilangkan bunyi petikan bass yang tersilap atau tidak dikehendaki. Ganti/rakamkan dengan corak petikan yang sesuai.

3. Untuk lain-lain track, ikut step editing 1 atau 2.

Level. (0 - 127)

Anda mestilah menentukan paras level mengikut kesesuaian peralatan yang dimainkan.

Pan. (L-64 0 R-64)

Oleh kerana rakaman dalam bentuk stereo, imbangan kiri dan kanan bunyi harus bersesuaian. Anda boleh meletakkan accompaniment tertentu pada ketetapan kedudukan samada kiri atau kanan mengikut had yang ditetapkan iaitu had maksima L-64 dan R-64. Anda boleh tetapkan '0' jika mahu tetapkan pendengaran sesuatu alat muzik berada di tengah-tengah.

Bunyi drum, bass dan string (essemble) hendaklah disetkan '0' (di tengah) kerana jika anda beratkan di sebelah kiri atau kanan, lagu yang kedengaran akan tidak seimbang jika dimainkan dalam stereo mode nanti. Kebanyak keyboard menyediakan auto-paning untuk drum.

Jika anda berkebolehan, anda juga boleh masukan effect yang lain seperti menetapkan paras reverb, keluasan andaian ruang untuk kesan bunyi lagu yang dimainkan, delay, chorus, distortion dan sebagainya lagi.

Rakaman data pada measure-1

Setelah selesai kerja rakaman dan editing, anda hendaklah merakamkan data yang ada pada keseluruhan track dan channel sebelum anda save ke dalam hard disk atau floopy disk. Data yang dirakamkan adalah data setiap bunyi dan keseluruhan sound control yang telah anda setkan sebelum ini.

Rakaman hendaklah dibuat pada measure-1 seperti yang ditetapkan. Pilihan track 1 - Jika anda merakam data, anda hendaklah memilih All channel bagi track 1. Rakaman dibuat sekaligus bagi semua channel dan cara merakamkannya adalah mengikut jenis sequencer yang digunakan.

Save.

Save lagu yang dimainkan ke dalam harddisk atau floopy disk. (format *.MID)

Play back.

Open file lagu berkenaan pada komputer ataupun sequencer, mainkan lagu tersebut dari measure-1. Walaupun lagu belum kedengaran dalam pergerakan measure-1, tetapi keyboard atau kad bunyi telah menerima isyarat data yang tersimpan pada track 1 - measure-1. Ini membolehkan file berkenaan dimainkan di mana-mana sequencer GM mode.
Perhatian:
Jika anda tidak merakamkan data pada measure-1, segala pilihan bunyi alat muzik, semua kawalan bunyi seperti paning, level, dan lain-lain lagi tidak dapat disimpan (save) apabila anda savekan pada harddisk atau floopy disk. Dan apabila file tersebut dimainkan, laluan measure-1 tidak memberi apa-apa isyarat pada keyboard atau kad bunyi, ini menyebabkan lagu yang kedengaran akan dimainkan dalam sound piano1 sahaja pada kesuluruhan track yang berkenaan termasuklah track 10 (untuk drum) pun akan kedengaran bunyi piano.

PENERANGAN YANG DIBERIKAN ADALAH SECARA UMUM, ADALAH LEBIH BAIK JIKA ANDA MENDAPAT PENERANGAN DETAIL DARI BUKU PANDUAN PERALATAN YANG ANDA GUNAKAN , ATAU DARI FILE HELP JIKA ANDA MENGGUNAKAN SOFTWARE MIDI SEQUENCER DI KOMPUTER ANDA.

 


  

enjoy the background song: The Feeble of time ( I create this song only for this site )

[email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1