What is the power that control mind set.

Kuasa "Power" yang dikatakan berperanan mengubah situasi atau sesuatu peristiwa, seseorang yang mempunyai kuasa mampu untuk melakukan sesuatu kerja dengan senang dan lancar. Terdapat beberapa definisi mengenai kuasa ini, sesetengah kuasa merujuk kepada pengaruh seseorang terhadap orang lain, ada juga yang merujuk kepada kuasa yang boleh melakukan sesuatu yang luar biasa seperti dapat berjalan di atas batu arang yang menbakar dan sebagainya.

Mind set atau minda yang merujuk kepada pemikiran seseorang individu adalah berasaskan pengalaman hidup yang dijalaninya atau ilmu yang dipelajarinya. suatu dorongan yang akan menpengaruhui pemikiran seseorang itu termasuklah agama, pendidikan, impian, pengalaman hidup dan juga persekitaran.

Sesetengah orang yang pemikirannya terkonkong oleh ajaran agama , iaitu dikawal sepenuhnya oleh ajaran agamanya. Orang yang biasanya terkawal sepenuhnya oleh agamanya tidak dapat mencapai kemajuan yang lebih berbanding dengan orang yang pemikirannya bebas, sebagai contoh, isu penklonan manusia atau binatang dimarahi atas sebab pencanggahan agama dan juga moral, tetapi jika ia dipertingkatkan dengan berhemah , teknologi ini dapat menbawa kesejahteraan kepada manusia . Sebagai contoh pengklonan mata untuk orang yang buta supaya orang berkenaan dapat melihat semula. Pengklonan kaki untuk orang yang cacat akibat kemalangan dapat menbantunya menjalani kehidupan seperti biasa.

Pendidikan juga memainkan peranan yang penting untuk menpengaruhi pemikiran seseorang. Jika seseornag itu diajar mengenai keganasan sejak kecil lagi. sifat-sifat keganasan itu akan diterapkan kedalam kehidupannya apabila ia dewasa kelak. Dan akan terdapat segelintir yang tidak dipengaruhi olehnya jika terdapat jati diri yang tinggi. Adakah seseorang itu perlu diajar cara-cara untuk beperang, pegang senjata, menembak dan membunuh? Manusia mencipta senjata untuk menbunuh manusia. Program Khidmat Negara, suatu program yang mengajar pelajar-pelajar untuk menpertahankan negara. perlukah program ini dilaksanakan? Pada pendapat saya , adalah lebih baik pelajar-pelajar belajar untuk menbantu warga tua di rumah orang tua dan anak-anak yatim di rumah anak yatim darpada memegang senjata. Pada zaman yang berinformasi kini masih ada orang yang inginkan peperangan lagi. adalah baik jika tentera dimansuhkan kalau hendak berperang pun dengan makluk asing dan bukannya manusia.

Pengalaman hidup atau pesekitaran yang dijalani oleh seseorang dapat mempengaruhi pemikirannya. Orang yang miskin memikirkan kesusahan yang dialami dan berusaha untuk berjimat dan memperbaiki kehidupannya. Impian itu pendorong kepada kemajuan. seseorang yang berusaha untuk mencapai impiannya mempunyai kuasa dalam dirinya untuk berusaha. sesuatu yang senang dicapai tanpa usaha gigih bukanlah dikatakan impian. Impian merupakan sesuatu yang memerlukan usaha gigih serta jangka masa yang lama untuk mencapaikannya. dan ia menjadi kuasa kepada minda untuk bertindak dan mencapaikannya.

Seseorang yang mempunyai kuasa berupaya mengubah sejarah pada zamannya. Kuasa itu berupaya untuk mengubah keadaan di sekelilingnya termasuklah budaya, cara hidup masyarakat setempat, bangunan dan lain-lain. Sebagai contoh, Hitler yang berkuasa mutlak untuk mengawal tenteranya supaya menurut perintahnya untuk membunuh dan mencapai hasratnya. Begitu juga dengan Tembok China yang terpanjang di dunia di mana desnasti Chin yang kejam dan memaksa rakyatnya menbina tembok supaya melindungi negaranya daripada diserang mongolia dan menbakar buku-buku untuk mengelakkan ideologinya diruntukkan oleh seseorang kelak. Tindakannya melibatkan berjuta-juta orang dan berupaya untuk mencipta sejarah ini termasuklah pembantu-pembantu yang setia dan taat kepada rajanya supaya raja sentiasa dapat memerintah tanpa halangan. Pada masa yang sesuai bergabung dengan elemen-elemen yang tepat dan bertemu orang yang sesuai akan menbolehkan raja itu melaksanakan kuasanya ke negaranya.

HENG JIA LIANG 68664/02


Hosted by www.Geocities.ws

1