Mercy In architecture

Bencana alam yang melanda tidak kira sama ada buatan manusia atau semulajadi merupakan satu dugaan kepada manusia sejagat tidak kira dimana ia berlaku. Kita amat bahagia kerana dapat hidup dalam keadaan yang aman walaupun berbilang kaum dan bebas daripada bencana alam dan peperangan yang dasyat jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

MERCY Malaysia merupakan pertubuhan yang tidak mementingkan keuntungan dan sedia menberi bantuan perubatan kepada orang-orang yang menghadapi masalah kesihatan yang berpunca daripada bencana alam atau peperangan tidak mengira bangsa agama dan kaum. Misi utama MERCY Malaysia ialah menberi perubatan yang terbaik untuk semua yang memerlukannya. Semua peruntukan pertubuhan ini adalah dari kerajaan, sumbangan orang ramai dan juga NGO.

Pada tahun 1999, peperangan di Kosovo telah mengakibatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak dan wanita menderita. Datuk Dr. Jemilah Mahmood, seorang pakar obstetrics-gynaecologist telah menawarkan khitmatnya secara percuma kepada mereka. Tetapi beliau menhadapi masalah untuk mendapatkan sokongan daripada pertubuhan lain. justurus itu beliau bersama dengan rakan-rakan seperjuangnya telah menubuhkan Malaysian Medical Relief Society yang juga dikenali sebagai MERCY Malaysia pada tahun 1999. Dr. Jemilah Mahmood telah menbawa pasukan pertamanya pergi ke Kosovo untuk memberi bantuan perubatan, pasukan yang terdiri daripada rakyat Malaysia telah memberanikan diri untuk menberi bantuan serta kasih saying kepada mangsa walaupun dalam keadaan peperangan. Walaupun mereka berada jauh dari Negara tersayang mereka namun ia tidak mematahkan semangat meraka untuk menberi khidmat yang terbaik. Kini MERCY Malaysia telah bertambah matang dan berupaya menberi khitmat yang lebih baik kepada mangsa peperangan dan bencana alam.

MERCY dalam kontek architecture merupakan suatu sikap profesional yang sanggup memberi khidmat yang terbaik dengan berpandukan ilmu yang telah dipelajari tanpa mementingkan keuntungan semata-mata. Ia memerlukan sikap dan hati yang tabah dan tidak mudah digoda oleh kebendaan semata-mata.

Konsep yang digunakan dalam Projek MERCY ini adalah bersangkut kait dengan "hati yang mulia" di mana manusia menunjukkan sifat-sifat yang mulia dalam membantu orang yang memerlukannya tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

Semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Dr. Jemilah Mahmood merupakan teladan kepada semua rakyat di muka bumi. Kejayaan beliau dalam menubuhkan MERCY Malaysia merupakan kebanggaan rakyat Malaysia disamping menyeru Rakyat Malaysia supaya bersikap pengasih dan sedia menbantu ornag yang memerlukannya tanpa meminta sebarang balasan. Hati seorang yang mulia ini akan sentiasa disanjungi oleh orang ramai.

HENG JIA LIANG 68664/02


Hosted by www.Geocities.ws

1