Perlukah bangunan lama dikekalkan walaupun kuantitinya banyak?

Bangunan lama di bandar GeogeTown sering menimbulkan banyak masalah seperti pembakaran, kawasan penagih dadah, pelacuran dan sebagainya. kawasan berkenaan menjadi kawasan Blink dan masalah sosial wujud akibat daripadanya.

Sewa yang tinggi menyebabkan orang ramai tidak berminat untuk menghuni di kawasan berkenaan. selain itu bangunan yang mencapai ratusan tahun tidak lagi selamat untuk menghuni. semakin banyak bangunan yang dibiarkan kosong dan bangunan berkenaan menjadi kawasan penagih dadah dan juga kawasan kediaman pendatang haram.

Mampukah kerajaan mengekalkan tinggalan sejarah ini ataupun dibiaran begitu sahaja. siapa yang berminat untuk menperbaiki bangunan lama ini. kos yang tinggi merupakan halangan utama . bangunan tinggalan sejarah ini terdapat dalam kuantiti yang banyak, adakah semua bangunan bersejarah ini perlu dikekalkan . sekali lagi kos merupakan halangan utama.

 

Komputer , menbantu atau menbinasa ?

Dalam filem "Matrik" yang di telah disiarkan , barangan ciptaan manusia telah memusnahkan manusia dan menguasai dunia dengan mendapatkan bekalan daripada manusia. adakah ini akan menjadi suatu realiti atau sebaliknya . Pada masa kini yang berinfomasi terkini tidak hairanlah semua barangan elektrik dilengkapi dengan perisian yang menbantu dalam tugas harian kita , contohnya "inteligent house" yang mengawal keseluruhan perkakas elektrik dalam rumah malah dapat dikawal melalui jaringan internet telah menberi keselesaan kepada penhuni.

Tidak dapat dinafikan komputer telah banyak menbantu dalam kehidupan harian kita. Komputer yang mengawal rumah dapat menggunakan tenaga dengan lebih cekap dimana ia dapat mengesan kewujudan manusia dan menlaraskan supaya mencapai kehendak penhuninya. teknologi ini telah menjadikan manusia malas dan bergantung kepada teknologi semata-mata. manusia tidak lagi menyapu lantai, menbasuh pinggan dan sebagainya. tugas-tugas ini telah diletakkan tanggungjawabnya kepada mesin-mesin. Begitu juga dengan tugas-tugas yang berbahaya dan segala ujian juga dilaksanakan oleh robot dengan bantuan teknologi terkini.

Suatu teknologi yang tidak asing lagi iaitu "AI" artificial intelligent yang membolehkan komputer berfikir dan bertindak. Contoh "AI" yang wujud pada masa kini ialah permainan komputer games "War Craft" di mana watak watak komputer dapat bertindak apabila ternampak musuh dan bertindak untuk memusnahkan musuh dan teknologi ini akan berkembang lagi .Akan tiba pada suatu masa apabila komputer dapat belajar daripada maklumat yang terdapat di sekeliling, menganalisis dan bertindak untuk menhasilkan sesuatu .Akan berlaku sesuatu apabila "hacker" mennulis suatu perisian yang berunsurkan "AI" dan dimasukkan dalam saluran internet dan berupaya mengawal komputer dalam rumah dengan teknologi "AI" akibatnya adalah menakutkan.

Mampukah manusia dapat hidup dengan selesa dengan adanya teknologi terkini? adakah komputer akan mengancam kehidupan manusia sejagat? Jawapannya akan ditemu pada masa akan datang .

Persahabatan VS Wang?

Wang tu memainkan peranan yang penting dalam masyarakat kita , kerana wanglah manusia sanggup mati bermatian untuknya, kawan yang lama bertemu pun bercakap mengenai wang sahaja. Apabila anda menghadapi masalah kewangan, cuba mintalah daripada rakan-rakan anda, dari sini anda dapat melihat apakah itu persahabatan. suatu persahabatan itu akan lebih kukuh atau runtuh kerana wang sahaja.

Adakah seseorang itu akan berubah setelah mula berkerja. contohnya kawan saya yang telah berkerja akan berubah perangainya apabila bercakap pasal topik wang. semuanya berubah apabila sebut pasal wang. Tiada lagi persahabatan yang tulin dan sebagainya. Kawan sebegini saya akan menjauhinya secara perlahan-lahan. kerana wang itu merupakan isu yang boleh menjejaskan persahabatan. saya berasa perkara ini memang berlaku dalam masyarakat kita. apakah lagi yang boleh dipercayai? saya tidak lagi percaya kepada si mata wang itu, jangan haraplah dia akan menolong apabila anda menghadapi masalah kewangan malah dia akan mengelak anda sejauh yang boleh. bolehkah wang membeli persahabatan?

Apakah itu persahabatan yang pentingkan kewangan? Saya telah mengalaminya

Apakah itu persahabatan kekal? Saya telah menemuinya. MY FRIENDS (YCC,HCW,CAJ) since 1985

HENG JIA LIANG 68664/02


Hosted by www.Geocities.ws

1